Hello pembaca SaifulSham,

Pernahkah anda mengimpikan untuk memasarkan produk anda ke luar negara melalui internet? Jika ya, ke manakah target pasaran anda? Amerika? German? Kanada? Jepun atau apa jua negara sekalipun.

Hari ini kami akan berkongsi salah satu negara yang boleh dipertimbangkan anda jika berhasrat menjual produk anda diinternet. Kajian ini dilakukan Team SaifulSham sendiri dan kami akan mendedahkan hasil kajian kami untuk paparan rakyat Malaysia yang berhasrat mengembangkan sayap perniagaan ke UK.

Selama hampir sebulan kami mengumpulkan maklumat mengenai peluang niaga rakyat Malaysia jika mahu ke pasaran UK diinternet. Berikut adalah hasil kajian secara ringkas kami:

Kami selalu berhubung dengan rakan sebaya yang menuntut di UK melalui instant messaging. Disamping berbual-bual, kami selalu bertanya kepada mereka apakah potensi perniagaan internet di UK.

Ini jawapan secara kasarnya: UK merangkumi England, Scotland, Ireland dan Wales. Populasi bagi negara tersebut adalah 3 kali ganda dari Malaysia. Walaupun sesetengah orang berpendapat pasaran UK adalah bersifat konservatif iaitu rakyatnya belum bersedia membeli secara online, perkara itu sudah lama berubah. Rakyat Uk sama juga dengan rakyat USA, mereka aktif membeli di internet. Kedai-kedai kecil di sana pun sudah mempunyai laman web sendiri yang boleh menerima tempahan. Jadi, tanggapan bahawa rakyat UK bersikap konservatif sudah tidak boleh diterima pakai lagi.

Kebanyakan pelajar Malaysia di UK memberitahu kami bahawa barangan Malaysia boleh dijual di sana jika kena pada caranya. Terdapat banyak kedai-kedai yang mengimport barangan Malaysia tetapi kebanyakannya adalah milik rakyat UK berketurunan Arab. Contohnya seperti Magee, Kicap, gula-gula, satey sejuk beku. Pelik bukan tetapi barangan sebegitu memang ada demand di sana.

Baiklah, mungkin sukar untuk kita menjual produk berasaskan makanan kerana faktor ketahanan makanan dan kelulusan sukar diperoleh, tetapi terdapat banyak lagi barangan tempatan yang boleh diniagakan di UK.

Selepas bertanya dan menemubual banyak rakyat Malaysia yang tinggal di UK serta famili kami sendiri yang pernah merantau disana, ada tempat khas yang sering menjadi kunjungan utama rakyat UK diinternt.

www.eBay.co.uk adalah laman lelongan paling hot di UK. Hampir kesemua responden yang ditemubual mengaku pernah membeli di eBay UK hatta walau sekali. Ada beberapa sebab mengapa rakyat UK kini menggunapakai sepenuhnya internet sebagai medan membeli-belah:

Kad Kredit mudah diperolehi.
Penggunaan kad kredit di UK adalah sanggat tinggi. Ini kerana golongan yang berusia 12 tahun ke atas boleh memohon kad kredit. Faktor ini banyak mempengaruhi pemudah urusan pembelian diinternet. Tanyalah pelajar Malaysia di UK, semuanya mempunyai kad kredit di sana.

Baiklah, selepas kami mengulangkaji pasaran di eBay UK, kami menemui sesuatu yang jika boleh kami katakan, lubuk emas jika anda rakyat Malaysia ingin mencuba. Jika anda berhasrat menjual produk tempatan di eBay UK, carilah produk yang pelik dan unik dan boleh dijadikan barangan collection oleh orang UK.

Percaya atau tidak, setiap student Malaysia di UK yang kami temubual di instant messaging mengatakan rakyat UK sukakan sesuatu yang pelik pada pandangan mata mereka. Selalunya, sesuatu yang pelik ini dijadikan koleksi perhiasan rumah. Belum ada rakyat Malaysia yang memonopoli lagi produk-produk tempatan yang boleh dikatakan pelik di eBay UK tetapi sudah terdapat ramai penjual dari negara Asia lain yang menguasai pasaran untuk bidang ini.

Contohnya: Rakyat Jepun yang menguasai pasaran bidang kraftangan dan cenderamata. Mereka menjual pedang samurai di eBay UK dan mendapat sambutan yang hangat.

Rakyat Cina di UK pula banyak membawa masuk produk-produk elektoronik yang murah-murah dari China ke pasaran UK.

Rakyat Malaysia? Belum ada yang boleh dibanggakan lagi kerana kami belum menjumpai penjual Malaysia di eBay UK. Ada, tetapi selalunya mereka menjual setem-setem Malaysia.

Kami cadangkan kepada anda, jika mahu membawa produk anda di eBay UK, cari sesuatu yang pelik dan unik dan boleh dijadikan hiasan. Contohnya: sumpit orang asli, tikar-tikar buluh buatan Malaysia (tikar Sarawak), wau, gasing Kelantan, dan berbagai lagi kraftangan Malaysia. Ia memang tidak pelik pada pandangan kita tetapi rakyat UK akan mengkagumi gasing yang boleh berputar laju untuk tempoh yang lama dan wau yang terbang tinggi apabila ditiup angin. Tanglung Malaysia juga boleh dijual.

Jadi, kami harapkan anda mendapat idea bagaimana anda boleh menembusi pasaran UK terutama di eBay UK.Kami juga sedang dalam proses menambah banyak lagi laman web perniagaan kami dan perlahan-lahan kami akan ceritakan susah senang mendapat tempahan dari luar negara kepada anda. Khusus untuk pembaca setia SaifulSham sahaja!

Jumpa lagi.