Kenapa Kereta Mempunyai Brek?
Saudara dan saudari pembaca.
Saya yakin kita semua terdiri dari golongan bijak2 dan berfikiran terbuka. Saya ada satu soalan untuk anda yang boleh membuat kita berfikir. (Artikel kali ini pendek sahaja)
Kenapa kereta mempunyai brek?
-Tentulah supaya kereta boleh diberhentikan!
TAPI…
Logik atau tidak jika saya katakan kereta diletakkan brek supaya ia boleh dipandu laju selaju-lajunya? (dengan selamat tentunya)
Jadi begitu juga pada hemat saya dunia bisnes. Tidak semua keuntungan kita ambil, sebahagiannya kita simpan sebagai “safety net” (brek) dan sebahagian lagi untuk “roll” modal kita (pedal minyak-untuk semakin laju). Bila kita sudah ada bahagian safety net, maka kita boleh sakan membelanjakan bahagian untuk di “roll” itu… dan mungkin juga bahagian yang di roll itu akan membawa keuntungan! Yang bestnya, rugi atau untung, kita masih ada safety net! Kita tidak hilang semua.
Fikir dan rancang 2 perkara. Safety Net anda (brek), dan Roll (re-invest untuk expand business) anda.
Btw, idea ini bukan idea original saya. Saya dapat dari saudari Sara Gates, VP of Identity Management, Sun Microsystem.
p/s: ada orang kata, darah muda darah panas. Ada juga lagi orang kata, bisnes pertama pasti gagal. Kebelakangan ini kami agak ghairah membelanjakan bahagian “roll” kami. Reserve business kami di bank makin susut. Reserve digital fund kami pula sedang menunggu untuk dilepaskan. Doakan projek2 terbaru kami berjaya.
Iklankan produk dan servis anda di SaifulSham.com Classified dengan percuma, Klik Di Sini
Langgani artikel-artikel keusahawanan kami secara percuma juga! Klik di sini!


Leave a Reply