Jutawan MLM
Hello pembaca setia SaifulSham,
Hampir seminggu saya tidak menulis sebarang pos. Ketika ini nampaknya Sabri pula mengambil alih tugas saya buat sementara waktu ini yang tidak sempat meluangkan masa diportal kesayangan ramai ini (ehem).
Apapun, saya rasa anda akan nampak sedikit kelebihan apabila 2 tenaga digabungkan. Saya dan rakan kongsi saya, Sabri. Apabila berlaku keadaan seperti ini, tidaklah SaifulSham sunyi sepi. Jika saya sibuk, Sabri akan menulis, jika Sabri pula sibuk, saya pula akan mengambil alih. Ini kelebihannya mempunyai rakan kongsi yang bekerja.
Ok, baiklah, oleh kerana Sabri banyak menyumbang idea mengenai bisnes internet, saya rasa saya akan menjadi orang lain. Saya akan menulis sesuatu yang lain dari bisnes internet. Segala hal berkaitan bisnes selain bisnes internet adalah ditulis oleh saya.
Semalam, saya agak sedikit merasa rugi kerana saya terlepas peluang untuk melabur di dalam TH Plantation Bhd (anak syarikat tabung haji). Semalam semasa sesi IPO dibuka, TH Plantation mencatatkan premium sebanyak RM0.43 sen tidak silap saya.
Saya dapat imagine, jika saya berjaya mendapat 2 lot dengan setiap satunya mempunyai 1000 unit saham, bermakna saya ada 2000 unit saham. Jika premium 0.43 sen diambil kira, saya sudah melepaskan keuntungan dalam RM860 dengan goyang kaki.
Huh, rugi betul kerana tidak memohon. Biasalah dunia saham, kadang-kadang itu bukan rezeki kita. Saya masih belum berani untuk memasuki semula dunia saham. Saya hold dahulu pelaburan saya dan sudah tentunya saya tidak dapat menceritakan kepada anda kerana saya masih tengok-tengok keadaan saham.
Baiklah, lupakan mengenai saham, hari ini saya hendak menceritakan bagaimana untuk menjadi usahawan MLM yang berjaya.
Walaupun saya tidak mempromosikan MLM di SaifulSham.com, tetapi MLM(jualan langsung) adalah sejenis perniagaan masih memberikan pulangan lumayan kepada orang yang benar-benar berusaha.
Jika anda berhasrat berkecimpung dalam dunia MLM, satu sahaja pesan saya, buat yang terbaik. Jangan lompat-lompat MLM (macam lompat parti) kerana anda tidak akan dapat membina kejayaan melalui amalam lompat-lompat sedemikian.
Sebenarnya, saya selalu jugalah memerhatikan customer bapa saya yang datang ke pejabatnya. Ada yang kuat MLM, ada yang baru nak mencuba, ada yang banyak kali cuba tak berjaya, dan macam-macam lagilah.
Memandangkan bapa saya memegang stokis negeri, maka saya yang selalu jugalah lepak di pejabatnya, dapat mengenali dunia MLM secara tidak langsung.
Apa yang saya dapat perkatakan, sepanjang tempoh itu saya mengenali banyak kenalan bapa saya yang sudah berstatus jutawan, dan satu rahsia yang dikongsi jutawan-jutawan MLM ini hanya satu sahaja.
Buat bersungguh-sungguh. Semua yang berstatus jutawan ini (memandu S-Class!), mereka sama juga seperti yang lain. 5,6 tahun dahulu bermula dari bawah. Dari kosong pengalaman sehinggalah berjaya pada tahap sekarang.
Mereka ini setia pada satu syarikat MLM sahaja. Tidak pernah pula saya jumpa jutawan MLM yang lompat-lompat syarikat. Itulah prinsip untuk berjaya.
Memang banyak faktor lain yang mempengaruhi juga kejayaan dalam dunia MLM, antaranya pelan perniagaan, produk, kepimpinan, dan macam-macam lagi. Tetapi asas untuk membina network yang kukuh adalah buat habis-habisan dalam satu syarikat sahaja.
Rata-rata orang yang menceburi MLM suka mendengar cerita hikayat untuk menjadi jutawan sekelip mata. Dan oleh sebab itulah, sekejap masuk MLM ini, sekejap pula MLM lain, 2,3 bulan kemudian tukar lagi.
Kalau inilah yang diamalkan usahawan MLM, sampai bilakah anda mahu berjaya. Setiap kali tukar syarikat MLM, anda kena membina kembali jaringan (network) anda.
Sebab itulah, sehingga hari ini, bapa saya masih kekal pada satu MLM. Itulah MLM pertama dalam hidupnya dan saya rasa akan kekal sampai bila-bila. Hasilnya, memang menggalakkan. Bapa saya kini memegang stokis negeri, sesuatu yang bukan mudah untuk dicapai jika anda melompat-lompat MLM.
Saya rasa cukup setakat ini sahaja artikel pendek saya mengenai MLM. Saya akan bawakan lagi macam-macam isu mengenai perniagaan MLM. Dan satu lagi, hartanah. Saya memang sukakan 2 jenis perniagaan ini.
Moga berjumpa lagi.


May 2nd, 2006 at 11:50 pm
Akum. Saya ada check ipo baru2 ni, tpi nampaknya macam dah x ada. Macamana kita nak sentiasa di update pasal ipo?
Jadi, kalau anda beli 2 lot saham tersebut, berapa yang anda perlu bayar?
Sekian. Terima Kasih
May 3rd, 2006 at 7:41 pm
Sy slalu baca paper bhgn ekonomi. Selalunya mmg akan ade..klu tiap kali kompeni nk kuar IPO, die akan iklankan kt paper. Klu nk sng slalulah jenguk2 laman web Bursa Malaysia, ape IPO yg akan dtg.
Satu care yg slalu sy gunakan klu sy malas nk check kt paper, sy ni gune pmohonan IPO melalui kad Atm Maybank, so, sy akan kuakn duit kt atm, dan salalunye sy akan tgk2 kot2 ade IPO baru.
Sng je, gune kad ATM Maybank, pegi dkt pmohonan saham. Tp syaratnye, kne ade akaun CDS la (akaun ntuk main saham). Lps pegi kt pmohonan saham, kt skrin akan tmpapamng, syarikat yg buat IPO dan harge jualannye.
Klu kosong tu, maknenye tkdela ntuk tempoh tu IPO.
Harge saham lain2 ikut kompeni. Klulah satu kompeni tu jual rm1.00 seunit saham, maknenye…klu sy dpt 2 lot (satu lot mengandungi 1000 unit saham), maknyenye sy akan blanje rm2,000.
May 4th, 2006 at 3:25 am
Oo macam tu, ok syazwan, terima kasih banyak2.
good luck in your exam.
p/s: saya sangat2 menghargai kesudian saudara berdua berkongsi idea di sini dan anda berdua mmg bijak.
April 27th, 2010 at 3:56 pm
setuju dgn pendapat tu.. memang kene usaha bersungguh-sungguh.. walau bidang perniagaan apa sekali pun kene berusaha..