Hello pembaca SaifulSham,

Pada ahad lepas, saya, Sabri bersama Hafiz (Team C3) bertemu dengan beberapa usahawan internet Malaysia iaitu Steven Wong, Colbert dan Gobalakrishnan di MidValley.

Nampaknya, saya terpaksa menurut kehendak taste tinggi Gobala, minum di Coffee Bean! (Saya hanya suka Sushi King ;p).

Banyak perkara yang dikonsi kesemua usahawan internet yang hadir, dan saya boleh katakan ini perjumpaan internet beridentitikan Malaysia (ada semua kaum ;) ). Nice to meet you all!

Tuan-tuan dan puan-puan,

Sepanjang 3 tahun saya menceburi perniagaan internet dan sedang belajar hartanah serta saham, saya banyak bertemu berbagai jenis ragam manusia.

Dan tidak keterlaluan saya katakan, saya sudah bertemu jutawan hartanah (bapa saya sendiri!), saya bertemu dengan jutawan internet (Patric Chan — you”chan”doit dan Abang Irfan), jutawan MLM (kawan bapa saya, Dato’ Abd Kadir — leader tertinggi K-Link International), jutawan dunia korporat (rakan bapa saya, Dato’ Wan Abd. Ghaffar — bekas CEO MTB Bhd), jutawan dunia korporat juga ( suami sepupu saya, Dato’ Salleh — bekas Pengerusi KFC).

Walaupun tidak semua jutawan diatas sempat ditemuramah atau bertanya tentang kisah kejayaan mereka, tetapi jika anda lihat senarai semua dari mereka, mereka adalah jutawan dari dunia yang pernah dilalui oleh ramai lagi jutawan dan bilionair yang hebat sebelum ini.
Mereka bukan hadir dan menjadi jutawan dari dunia yang bersembunyi dari undang-undang negara!

Tuan-tuan dan puan-puan,

  • Pengasas McDonald menjadi jutawan dengan menjual hamburger dan juga terlibat dalam pasaran hartanah.
  • Gabenor California, Arnold “SusahNakEja” juga menjadi jutawan dalam bidang hartanah di samping filem lakonan beliau yang hebat.
  • Warren Buffet menjadi jutawan dengan pelaburan dalam banyak instrumen pelaburan (insurans, hartanah, saham, dan lain-lain).

Saya menyebut hanya sebilangan dari jutawan yang popular (agar semua orang tahu dari mana mereka menjadi jutawan) dan saya tunjukkan kepada anda, dimana mereka membuat pelaburan untuk menjadi jutawan.

Oleh sebab terlalu ramai rakyat Malaysia terlibat dengan skim pelaburan yang diragui, adalah saya merasa terpanggil untuk sekali lagi mengingatkan anda (biarpun dahulu sudah diberitahu!).

Nasihat saya, sebelum anda mencuba sesebuah pelaburan, lihatlah situasi pelaburan tersebut, berapakah orang sudah menjadi kaya raya dengannya. Jika ya, siapa dia? Dimanakah mereka?

Saya belajar hartanah dari bapa saya sebab bapa saya adalah jutawan hartanah dan ramai lagi menjadi jutawan dengan hartanah. Yang paling penting, mereka tidak menyembunyikan identiti mereka. Paling penting lagi, mereka menjadi jutawan berdasarkan undang-undang. Oleh sebab itu, hartanah memang boleh buat duit!

Tetapi, apabila sesetengah orang mengaku menjadi jutawan dengan skim-skim pelaburan tinggi, anda harus melihat kembali kepada mereka. Jika beberapa kerat sahaja menjadi jutawan, sah ini sebuah skim cepat kaya.

Jika mereka benar kaya dengan pelaburan tersebut, sila muncul kepada umum. Sila ajar kami ini yang buta dengan skim hebat anda. Sila tulis buku mengenainya, sila buat secara jelas. Alasan untuk merendah diri (low profile) hanya digunakan untuk menutup kebenaran.

Dan siapakah jutawan terkenal menjadi kaya dengan cara anda?

Kalau anda pembaca SaifulSham dapat melihat secara jelas, kebanyakan dari mereka yang mungkin ada beberapa kerat menjadi jutawan dengan skim ini, menjadi jutawan pada jalan yang tidak pernah dilalui jutawan-jutawan tulen yang lain.

Oleh sebab itu, hanya beberapa kerat sahaja menjadi jutawan!

Tuan-tuan dan puan-puan,

Kadangkala saya memahami bahawa mungkin sebab inilah banyak syarikat antarabangsa diinternet seperti GoDaddy, Clickbank dan beberapa syarikat lagi sudah tawar hati untuk berurusan dengan rakyat Malaysia.

Mentaliti untuk kaya dengan cepat dan membuat sesuatu yang pelik dan tidak pernah dilalui oleh manusia normal menyebabkan mereka berhati-hati dengan rakyat Malaysia.

Saya tidak perlu mengolah panjang lebar, mungkin saya akan menulisnya dalam buku terbaru saya (hoho–sedang ditulis!).

Apa yang dapat saya katakan, walaupun saya tahu sesetengah pelaburan itu mendatangkan pulangan tinggi, tetapi, pertamanya saya akan membaca segala maklumat mengenainya.

Sebab itu, setiap bulan saya menghabiskan beratus ringgit membeli buku pelaburan hartanah dan saham disamping saya belajar dari bapa saya sendiri!

Saya rasa itulah tindakan yang perlu diambil sebelum membuat keputusan melabur.

Jumpa lagi.