Hello pembaca setia SaifulSham,

Baru seketika tadi saya mendapat pengesahan dari pihak penerbit bahawa segala-galanya tentang buku terbaru kami akan terjawab pada minggu hadapan. Jeng, jeng, jeng.

Kami tahu ada yang setia menanti dan kami menghargai kesabaran anda. Amat-amat terharu~ ;) . Tunggu jangan tak tunggu.

Okla, hari ini kami akan membawakan suatu hal yang perlu dilakukan oleh setiap usahawan internet baik yang junior mahupun yang senior. Kami sudah pun praktikkannya dan kami nak berkongsinya bersama anda cara dan kaedah berkesan yang boleh anda tiru! (Psst….jangan bagitau orang lain)

Tentu anda semua pernah mendengar kata-kata pakar internet marketer, untuk mendapatkan jualan dari pelanggan baru lebih sukar dari mendapatkan jualan dari pelanggan sedia ada (yang pernah membeli di laman web anda). Ya, kami akui kata-kata tersebut amatlah tidak boleh disangkal lagi kebenarannya.

Memang dalam apa jua perniagaanpun (online mahupun offline), pentingnya usahawan berusaha untuk mengekalkan kesetiaan pelanggan dari berusaha mencari pelanggan baru.

Ada beberapa sebab untuk kami katakan mengapa lebih senang untuk mendapatkan jualan dari pelanggan sedia ada dari pelanggan yang baru:

Mereka sudah kenal siapa anda.
Apabila pelanggan membeli dari laman web anda, mereka secara automatiknya tahu siapakah anda sebenarnya. Apakah anda ni si penjual yang hebat atau anda sekadar tukang cekik darah mereka.

Sebagai contohnya: Jika anda menjual barangan fizikal, dan pelanggan anda menerima produk tersebut, mereka sudah boleh menilai siapakah si penjual kepada mereka. Kalau apa yang anda berikan kepada mereka memuaskan hati, mereka tidak segan akan kembali membeli di laman web anda walaupun ada pesaing anda yang menawarkan harga serendah 1 sen! Percayalah.

Kami beri satu lagi contoh: Kami pernah beli CD lagu di Amazon (CD yang tiada dipasaran Malaysia!). CD tersebut dibungkus rapi dan diletakkan di dalam kotak yang menarik. Masa diambil untuk sampai ke tangan kami adalah 2 minggu (seperti yang dijanjikan). Kami amat-amat puas hati dengan khidmat Amazon. Dan selepas itu, apa jua barang yang ingin dibeli, kami akan letakkan Amazon sebagai pilihan nombor satu kerana kami tahu Amazon memang mempunyai khidmat pelanggan yang hebat dan kami tidak ragu akan kualiti produk yang ditawarkan di Amazon.

Baiklah, faham setakat ini? Ok, teruskan……mm…berbanding mendapatkan pelanggan baru, anda perlu banyak kesabaran dan membuat promosi-promosi yang menggila untuk menyakinkan bahawa andalah nombor satu dan raja segala laman web. Cara ini sememangnya perlu juga dilakukan untuk memastikan aliran pelanggan baru tidak terputus tetapi kos yang diambil anda adalah tinggi berbanding memikat pelanggan sedia ada untuk terus membeli dari laman web anda.

Cuba bayangkan, anda perlukan kos dari segi masa, tenaga, kos wang untuk promosi ( Google Adword, banner, kos tajaan & lain-lain) untuk menarik perhatian bakal-bakal pelanggan baru.

Sebaliknya, anda hanya perlu e-mailkan kepada pelanggan sedia anda untuk menawarkan produk-produk anda dengan tawaran yang menarik. Itu sahaja. Tiada kos pengiklanan kan. Hanya perlu pandai tulis ayat yang memancing saja. Yang lain, reputasi anda tak perlu dirisaukan kerana mereka sudah tahu akan perkara tersebut.

Oleh sebab itu, jangan sekali-kali menghampakan pelanggan yang membeli di laman web anda hatta walau seorang pembeli. Anda harus menjadi hamba dan pelanggan anda adalah tuan (hamba yang berhemahlah). Ya, anda hamba dan pelanggan adalah tuan.

Kami ada kaedah praktikal yang boleh diguna pakai untuk membolehkan pelangan setia kepada anda hingga saat ke nafas terakhir mereka ;p. Ini cara dan kaedahnya…..

1) Khidmat servis tip top
Ya, inilah yang perlu ada pada anda wahai usahawan internet. Servis yang tip top akan membuatkan pelanggan anda setia walaupun mereka pernah memarahi anda sebelumnya. Katakan contohnya: Anda terlambat mengepos barangan kepada pelanggan anda kerana mungkin faktor yang tidak boleh dielakkan, dan pelanggan anda menghantar e-mail memarahi anda kerana masih lagi tidak menerima barangan yang ditempah.

Baiklah, jangan salahkan pelanggan anda kerana sifat tidak sabarnya dan berikan berbagai-bagai alasan yang bertujuan untuk mengatakan anda tidak salah. Anda harus menjadi pesalah dalam kes ini walaupun mahkamah memutuskan anda dibebaskan tanpa ikat jamin;p.

Pesalah harus dihukum. Jadi, cara dan kaedah yang ideal dengan meminta pelawat tersebut bersabar dan memohon maaf atas kelewatan anda. Kalau anda mampu, bayar sedikit wang kepada pelanggan itu ( anggap sebagai diskaun) atas kesalahan anda (psst…janganlah bayar sampai anda tidak untung langsung). Kalau tidak mampu, pos kan e-kad memohon maaf ( anda kena serang cara psikologi). Kalau produk tidak juga sampai ke tangan pelanggan anda, jangan berlengah, hantarkan yang baru.

Apa lagi? Kalau produk digital, silalah tanpa rasa membebankan, pulangkan wang 100 peratus kepada pelanggan anda. Tawarkan money back guarantee.

Baiklah, jangan fikir dengan cara ini anda akan rugi. Tidak…jangan bimbang. Kami ada pengalaman. Kerana perkara seperti inilah membuatkan hati pelanggan yang marah itu tiba-tiba lembut dan mereka akan bersedia berkompromi kepada anda. Mereka akan maklum masalah anda dan mereka bersedia untuk menunggunya walaupun sedikit lewat dari jadual dimana produk itu harus sampai ke rumah mereka.

Bersambung di episod seterusnya……