Hari ini saya akan berkongsi tips perniagaan internet pendek sahaja mengenai penyedia perkhidmatan di Internet. Kebetulan pula ketika Saudagar.com.my ditutup untuk maintenance. ;) Namun, segala fungsi email dan support boleh terus disalurkan kepada Cik Mazlina di saudagar@saudagar.com.my seperti biasa. :)

Maaf kepada semua, terutamanya yang baru mendaftar untuk menggunakan SaifulSham’s Digital Products Anti Thief Locking System. Sebenarnya syarikat hosting kami telah mengenal pasti skrip PHP Nuke yang kami gunakan (private site protege) tidak secure dan berlubang-lubang, setelah saya melaporkan kejadian-kejadian pelik seperti post yang hilang dan sebagainya. ;)

Kepada protege, rumah kita akan bertukar wajah nanti! :) Cuma sabar dulu, kena tunggu saya cuti baru kita boleh mula masuk rumah baru tersebut. Untuk sebarang komunikasi, terus gunakan email peribadi saya atau Cik Mazlina di atas.

Oh ya, ini adalah satu kisah kelemahan kita jadikan kekuatan.

Di sini juga saya ingin memberi tips untuk anda memilih penyedia perkhidmatan untuk anda gunakan buat perniagaan internet anda, jadi matang. :) Jangan sekali-kali memilih kerana harga yang “tersangat” murah (hati ini masih pedih diperli mat salleh “You Get What You Pay For“), kerana kawan kita tauke tempat tersebut (kalau berkualiti tak apa, lagi bagus) ataupun semata-mata kerana kita adalah affiliate mereka.

Cara terbaik adalah anda compare penyedia perkhidmatan tersebut dengan pesaingnya dan pilih dengan rasional berdasarkan bajet dan keperluan anda.

Tips Saya: Bayar Untuk Apa Yang Anda Perlukan Sahaja

Satu lagi, cikgu yang garang bukan bermakna cikgu yang tidak bagus. Contohnya, syarikat hosting kami tidak membenarkan lagi kami memasang sebuah perisian forum kerana terlalu banyak lubang-lubang tidak selamat (jangan gelak, direct translation!) dalam perisian tersebut demi keselamatan server. Satu langkah yang tegas dan memang pemilinya memberitahu saya dengan cara baik dan beliau terpaksa berbuat demikian.

Jangan pula anda beranggapan kena pindah hosting sebab anda tidak boleh buat sesuka hati anda. Sebenarnya jika boleh anda perlu bincang dengan penyedia tersebut dan tinggal bersamanya! Kenapa? Sebab nampak jelas beliau menjaga servernya dan tidak membenarkan sebarang pengacau (hackers, crackers dsbnya) membuat onar. Kualitinya jelas di situ.

Kami pernah juga berada dengan pemilik hosting yang membenarkan kami buat apa sahaja. Namun, hubungan harmoni itu tidak tahan lama setelah server mereka dieksploitasi oleh spammer sehingga nyaris-nyaris domain kami ditutup.

Oh ya, jika anda faham post ini, tahniah! Anda sekurang-kurangnya dah berada di anak tangga ke 2. Kepada anda yang masih blur2 mengenai post ini, tarik nafas dalammmm2, dan relax. Bila tiba masanya, anda akan faham sendiri (bila anda sudah bersedia)