Masalah DropShipper!
Hello pembaca SaifulSham (oh, nampaknya Sabri pun menggunakan trademark saya)..
Bertemu dan berjumpa lagi! Ya, sudah tentu saya akan menulis lagi hari ini, saya bersemangat ke arah itu disebabkan saya lega akhirnya England tidak juga akan bertemu Jerman (Fuhh…..).
Semalam saya tiada idea, saya mengolah artikel Azizi Ali, hari ini, terlintas juga idea untuk menulis. Namun, hari ini saya mencabar konsesus yang ditetapkan saya dan Sabri bahawa saya hanya menulis selain perniagaan internet.
Sebabnya, saya ada perkara besar saya ingin berkongsi dengan anda.
Nak tahu tak, semalam kan, kami menerima tempahan 4 buah kapal terbang di planesplanet dari pelanggan Amerika.
Ia adalah perkara biasa bagi kami sebelum ini tetapi timbul satu masalah besar semalam.
Hari-hari sebelum itu, tempahan sebelum ini tiada masalah.
Disebabkan planesplanet menjadi ahli dropshipper bebas kepada sebuah laman web, jadi kami tidak terikat dengan peraturan-peraturan yang mungkin ada bagi sesetengah dropshipper lain (contohnya: laman web disediakan oleh drop shipper tersebut)
Susahnya jika laman web anda di kawal dropshipper. Saya tahu kerana saya pernah berurusan dengan pelanggan yang mempunyai laman web dropshipper juga, tetapi beliau membayar kepada dropshipper tersebut.
Yang tidak eloknya, kadangkala laman web anda akan menjadi tidak fokus, disebabkan dropshipper yang meletakkan produk, dan selalunya dropshipper yang tidak bagus akan meletakkan berbagai-bagai produk di laman web anda (selalunya domain name adalah pilihan anda).
Contohnya, mereka meletak perfume, mereka meletak toys, mereka meletak alat elektornik. Tugas anda hanyalah marketing. Walaupun mereka membuat pembahagian, saya tidak gemar dengan cara ini kerana laman web kita akan menjadi tidak fokus.
Satu lagi, laman web anda akan dipenuhi iklan untuk menarik pelawat turut join sebagai ahli dropshipper tersebut. Oh, saya paling benci promosi sebegini.
Lihat sahaja planesplanet.com, senang dan mudah. Kami sendiri membina laman web dan kami sendiri meletakkan produk.
Tetapi ada disadvatage cara kami ini: Sakitnya untuk membuat update2.
Dan semalam kami menerima padahnya. Apabila kami forwardkan tempahan ke dropshipper, mereka mengatakan stok telah habis! Bulan Ogos baru sampai stok yang ditempah~Ahhhhh tidak…..
Demi menjaga reputasi planesplanet, saya dan Sabri berhempas pulas mencari model kapal terbang di laman web yang lain, dan kami beli dan terus hantar ke pelanggan kami.
Untung agak sedikit tetapi ia lebih baik dari kami membiarkan pelanggan kami tertunggu-tunggu.
Haaa…hendak tahu banyak lagi mengenai dropshipper, apa kata, anda daftar sekarang ke seminar kami disini. Tempat sudah mau habis…wawawawa…Yosh (pinjam ayat shuth)~


June 22nd, 2006 at 2:49 pm
biar tak untung banyak asalkan customer puas hati!
(Sambungan post “Tag dan Ping” di blog saya : robotys. hehehe iklan sket..
)
June 22nd, 2006 at 5:43 pm
Masih belum berkesempatan lagi ke seminar… insyallah suatu hari nanti…. semoga saifulsham lebih maju.
June 22nd, 2006 at 11:26 pm
saya ada baca ebook Chris Malta…dia ada cakap masalah begini mmg biasa berlaku….
apabila stok habis, amat penting utk berunding dgn pelanggan…samada menerusi telefon atau email…
ada pelanggan yg sabar meunggu dan ada juga yg memaki hamun…..kalau kat eBay dah tentu kena -ve feedback….
camnapun contoh yg diberi delay 2 minggu je…kalau sampai sebulan lebih cam kes planeplanet ni…..penyelesaian yg dibuat oleh team saifulsham tu mmg langkah bijak.
June 23rd, 2006 at 1:56 am
“beli dan terus hantar”
Maksudnya beli di laman web tersebut dan alamatkan penghantaran terus ke alamat pelangkan, adakah begitu ?