Perniagaan Internet Dr Mahathir Point pertama, apabila ditanya apakah kekecewaan paling besar sepanjang menjadi Perdana Menteri Malaysia, beliau menyatakan; kegagalan beliau merubah pemikiran orang Melayu sebagai kekecewaan beliau yang paling besar.

  • Anda nak berjaya, tapi anda baca tak emel maklumat yang anda terima dengan teliti?
  • Anda tak tahu bina laman web, tapi anda pernah tak try “godek2″ Microsoft Frontpage?
  • Anda tak ada duit, anda dah register tak blog percuma di Blogspot?
  • Anda tak tahu mengenai ……….. , anda pernah tak search Google, How To ………… ?

Truth is, bak kata bijak pandai, kita hidup dalam zaman semua ada. Maklumat sudah tersedia, adakah anda mencarinya?

Adakah anda expect disuap segalanya (pengetahuan SEMENTARA) ataupun anda mahu belajar sendiri (pengetahuan dan pengalaman KEKAL).

Case Study 1

Haji Rozman adalah protege kami (HartanahMelayu.com), beliau berumur dalam linkungan 50+ ke atas dan sudah tentu beliau tidak dibesarkan disebelah komputer. Namun beliau tegas mahu berusaha sendiri belajar membina laman web beliau. Di seminar kami beliau bercerita kepada peserta lain mengenai cara beliau membina laman web “Dah ada arahan cara dia, ikut je lah” (maksudnya panduan dah ada di Internet ,ikut sahajalah). Lihat laman web beliau, not bad untuk laman web pertama. Contohi beliau….

Apabila ada sesuatu kerumitan teknikal dan belaiu meminta bantuan, beliau tidak mahu orang lain buatkan. Beliau nak belajar sendiri, just bagi panduan katanya.

Case Study II

Colbert Low (http://www.thesmsguide.com/blog/) (One of Malaysian fulltime blogger with SUBSTANTIAL income) update his blog 5 (FIVE) times a day, and he has 6 blogs! Contohi his workrate….

Inilah contoh-contoh, spirit yang kita perlu ada jika nak berjaya di Internet. You MUST like to read and you MUST have effort. 

Kalau mereka boleh, kenapa tidak anda?

But, I have to admit. Perniagaan Internet BUKAN SENANG. Tapi, TIDAK SUSAH jika kita mahu belajar, mendengar dan membaca.

Masalah Utama Orang Kita adalah EGO. Kita tidak mahu belajar benda senang dan basic dengan alasan sudah tahu. Tapi kita tidak pernah amalkan benda yang basic tu. Contoh mudah, Pasarkan kepada target market yang betul, Barulah ada hasil yang banyak… Bayangkan menjual ubat sakit gigi kepada orang sihat.  Memanglah boleh dan mungkin ada orang beli, tapi bukankah lebih bagus jika anda terus gunakan masa yang ada untuk pasarkan kepada doktor gigi dan juga orang yang sakit gigi?

Saya rasa, saya akan touch base balik dan akan sentuh benda-benda basic seperti ini semula. (Syazwan tak bagi sebab asas sangat, but I think A LOT of PEOPLE need it). Saya harap, this time around,lebih ramai orang dapat memanfaatkannya.

Kami tidak mahu membantu anda membuat RM100 dengan teknik yang betul (Skim cepat kaya tak kira, biar lantak pi depa, duit depa, tak gitu Zul? ;) ) 

Point to ponder: Li Mao (jurulatih badminton perseorangan Malaysia, meminta Kuan Ben Hong menukar cara beliau memukul bulu tangkis. Perubahan kaedah ini antara sebab prestasi Kuan Ben Hong turun mendadak beberapa bulan ini. Apabila ditanya oleh Kuan, Li Mao menjawab, "Perlahan-lahan, bila dah biasa nanti, you can see the result...

Tapi saya tidak mahu dikejutkan dengan alasan-alasan “chomel” yang tidak disangka-sangka lagi. Once and for all, saya mahu tanya anda, kenapa anda tidak boleh? Saya bagi contoh alasan biasa:

  • Saya tak ada masa, saya bagi duit je boleh?
  • Saya tak minat mcm ni, saya nak macam tu.
  • Saya tak reti buat laman web
  • Saya dah tua.
  • Latest- Saya dah ada laman web, tapi program tu yang tak berkesan (sedangkan orang lain yang menyertai program tu ok je…hint: website dia dasyat!)
  • Latest- Saya boleh start sekarang, takda tapi2 dah. Kat mana nak register? (Walhal cara register terpampang2 dalam emel yang dia reply tadi)

Berikan komen anda,dan juga jika anda ada alasan (Orang Lain Boleh, Saya Tak Boleh Sebab …….) Nasihat terbaik akan disiarkan dalam SaifulSham Ezine bulan Oktober, alasan yang paling ada nilai “estetika” juga akan disiarkan bersama identiti anda supaya pembaca dapat menghantar nasihat mereka kepada anda.

Kami mencari 2 benda:

1) Nasihat terbaik

2) Alasan Terbaik

p/s: Oh ye, kalau anda nak guna alasan tak pandai bina laman web, saya cadangkan, hentikan je lah. Nak tahu kenapa? Syazwan pun tak reti bina laman web! Haji Rosman pun tak reti bina laman web, tapi mereka ada effort. Think about it.

p/p/s: Kalau anda dah pandai bina laman web, jangan ingat anda boleh terlepas. So, anda rasa anda dah power & terror dan tak nak belajar benda yang konon-kononnya basic? Laman web anda masih tak mampu menjual dan menghasilkan wang, dan anda mahu menyalahkan semua orang kecuali diri sendiri? Teruskan & saya hanya mampu mengucapkan selamat berjaya dengan segunung harapan kepada anda.

(Saya menambah ayat ini dari Coffee Bean Jaya Jusco Ipoh dgn “meminjam” connection WiFi mereka…saja nak bagi Syazwan jeles….haha)