Hello pembaca SaifulSham,

Sehari dua ini SaifulSham agak sibuk menguruskan beberapa perkara menjelang seminar kami. Fuhh, minggu ini hanya 4 jam sahaja waktu tidur setiap hari.

Perancangan kami untuk mengambil pekerja sedang difikirkan secara serius, mungkinkah akan terjadi. Insyallah, kami sudahpun mengenalpasti beberapa orang yang akan diupah untuk menggantikan beberapa kerja kami.

Baiklah, hari ini saya akan memperkenalkan anda seorang lagi bakal usahawan dan sedang dalam pemantauan kami, iaitu En. Nazri.

Beliau adalah pemilik MalaysiaSecrets.com.

Sebuah produk yang baik untuk diketengahkan. Beliau kini diletakkan dibawah pengawasan SaifulSham dan dijadikan case study kami.

Laman web MalaysiaSecrets.com masih agak baru tetapi sedikit demi sedikit En. Nazri mula menampakkan perubahan yang lebih baik dari segi sales letter dan laman webnya berbanding laman web asalnya. Ianya masih boleh diperbaiki.
Secara peribadi, saya sukakan idea En. Nazri yang melihat kepada pasaran global, sesuai dengan produk yang dijualnya.

SaifulSham sendiri menggalakkan setiap mentee nya untuk melihat pasaran selain Malaysia.

Saya teringatkan kata-kata Perdana Menteri pada tahun lepas, katanya “Usahawan Malaysia perlu berfikir global, bukan mengharapkan pasaran dalam negara semata-mata. Kita tidak akan pergi jauh jika sekadar duduk di negara sendiri” – Ini adalah ucapan Perdana Menteri sendiri.

Saya bertanya kepada En. Nazri, bagaimana beliau mempunyai idea menulis eBook yang menarik ini (saya mempunyai copy yang diberikan En. Nazri, memang berbaloi bagi pelancong asing)?

Katanya, beliau selalu berulang-alik ke Langkawi atas urusan kerja. Jadi, beliau telah lama tahu selok-belok untuk ke Langkawi.

Tetapi, beliau selalu melihat masalah kepada pelancong-pelancong independant yang melawat Langkawi, kebanyakan dari mereka ditipu secara tidak sedar oleh pihak yang mahu mengaut keuntungan semata-mata. Tidak kiralah dari pemandu teksi sehinggalah kepada penjual makanan.

En. Nazri tampil dengan penyelesaian masalah untuk mereka. Beliau menceritakan dari A to Z, panduan khusus untuk pelancong asing yang menjejaki KLIA sehingga sampai ke Langkawi, hinggalah mereka pulang semula ke negara asal mereka.

Saya rasa En. Nazri memberikan kelainan kepada pelancong (Saya menyuruh beliau menambah bonus peta Langkawi sebagai panduan).

Jika En. Nazri melihat pos ini, dan saya ingin memberitahu anda, buat marketing seperti yang diujarkan kami, beri tempoh paling lewat 2 bulan dari sekarang.

You will see the real result.

Kunci utama dalam MalaysiaSecrets.com adalah, cari permasalahan setempat yang berlaku, dan selesaikannya. Penyelesaian adalah produk anda.

Just my 2 cent.