Hello pembaca SaifulSham,

Bagaimanakah hari anda? Inilah kesempatan pertama saya untuk menulis pos baru minggu ini atas kesibukan yang menghalang saya untuk menulis pos baru. Apapun, saya komited untuk menulis sesuatu pada kali ini. Mesti tulis juga, hehe.

Oh ya, sudahkah anda membaca karya terbaru Team SaifulSham, “Rahsia Buat Duit Dengan Internet” yang begitu hangat dijual di pasaran.

Hendak dikatakan betapa hebatnya buku tersebut, Pengerusi PTS Publication and Distributors Sdn. Bhd. (syarikat yang menerbitkan buku kami), Puan Ainon membuat kenyataan bahawa buku bisnes PTS telah membuat kejutan pada tahun ini di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur.

Buat pertama kali sepanjang PTS menyertai pesta buku, buku bisnes mengatasi buku motivasi yang selalunya menjadi best seller di PTS.

Lihat betapa penangan “Rahsia Buat Duit Dengan Internet”! Secara jujur saya mengakui, perkara terpenting yang menjadi elemen buku tulisan Team SaifulSham laku adalah buku tersebut adalah karangan dari pengalaman kami selaku peniaga internet.

Bonus lagi, buku tersebut pertama kali dalam sejarah di Malaysia didatangi dengan Video CD (sesuatu yang tidak ada dalam buku-buku lain seumpamanya dipasaran). PTS juga membuat sejarah pertama kali menerbitkan CD.

Apapun, ada sedikit pengunguman untuk anda, buku “Rahsia Buat Duit Dengan Internet” dijangka berada di kedai-kedai buku mulai minggu ini. Apa yang menarik perhatian saya adalah jika anda membeli buku tersebut, pastikan anda meminta VCD nya di kaunter.

Ini kerana pihak penerbit tidak melekatkannya di dalam buku bagi mengelakkan kecurian dan juga risiko-risiko lain yang mungkin berlaku seperti terjatuh dari sampul buku. Jika membeli di kedai buku nanti, pastikan anda meminta VCDnya (mana tahu cashiernya lupa, maklumlah banyak lagi buku yang dijual di kedai buku ;p)

Apapun, jika anda masih belum mendapatkannya dan malas hendak mengunjungi kedai buku, anda masih boleh menempahnya secara online di sini. Cepat kerana stok yang berada di tangan kami sudah semakin surut.

Yang penting sekarang ini, Team SaifulSham memerlukan feedback dari anda semua yang sudah membaca buku dan menonton VCD kami tersebut. Sebarang kekurangan dan cadangan akan dipertimbangkan untuk dibaiki bagi cetakan kedua nanti.

Saya akui ada sedikit error dalam cetakan pertama tetapi ia tidak menjejaskan kualiti buku tersebut. Hanya kesilapan pertukaran gambar, ejaan, dan ada beberapa update yang perlu ditambah. Ini akan kami baiki pada cetakan kedua nanti.

Oh ya, saya ada satu kisah yang berlaku pada Sabtu lalu yang membuatkan saya begitu kagum dengan tenik bisnes Back End Selling seorang tauke kedai.

Begini kisahnya, pada hari Sabtu yang lepas, sewaktu kami berada di PWTC, kami berkesempatan membuat bisnes kad di The Mall (berhadapan PWTC). Kedai tersebut yang terletak di tingkat atas The Mall memang boleh dikatakan agak besar juga, iaitu MCFP tidak silap saya.

Selepas membuat bayaran, kami perlu menunggu selama 30 minit sebelum kad bisnes kami siap dicetak.

Pada mulanya kami bercadang hendak merayau-rayau disekitar pasaraya tersebut tetapi ada sesuatu yang membuatkan kami begitu kagum dengan teknik bisnes tauke ini. Kebetulan kedai di sebelah kedai membuat kad bisnes ini adalah restoran kopitiam.

Menariknya, kedua-dua kedai ini dipunyai oleh tauke yang sama. Apa yang menariknya?

Selepas membuat bisnes kad dan perlu menunggu, kami menerima 2 baucer kopi percuma untuk ditebus di kedai kopitiam sementara menunggu bisnes kad kami siap.

Apa lagi, sudahpun nama minum percuma, kami pun tanpa berlengah pergilah menebus baucer tersebut.

Apa yang menarik, susun atur kedai kopitiam tersebut memang boleh dikatakan ekslusif.

Maka datanglah pelayan restoran kopitiam itu meminta order dari kami. Mujurlah kami berdua masih kenyang ketika itu dan hanya meminta kopi percuma sahaja. Hehe.

Tetapi, kami berfikir, jikalah pada waktu itu kami sedang berlapar, mahu saja kami balun makanan disitu. Hebat idea bisnes tauke ini.

Pelanggan yang ramai di kedai membuat bisnes kad tidak disia-siakan tauke ini. Beliau membuat tawaran meminum kopi percuma semata-mata untuk mendapatkan peluang membuat back end selling (ada diterangkan dalam buku kami).

Kalupun orang yang datang hanya menebus kopi dan tidak membuat pesanan makanan, beliau tidak rugi sesen pun kerana kos kopi sudah ditampung dalam bayaran membuat bisnes kad.

Lihat idea ini yang mungkin boleh diaplikasikan dalam perniagaan internet anda. Fikir-fikirkan.

 Sudahkan anda membeli buku “Rahsia Buat Duit Dengan Internet” kami? Tempah online di Saudagar.com.my sekarang. (Klik di sini)

Anda telah membeli dan membaca buku kami? Mahu berkongsi dengan pembaca lain betapa hebatnya buku tersebut? (Klik Di sini)