Mencari wang ketika belajar ….Episod 2
Food & Beverages
Food and beverages boleh buat duit dimana-mana sekalipun. Tidak terkecuali golongan pelajar yang mencari duit melalui cara ini. Komuniti IPT dan kolej amatlah besar pasarannya, jika di universiti kami sendiri pun, angka 6000 pelajar itu sudah cukup menceritakan betapa luasnya prospek perniagaan ini. Apatah lagi bagi universiti yang mempunyai puluhan ribu pelajar. Food and beverages adalah sesuatu yang sentiasa boleh dijual. Hendak dikatakan lumayannya perniagaan ini, ada sehingga beberapa pelajar ditempat kami mampu mempunyai kereta sendiri hasil perniagaan ini.
Antara food & beverages yang popular adalah burger, hot dog, donut, minuman kotak dan tin, makanan ringan dan macam-macam lagi. Selalunya, golongan pelajar tidak mendapatkan stok barangan dari kedai-kedai runcit berhampiran tetapi mereka akan berborong dari pengedar-pengedar besar seperti Makro, Tesco, Mydin, dan sebagainya. Walaupun ada sesetengah food and beverages ini hanya memberikan margin keuntungan yang kecil tetapi selalunya volume yang besar akan memberikan pulangan yang masih lumayan.
Katakan air kotak yang dijual dengan keuntungan bersih RM 0.20 sen sekotak. Jika pelajar ini mampu membuat jualan sebanyak 100 kotak sehari (sesuatu yang tidak mustahil di IPT ), maka keuntungan bersih sehari adalah RM 20. Ia sudah dikira lebih dari mencukupi untuk perbelanjaan harian seorang pelajar. Katakan pula, pelajar ini membuat jualan sedemikian untuk tempoh 20 hari dalam sebulan, maka keuntungan bersih sebulan adalah RM400. Lumayan bukan.
Cumanya perniagaan ini memerlukan pelajar membuat kiraan dengan teliti. Stok, modal, untung atau rugi adalah sesuatu yang harus dicatat. Oleh kerana selalunya margin keuntungan yang rendah, jika akaun tidak dikawal dengan baik, perniagaan ini juga akan membawa kerugian. Kadangkala, ada hutang-hutang yang tidak tercatat, kecurian stok, stok rosak dan sebagainya yang membawa kepada kerugian.
Apa yang menarik perhatian kami adalah pelajaran yang dipelajari daripada perniagaan ini daripada aspek pemasaran. Berbagai-bagai jenis kadah pemasaran selalu digunakan pelajar. Antara yang popular seperti sistem affiliate iaitu melantik ajen-ajen jualan setiap blok hostel dan memberikan komisyen jualan kepada ajen-ajen ini berdasarkan jualan yang dibuat, sistem direct ke pintu-pintu bilik yang menjelajah ke hampir semua bilik menjaja barangan mereka, dan berbagai-bagai sistem lagi.
Walaupun ia mampu memberikan pulangan lumayan, perniagaan ini juga mempunyai kekangan sendiri iaitu waktu, tenaga dan pilihan.
Waktu yang paling sesuai untuk dijual adalah pada waktu petang dan pada tengah malam dan waktu ini boleh dikatakan prime time/ peak hour/ waktu puncak bagi perniagaan ini laris. Ini kerana pada waktu petang, pelajar selalunya bersukan dan mereka akan keletihan dan peluang untuk membeli food & beverage adalah tinggi. Pada waktu tengah malam pula, bagi golongan pelajar yang mentelaah pelajaran sampai tengah malam akan mudah berasa lapar dan kepayahan untuk keluar mencari makan menambahkan peluang perniagaan food & beverage. Pada waktu-waktu lain, perniagaan ini sukar mendapat sambutan.
Perniagaan food & beverage adalah perniagaan yang meletihkan jika tidak dibuat dengan sempurna. Daripada membeli stok, mencatat akaun dan pemasaran ianya menuntut lebih tenaga untuk digerakkan. Tambahan lagi jika dilakukan secara individu.
Pilihan yang terhad mungkin membataskan peluang menghabiskan stok dengan singkat. Kalangan pelajar mempunyai citarasa yang berlainan, ada yang mungkin tidak sukakan barangan yang ditawarkan seperti air kotak kacang soya, tidak semua meminum air kacang soya. Jadi, sebagai penjual yang juga seorang pelajar, selalunya tidak mampu memenuhi semua permintaan berlainan jenis kerana modal yang kecil.
Kesimpulannya, apa pendapat kami mengenai perniagaan ini? Agak lumayan dan tidak rugi jika anda berhasrat mencubanya. Ia tidaklah sesukar perniagaan MLM, begitulah agaknya
.
Bersambung selepas ini : Menjadi ejen-ejen seperti ejen insuran di IPT


February 24th, 2006 at 12:31 pm
Kat UTM ni, antara yang dilakukan oleh student ialah mereka bergerak dari satu blog ke satu blog untuk menjual makanan spt burger, hotdog, nasi lemak, karipap, roti john dan lain2 lagi.
Ada juga yang buat servis kereta sewa dan khidmat penghantaran ke destinasi yang ingin dituju oleh pelajar. Selain tu ada jugak yang buat servis repair komputer, baiki handphone, jual jersi dan seluar jeans bundle (dari siam ke?), hehe, DAN macam-macam lagi.
Pendek kata, nak seribu daya.. Market dah ada, cuma carilah satu produk atau servis yang dapat memudahkan/menyelesaikan masalah atau keperluan pengguna.
Thanks SaifulSham, anda mengingatkan balik diri saya untuk memikirkan sesuatu untuk market ini especially di UTM. Dah ada idea, cuma tunggu masa jer..
February 24th, 2006 at 12:33 pm
*Maaf, pembetulan ayat: bergerak dari satu blok ke satu blok.. Bukan blog. Sorry.
August 9th, 2007 at 11:11 am
P/S : TOLONG FORWARDKAN ADVERTISEMENT NIE.TQ
EZUTRONIK ENTERPRISE
(Usahasama: Isahi Enterprise)
Assalammualaikum & Salam Sejahtera
Tuan/Puan,
PER: BENGKEL MEMBAIKI TELEFON BIMBIT
Merujuk kepada perkara di atas saya En Haizul sebagai Pengarah Urusan di EZUTRONIK ENTERPRISE dan selaku salah sebuah syarikat telekomunikasi dengan sukacitanya ingin mengadakan sebuah ‘Bengkel Membaiki Telefon Bimbit’ pada 01 dan 02hb DEC 2007 bertempat di Perpustakaan Sultanah Zanariah (PSZ), City Campus, Jalan Semarak,Kuala Lumpur.
2. Tujuan utama ‘Bengkel Membaiki Telefon Bimbit’ ini diadakan adalah untuk membantu tuan/puan menjana pendapatan melalui kemahiran membaiki telefon bimbit.Melalui bimbingan serta tunjuk ajar dari saya selaku tenaga pengajar tuan/puan akan didedahkan secara dekat bagaimana untuk membaiki telefon bimbit dengan cara-cara yang betul dan berkesan.
3. Setelah tuan/puan didedahkan bagaimana untuk membaiki telefon bimbit maka dengan semangat yang bersungguh-sungguh untuk terus maju tuan/puan dapat mencari peluang dan membina sebuah empayar perniagaan hasil dari titik peluh sendiri.
3. Saya selaku tenaga pengajar dan Pengarah Urusan di EZUTRONIK ENTERPRISE dengan ini mengalu-alukan penyertaan tuan/puan untuk kita sama-sama belajar dan menjana pendapatan melalui kemahiran yang kita ada.Saya juga amat berterima kasih kepada Isahi Enterprise kerana sama-sama menganjurkan ‘Bengkel Membaiki Telefon Bimbit’.
“BENGKEL MEMBAIKI TELEFON BIMBIT”
Tarikh : Sabtu&Ahad, 01hb – 02hb DEC 2007
Waktu : 8:30 Pagi – 6 :00 Petang
Tempat : Perpustakaan Sultanah Zanariah (PSZ), Universiti Teknologi Malaysia (UTM), City Campus, Jalan Semarak, Kuala Lumpur
HARGA : RM810.00 Net
Jumlah Posisi: Terhad Hanya Untuk 20 Peserta Sahaja
(Minum Pagi, Makan Tengahari & Minum Petang Disediakan.)
Tarikh Tutup Pendaftaran Khamis 17hb NOV 2007
Untuk mendapatkan BORANG PENYERTAAN sila email atau hubungi saya di talian:-
EMAIL : ejat363@gmail.com / isahienterprise@yahoo.com
TEL : 012-225 4649 (En Syarizad)
Jika ada sebarang keraguan & kekeliruan atau inginkan maklumat lanjut mengenai bengkel ini sila hubungi:-
TEL : 012-225 4649 (En Syarizad)
017-361 8230 (En Haizul)
012-617 7444 (En Jasmi)
EMAIL : ejat363@gmail.com / isahienterprise@yahoo.com
WEBSITE : http://www.handphone-workshop.blogspot.com
Sekian,terima kasih.
Yang benar,
En Haizul,
Pengarah Urusan,
EZUTRONIK ENTERPRISE.