Mengapa anda perlu menjadi jutawan?
Hello pembaca SaifulSham,
Sebelum saya melibatkan diri dalam perniagaan internet, saya banyak melihat apa yang bapa saya lakukan. Sebagai seorang ahli perniagaan atau lebih tepat lagi, seorang pelabur hartanah yang berjaya, kadangkala saya tertanya, apakah menjadi seorang yang mencapai kebebasan kewangan ini amat hebat rasanya.
Mungkin sesetengah orang lebih suka untuk menjadi seorang pekerja dalam hidup mereka berbanding menjadi majikan sendiri. Ada sesetengah rakan saya menyanggah pernyataan saya dengan mengatakan, “hidup ini bukan bermakna semata-mata mengejar wang, yang penting kita bahagia dan membuatkan orang lain menghargai dan menyanjungi kita”.
Ya, saya setuju dengan pernyataan tersebut, akan tetapi, saya ingin memberitahu anda mengapa menjadi jutawan, kalaulah tidak dipandang oleh golongan-golongan yang kononnya mementingkan “bahagia”, tetapi saya menyeru anda melihat fakta yang saya berikan dari kajian saya sendiri; ini adalah dari apa yang saya lihat dari kaca mata saya.
- Oleh sebab pendapatan yang baik, jutawan membayar sejumlah cukai lebih banyak dari orang yang memakan gaji. —-secara tidak langsung memberikan kekuatan kepada ekonomi negara berganda dari orang yang makan gaji.
- Jutawan selalunya mempunyai beberapa orang pekerja untuk membantunya dalam banyak urusan—–Setidak-tidaknya jutawan membuka peluang pekerjaan kepada orang lain berbanding orang yang makan gaji.
- Jutawan yang bersedekah dan beramal jariah — Setidak-tidaknya tidaklah mereka datang melawat fakir miskin dengan hanya nada simpati dan memberi sedekah dengan menangis! Mereka lebih dari boleh untuk membantu.
- Jutawan selalunya melancong dan melakukan mengikut kalendar dan hati mereka:   — Sekurang-kurangnya, makna kebahagiaan sebegini lebih bermakna dari orang yang bercakap mengenai bahagia tetapi hidup membuat sesuatu yang tidak disukai (makan gaji).
- Jutawan selalunya mempunyai kuasa beli yang tinggi. Lebih banyak jutawan dalam sesebuah negara, lebih banyak kecairan wang dalam pasaran.
Sebenarnya, ada banyak sebab mengapa menjadi jutawan adalah lebih baik dari memakan gaji. Walaupun mungkin ada kontra, tetapi ia amatlah sedikit. Dan selalunya, jika diberi peluang kepada sesiapapun, adalah dikatakan seseorang itu tidak normal jika tidak mahu menjadi jutawan.
Ada orang lebih gemar dengan cara hidupnya memakan gaji kerana tidak perlu memikirkan cabaran dan masalah yang bakal timbul apabila kita cuba membuat langkahan menjadi seorang jutawan.
Memang bukan mudah untuk menjadi jutawan tetapi bagi saya apalah guna hidup yang tidak mencabar; bangun pagi, pergi kerja sampai petang, malam menonton televisyen dan tidur untuk kerja esoknya.
Hidup kita bukan ditulis untuk menjadi sedemikian sehingga tahun pencen kita. Oleh sebab itu, kita harus menjadi jutawan untuk hidup yang lebih bermakna!
Â
Â


September 14th, 2006 at 11:09 pm
couldn’t agree more..
point yang second last tu, target aku.. hmm…
September 15th, 2006 at 3:00 am
Oh ya! Zakat orang kaya lebih mahal dari orang makan gaji…
September 15th, 2006 at 10:09 am
Ya… Jutawan adalah lebih baik dari makan gaji. Jika hendak hidup senang makan gaji tetapi jika mahu kaya berniaga.
September 15th, 2006 at 11:00 am
mmg betul pun,ramai org kata buat ape la nk kejar wang byk2…tp hakikatnye diri sendiri sentiasa x cukup wang.nk tolong org pun pk 2,3 kali
September 15th, 2006 at 11:25 am
Jutawan, tidak akan menyusahkan kerajaan dengan meminta tongkat untuk menolong kehidupan mereka.
Jutawan juga memberi semangat kepada orang yang makan gaji untuk untuk terus berusaha menaikan taraf hidup sendiri.
Jutawan akan dikira sebagai ‘tangan yang di atas’ bukan ‘tangan yang di bawah’.
Jutawan akan banyak menghasilkan pendekatan ilmiah seperti menghasiklan rencana, buku2 dan idea2 yang memberi motivasi.
banyak lagi……
September 15th, 2006 at 11:53 am
memang ini lah impian yang diidamkan oleh semua orang… memang berasa pelik.. kalau tidak ada orang berkata mereka tidak mahu jadi jutawan..
September 15th, 2006 at 12:35 pm
Assalamualaikum.
Ramai yang ingin menjadi jutawan.
Tapi dalam ramai2 tu, ramai jugak yg usahanya tak memenuhi usaha seorang jutawan.
Hm….
Wassalam.
September 15th, 2006 at 1:01 pm
Rasanya semua orang ingin jadi jutawan, inginkan kebebasan wang dan masa.
September 15th, 2006 at 2:40 pm
masa saya pergi talk Azizi Ali di PWTC, seorang peserta perempuan bertanya, “Perlu ke jadi jutawan?” Jawab Azizi Ali, “Tak perlu…” Kemudian dia sambung, “…tapi mcm mana kalau jiran anda yg tak hensem dari anda semua, yg tak bijak mcm anda semua jadi jutawan… sedangkan anda masih berfikir ‘perlukah aku jd jutawan’…” Peserta yg bertanya diam dan anguk beberapa kali…
hehehe…
September 15th, 2006 at 4:05 pm
Teringat cerita pasal musang dengan anggur. Bila dah tak dapat anggur, Musang assume anggur tu masam. Begitu juga orang yang nak jadi jutawan, bila dah malas nk berusaha jadi jutawan, heh.. Watpe jadi jutawan..
September 15th, 2006 at 5:55 pm
Yang tak nak jadi jutawan tuh maybe diorang just nak finacial freedom.. Financially free is not necessarily to be a millionnaire.
Tapi saya pasti mahu menjadi seorang Billionnaire! More and More Money till i`m tired of it!
September 15th, 2006 at 8:28 pm
Berusaha menjadi jutawan adalah perlu. Kerana kita boleh ke jalan kebaikkan yang diredhai Allah s.w.t.. Insyaallah..
September 17th, 2006 at 1:40 am
Ya.. den pon ingin menjadi jutawan…. tapi kalau dapat kebebasan kewangan pon kira oke lah…
November 2nd, 2006 at 3:01 am
It`s nothing wrong about dreams,bcoz it`s free,
so,THINK BIG to be a milliaonaire….: )
takdak duit,buat multilevel laa…XOG
November 2nd, 2006 at 3:15 am
jadila kaya supaya tak menyusahkan mak bapak,awek,kawan,isteri,anak,member,bank
Jual tanah,jual tanahair,bangsa,agama,negara kalau itu boleh buat korang kaya,,itupun kalau sanggup..
takpun buat multilevel…
October 10th, 2008 at 1:13 pm
Kenapa perlu jadi jutawan???
Bagi saya kalau dah jadi jutawan maka kita ada “jutaan”
kelebihan untuk membantu mereka yang lain pula.
P:S-Saya pun cita2 nak jadi “JUTAWAN INTERNET”
http://blogahmadtarmizi-miji.blogspot.com/
June 14th, 2010 at 1:23 pm
Saya setuju….networking adalah jalan berpotensi untuk jadi jutawan..saya nak ajak tuan2 bersama kami dalam winners 4life untuk menjadi jutawan…ahmad 0132546225