Hello pembaca setia SaifulSham,

Hari ini saya nampaknya berasa sangat energetik untuk menambah satu pos mengenai perniagaan internet. Dan bertuahnya, hari ini saya akan berkongsikan pengalaman Team SaifulSham menggunakan 2checkout.com sebagai penyedia akaun merchant kepada kebanyakan laman web perniagaan kami.

Mm, saya rasa saya tidak akan mengulas panjang mengenai apa itu 2checkout kerana semuanya sudah saya karangkan di dalam buku terbaru “Rahsia Buat Duit Dengan Internet”. Anda boleh membuat tempahan secara online di www.saudagar.com.my atau dapatkannya di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur di PWTC hujung minggu ini (kami akan berada di sana)

Apa-apa pembelian secara kad kredit di laman web kita akan diuruskan penyedia akaun merchant tersebut. So, tidak perlu pening kepala untuk menanggung risiko terhadap kad kredit pelanggan kita kerana semuanya diuruskan oleh penyedia akaun merchant tersebut.

Apabila bercakap mengenai 2checkout, saya tidak melihat ramai rakyat peniaga internet Malaysia menggunakannya sebagai penyedia akaun merchant mereka. Rata-rata dari laman web yang pernah saya kunjungi menggunakan StormPay, Paypal dan sebagainya.

Jika orang bertanyakan kepada saya mengenai fleksibiliti, saya lebih suka menjawab “2checkout sesuai untuk peniaga produk fizikal diinternet, dan Paypal untuk produk digital”. Baiklah, mengapa tidak Clickbank?

Ya, saya dan Sabri menceburi bidang perniagaan internet selepas ClickBank menyenarai hitamkan Malaysia. Jadi, tidak wajar sama sekali saya melobi Clickbank sebagai yang penyedia akaun merchant terbaik untuk produk digital.

Namun demikian, ada kalangan orang Malaysia tidak berani menggunakan 2checkout kerana pertamanya, saya pasti kos yang dianggap mahal berbanding Paypal (percuma).

Sebenarnya, pada pengamatan saya selaku peniaga internet sendiri, 2checkout mempunyai kelebihan yang tidak boleh ditandingi PayPal (bagi penggunaan di Malaysia). Sebab utamanya, kos USD 49 yang dikenakannya hanya sekali seumur hidup. Yang penting adalah penghantaran cek yang dilakukannya ke rumah anda.

Paypal tidak boleh langsung~. Sebab itulah saya mencadangkan “2Checkout” adalah baik jika anda menjual produk fizikal dan “Paypal” adalah baik jika anda menjual produk digital.

Walaupun ada perkhidmatan yang dibuat oleh sesetengah individu yang ingin membeli akaun paypal anda, tetapi anda harus ingat, individu tersebut menjalankan perniagaan, maka beliau tidak akan membeli akaun Paypal anda mengikut nilai ringgit di pasaran terbuka. Ringgit mungkin berlegar pada paras RM3.70= 1 USD tetapi individu selalunya akan membeli nilai yang lebih rendah, mungkin RM3.00=1 USD.

Disini, anda akan kehilangan banyak wang dan bakal berdepan risiko kerugian jika anda menjual produk fizikal yang umumnya tahu kadar keuntungannya tidaklah tinggi. Sebab itu, PayPal sesuai untuk produk digital (untuk rakyat Malaysia) kerana walau apapun nilai ringgit berada, anda masih untung.

Katakan contoh produk digital anda ialah e-book. Selepas pelanggan membayar, beliau boleh memuat turun e-book tersebut. E-book tidak memberikan anda kos yang besar seperti buku yang dicetak. Maka kos anda hampir kosong. Jadi, jika anda menggunakan Paypal sebagai penyedia akaun merchant, maka tiada masalah jika anda menjual akaun Paypal anda walaupun dengan harga RM1=1 USD kerana anda masih untung!

Berlainan dengan produk fizikal, jika anda tetap berdegil mahu menggunakan PayPal, maka anda mungkin terpaksa menaikkan harga barangan supaya mencatatkan keuntungan yang munasabah. Apabila anda menaikkan harga barangan, secara tidak langsung anda mengurangkan tahap kompetitif anda berbanding pesaing anda.

Sebabnya, orang Malaysia tidak dapat menukarkan dana Paypal kepada nilai ringgit (yang pasti paypal tidak menghantar cek ke rumah anda). Maka, anda mungkin terpaksa menjual dana PayPal anda kepada tukang pembeli akaun Paypal pada harga yang rendah. Untuk produk fizikal, menggunakan PayPal dilihat tidak fleksibel.

Satu sebab lain saya tidak mencadangkan menggunakan 2checkout untuk produk digital adalah sistem 2checkout amat lemah untuk ini. Kalau anda menjual e-book menggunakan 2checkout sebagai kaedah bayaran di laman web anda, dan jika terdapat pembeli dilaman web tersebut, beliau akan dibawa ke link untuk memuat turun e-book yang dibeli.

Kelemahan utama 2checkout disini ialah tahap sekuriti. Saya sudah menyaksikan banyak kes kecurian untuk produk digital yang menggunakan 2checkout. Sebabnya, jika anda tahu teknik dan cara, anda boleh melangkah ke link untuk memuat turun produk e-book tanpa perlu membuat bayaran. (Bagaimana caranya…hehe maaf tidak boleh ajar…nanti saya berdosa kerana mengajar orang mencuri ;p).

Sebab itu jika anda masih mahu menggunakan 2checkout dilaman web anda yang menjual produk digital, jangan beri pelanggan link untuk memuat turun. Seboleh-bolehnya hantar melalui e-mail. (Tetapi kadangkala, jika file yang hendak dihantar terlalu besar, e-mail tidak sesuai kerana selalu menyebabkan sesuatu file yang dihantar korup).

Jadi, begitulah kisah sedikit sebanyak mengenai penyedia akaun merchant. Yang mana terbaik sebenarnya terpulang bagi anda tetapi jika sekali lagi anda bertanya saya soalan sedemikian, saya akan menjawab. “2checkout untuk produk fizikal”……”PayPal untuk produk digital”.