Mastermind Group of Malaysia
Hello pembaca SaifulSham,
Sejak dari hari raya tersebut, inilah kali kedua saya menulis di SaifulSham. Ya, inilah kali kedua Syazwan menaip dan meluangkan masa untuk ke SaifulSham.
Sebenarnya, sekarang adalah musim peperiksaan Universiti Teknologi Petronas. Maka, tidak hairan, saya mahupun Sabri sendiri tidak dapat menulis secara kerap disini. Begitu juga Ezine bulan November, ia terpaksa ditangguhkan seketika. Kami hanya mampu meguruskan perniagaan internet kami sahaja buat masa (inilah selalunya terjadi apabila kami tidak cukup kakitangan~;))
Baiklah tuan-tuan dan puan sekalian,
Pada hari raya ke-5 yang lalu, seperti yang disiarkan, Team SaifulSham menghadiri perjumpaan Mastermind Group. Perjumpaan itu berlangsung selama 3 jam.
Menariknya,banyak yang dikongsikan dan hampir setiap ahli-ahli Mastermind mempunyai teknik dan cara tersendiri dalam membawa perniagaan internet masing-masing. Cuma, ia akan berbalik pada satu objektif yang sama. Menghasilkan duit di internet!
Jadi, untuk pos kali ini, saya akan berikan anda input tentang apa yang dibincangkan dalam perjumpaan tempoh hari. Ya, bersedialah. (Seharusnya saya menyimpan sebagai rahsia, tetapi, saya sudah meminta kebenaran ahli-ahli untuk memberikan sedikit sebanyak maklumat kepada anda semua)
Baik, perkara pokok perbincangan tersebut adalah mengenai pengalaman masing-masing dalam perniagaan internet. Dari awal sehinggalah bercerita mengenai masalah-masalah dihadapi.
Tetapi untuk kali ini, saya akan memberitahu anda mengenai prinsip-prinsip yang digunakan oleh setiap ahli Mastermind dalam menghasilkan laman web.
Mengikut Alex Mandossian dan Armand Morin (iaitu guru kepada Gobalakrishnan), pendapatan di internet adalah berkadar terus dengan bilangan laman web anda.
Itu adalah cara guru terkenal Armand Morin dan Alex Mandossian. Jika anda ingin tahu, mereka mempunyai beribu laman web! Dan mereka juga menghasilkan laman web perniagaan setiap hari.
Kedua-dua dari guru ini mempunyai pegangan bahawa sebuah laman hanya mempunyai target audien yang tersendiri dan oleh itu, setiap darinya hanya mampu menyumbang kepada jumlah pendapatan tertentu. Tetapi pada satu tempoh masa, ia akan terbantut dan anda tidak akan mendapat pendapatan lebih dari jangkaan.
Contohnya, jika anda mempunyai sebuah laman web menjual barangan, pendapatan di laman web anda mungkin hanya mencecah RM2000 sebulan dalam jangka masa yang sederhana dan anda tidak boleh berharap bahawa ia akan mencapai berpuluh ribu ringgit dan ke ratus ribu ringgit mahupun jutaan ringgit.
Caranya anda harus membina perniagaan lain!
Sebab itu GobalaKrishnan sekarang agresif menambah laman web perniagaannya!;).
Baik, dari sudut Patric Chan (ini saya dapati dari temubual denggannya pada 31 Ogos lepas) – iaitu pakar internet marketer tempatan bertaraf dunia, kaedah yang digunakannya adalah, first, you have to expand vertically. And then, you have to expand horizontally.
Patric Chan berpendapat bahawa, dalam membina sesebuah perniagaan internet, anda harus kecilkan skop (niche). Kemudian kembangkan skop tersebut.
Contohnya mudah, jika salah satu laman web perniagaan SaifulSham iaitu www.planesplanet.com, kami hanya tumpukan pada menjual model pesawat komersial.
Dalam beberapa ketika, kami akan menumpukan kepada menambah bilangan model pesawat komersial di laman web planesplanet.com (expand vertically). Dan selepas mendapat pesanan yang stabil, kami menambah kepada kategori pesawat lain seperti pesawat kargo, dan juga pesawat perang (expand horizontally).
———————————-
Apapun, saya dan Sabri dari Team SaifulSham ingin memberitahu anda, bahawa dengan sesiapa pun anda belajar, pertama, anda harus mencari peluang untuk membina jaringan komuniti seperti group Mastermind.
Sebabnya, perjumpaan seperti ini mampu mencambahkan idea, menyelesaikan masalah, serta menambah baik ilmu anda dalam perniagaan internet.
Saya berasa bertuah kerana dengan bertemu Gobala, saya tahu tekniknya. Bertemu Edmund Loh, saya tahu tekniknya. Bertemu Donald, saya tahu apa yang membuatkannya menjadi jutawan. Bertemu Colbert, Steven, Sunny Tan saya tahu masing-masing mempunyai sesuatu yang tidak ada pada Team SaifulSham.
That’s how most succesful internet marketer work. They don’t hide their knowlegde, but they share with trusted people. And the most ideal is, you must have your own mastermind group.
Tetapi satu perkara anda perlu tahu, untuk membentuk mastermind group yang hebat, setiap ahli harus menyumbang sesuatu. Jika tidak, ia akan menjadi sebuah kumpulan yang lambat untuk berjaya.
———————————-
Sekian,
Dari seorang yang mengalami tekanan menjelang peperiksaan,
Syazwan!


November 12th, 2006 at 7:32 am
patut la takde update terbaru… ternanti2 jugak… semoga berjaya dalam exam team saifulsham.
November 12th, 2006 at 1:15 pm
Patutlah senyap je..exam rupanya. Betul tu, kita kene adakan selalu pjmpaan ngan group ni. bagi idea bertambah. Bila agaknya sy nak join group otai2 ni.
Gud lcuk for exam!
November 12th, 2006 at 4:37 pm
Shazwan, never crack under pressure bro… Exam kat sekolah tu tak der ape… its just a chapter of life..
Suffer, sacrifies, survive…
November 12th, 2006 at 11:17 pm
Lol.. beribu laman web.. jadi tiada sebab mengapa tidak kaya.. huhuhu
November 13th, 2006 at 11:28 am
Mereka semua berpegang kepada satu “nak berjaya”. Jadi mesti cari caranya la