Hello pembaca SaifulSham,

Sudah agak lama SaifulSham terbiar. Saya baru sahaja drive pulang ke Kuantan. Semalam, saya terpaksa menguruskan beberapa pesanan dari perniagaan internet yang tertangguh, dan tidak sempat untuk menulis di SaifulSham.

Berkenaan seminar tempoh hari, saya tidak akan menulis mengenainya. I don’t judge myself, people who attend will do it. Apapun, trimas saya ucapkan kepada peserta yang memberi kepercayaan kepada Team SaifulSham dan sanggup menghabiskan wang ringgit anda. Kami berjanji kami tidak akan meninggalkan anda terkapai-kapai.

Ingat Rabu ini, sila ke link yang telah diberikan semasa seminar, banyak perkara menarik akan anda dapati disana.

Baiklah, hari ini saya ingin memberikan anda satu tips menarik dan hebat.

Jika anda pernah menaiki pesawat AirAsia, pernahkah anda berfikir mengapa dibadan pesawat tersebut tertulis “AirAsia.com” ?. Secara peribadinya, saya memang kagum dengan pemikir pemasaran yang bekerja di AirAsia.

Dalam banyak syarikat penerbangan, AirAsia adalah salah satu dari sesetengah syarikat penerbangan yang menggunakan teknik pemasaran sebegini.

Walaupun jika dilihat sememangnya AirAsia mempromosikan pembelian tiket diinternet, tetapi itulah kaedah termurah dan mudah untuk dilakukan.

Team SaifulSham telah lama meniru kaedah ini, iaitu kami sudah mempunyai T-Shirt yang tertulis laman web kami. Secara kajiannya, memang tidak nampak kesan jelas ke atas laman web SaifulSham.com, tetapi ia adalah promosi yang senang dan murah bagi kami.

Banyak kali saya memakai T-Shirt SaifulSham.com sama ada dikelas, keluar bandar, sesi ceramah, dan banyak kali juga saya ditegur dan ramai bertanya, apakah itu SaifulSham.

Yang tidak bertanya, merenung dekat perkataan di T-Shirt saya. Tetapi, secara mudah saya senang dan mudah menarik perhatian orang yang tidak pernah tahu akan SaifulSham.com untuk melawat laman web ini.

Kini, saya merancang untuk membuat beberapa lagi T-Shirt yang tulisannya lebih besar lagi. Sebabnya, ia murah dan mudah.

AirAsia terbang merata tempat di Asean, mereka tidak perlu berhabiskan wang yang besar untuk mempromosikan penerbangannya, cukup dengan menulis nama laman web dibadan pesawat mereka.

Begitu juga kaedah syarikat-syarikat kasino di Barat, cara mereka mempromosikan kasino mereka, adalah dengan mengupah orang untuk memakai T-Shit syarikat mereka dan pergi buat sesuatu yang gila untuk menarik perhatian ramai.

Contohnya, semasa perlawanan bola sepak yang ditonton jutaan penonton, orang yang diupah ini sanggup berlari ke tengah padang dengan memakai T-Shirt syarikat kasino. Dan cara ini, penonton di stadium dan penonton di rumah akan terlihat iklan kasino di badan orang ‘gila’ yang berlari di tengah stadium.

Dan, walaupun orang itu akan ditangkap pegawai keselamatan, mereka selalunya didenda, dan itu tidak menjadi masalah kerana syarikat ini akan membayar denda mereka. (Kaedah ini agak keterlaluan tetapi ia menarik bagi saya)

Jadi, teknik murah dan mudah ini sebenarnya boleh anda aplikasikannya. Bukan sahaja di T-Shirt, tetapi juga dimana-mana tempat yang anda fikirkan sesuai.

(Saya berfikir untuk menampal badan kereta saya dengan perkataan SaifulSham.com, tetapi saya rasa orang akan mengatakan saya gila, hehe)