Hello pembaca SaifulSham,

Sepanjang kami bergelumang dalam perniagaan internet, kami tidak melihat ramai rakyat Malaysia mampu membawa imej yang menarik dalam perniagaan internet. Soal membina imej tidak ditekankan tetapi soal untuk mengaut keuntungan yang cepat yang dikejar-kejar.

Tuan-tuan dan puan-puan, dalam apa jua jenis perniagaan sama ada di internet atau didunia nyata, soal imej memainkan peranan yang penting dalam memastikan kelangsungan perniagaan anda. Jika didunia nyata, seorang usahawan haruslah berpakaian kemas, mempunyai kemahiran komunikasi yang baik, khidmat pelanggan yang cemerlang dan berbagai lagi imej positif yang menonjolkan anda adalah seorang yang serius untuk berniaga dan anda mahu kekal dalam perniagaan untuk tempoh selama mungkin.

Begitu juga didunia maya, walaupun anda mungkin berniaga di internet dengan hanya memakai baju tidur ( pelanggan tidak nampak anda diinternet!), soal membina imej juga tidak harus diketepikan. Tetapi, sayangnya, tidak ramai rakyat Malaysia yang tahu bagaimana untuk membina imej yang cemerlang jika berniaga diinternet.

Rata-rata laman web perniagaan rakyat Malaysia yang kami temui hanya bersifat mengejar keuntungan semata-mata. Semuanya hanya mempromosikan barangan yang dijual ( tidak kiralah sama ada e-book, produk, dan servis). Semuanya sibuk mengatakan mereka adalah terbaik tetapi mereka tidak memberikan peluang kepada diri mereka sendiri untuk membuktikan mereka adalah terbaik.

Perniagaan sebegini tidak akan kekal lama dan menunggu masa sahaja untuk si malaikat maut memanggilnya.

Sebagai contohnya:

Jika anda mempromosikan sebuah e-book yang anda daftar diri anda sebagai afflliate, kebanyakan hanya tahu mempromosikan e-book tersebut tanpa usul periksa. Kami tahu anda semestinya mahu mendapatkan semula modal yang anda laburkan selepas membeli e-book tersebut, tetapi gunalah kebijaksanaan anda untuk membuat kajian dan membaca e-book yang dibeli.

Jika memang e-book tersebut hebat dan bagus, barulah anda daftarkan diri sebagai affiliate (psst…cara ini hanya untuk orang yang serius berniaga diinternet). Janganlah disebabkan anda inginkan kembali wang yang dilabur tetapi selepas mengetahui e-book tersebut sememangnya ‘rubbish’ atau maklumatnya sudah lapuk atau tidak berguna langsung, anda tetap berdaftar sebagai affiliate dan mempromosikannya semata-mata untuk mendapatkan kembali modal yang tidak seberapa itu.

Ini kerana sekali anda mempromosikan e-book yang ‘rubbish’, maka anda hanya menjerat diri anda dengan tali gantung. Anda mungkin sudah merosakkan imej anda sendiri selaku peniaga diinternet dan lain kali jika anda mempromosikan sesuatu yang baru, siapa mahu percayakan anda? ( Kalau kami, sudah tentu kami lari seribu langkah dari anda ;p)

Baiklah, e-book yang disebut itu hanyalah satu contoh dari berbagai-bagai lagi produk dan servis yang boleh ditawarkan diinternet. Yang penting, bina imej secara tulus dan ikhlas diinternet.

Tidak salah jika anda mempromosikan sesuatu produk atau servis tetapi biarlah anda benar-benar faham dan mengalami sendiri kesan positif yang dibawa oleh produk dan servis tersebut. Dengan cara begini, pelanggan yang telah membeli dari anda akan sentiasa percaya akan apa jua yang anda cakapkan ( bukan bermakna anda membodek mereka;p).

Baiklah, bagaimana jika anda mahu membina imej diinternet? Kami beri contoh e-book seperti diatas, jika anda membeli sebuah e-book, baca dan buat kajian. Berikan review anda terhadap e-book tersebut. Jika didapati bagus, barulah promosikannya. Tetapi ingat, promosi pun kena ada caranya. Jangan pergi ke mana-mana sahaja forum dan menyibuk dengan promosi e-book tersebut. Ini hanya menambahkan kemarahan ahli forum.

Sebaliknya, guna cara berhemah. Berikan sedikit sedutan dari e-book tersebut yang benar-benar bagus, beri pendapat anda dan tunjukkan keikhlasan anda untuk membantu bakal pelanggan anda. Jangan di laman web anda, terpampang iklan-iklan yang mempromosikan e-book tanpa sebab musabab.

Baiklah, itu jika anda mempromosikan produk atau perkhidmatan orang lain (affilliate), bagaimana pula dengan produk dan perkhidmatan anda sendiri?

Tunjukkan keikhlasan anda! Itu sahaja. Apa cara yang diguna pakai sekalipun, biar ia nampak anda adalah seorang yang ikhlas. Sebagai contoh SaifulSham sendiri, jika anda melawat-lawat dan berlegar-legar dilaman web ini, apakah anda nampak sebarang promosi untuk produk-produk tertentu? Haha, kami rasakan tidak ada satu pun. Laman web ini tidak menekan dan memaksa anda membeli sebarang produk yang kami rasakan tidak bagus. Kami tidak akan sekali-kali mengorbankan imej kami untuk sesuatu yang sia-sia.

Sebaliknya, kami pula yang berusaha dan bersengkang mata untuk menghasilkan e-book “Petua Pengiklanan Berkesan”, report “Skim Cepat Kaya di Internet dibongkar” , dan iklaneka yang semuanya percuma dan memberikan manfaat kepada anda sahaja.

Dilihat secara kasar, anda akan nampak faedah hanya tertumpu kepada pelawat SaifulSham sahaja. Yalah, memberi e-book percuma yang ditulis kami sendiri memerlukan kos juga. Kos bandwith (hosting) yang digunakan semuanya ditanggung kami.

Itu dari sudut pandangan seorang pelawat SaifulSham, tetapi bagaimana pula kesannya kepada pelawat tersebut dan kepada kami sendiri?

Apabila seorang pelawat membaca e-book kami yang diberi percuma, pelawat akan tahu siapa sebenarnya kami. Apa yang ditulis kami dan sejauh mana manfaat yang kami berikan kepada mereka. Itu semua terletak ditangan pelawat SaifulSham sendiri untuk membuat penghakiman kepada kami.

Apabila juga pelawat yang membaca e-book tersebut mengakui akan kelebihan kami, pelawat tersebut akan berterusan datang ke laman web SaifulSham untuk membaca pos-pos baru dan sebarang promosi yang kami lakukan. Ini kerana mereka mengakui ianya berkualiti dan kami bukan seorang pencekik darah yang meminta wang untuk sesuatu yang bermanfaat yang boleh dikongsi.

Itulah cara SaifulSham membina imej. Kami dulu sama dengan anda semua, setahun lepas trafik pelawat ke laman web SaifulSham hanyalah beberapa kerat. Tetapi hari ini, kami menuai hasil dari segala keikhlasan yang ditunjukkan. Dengan cara ini, anda mampu membina imej yang hebat diinternet. (psst….rahsia sudah dibocorkan…apa lagi…tiru lah!)

Kesimpulannya, walau apa jua cara anda ingin berniaga diinternet, jangan abaikan soal pembinaan imej. Itu sahaja untuk kali ini.

Jumpa lagi kalian semua.