Hello pembaca SaifulSham,

Pernahkah anda terdengar perkataan monopoli? Saya sebenarnya tertarik untuk membawa isu monopoli ini terutama monopoli berkaitan perniagaan.

Secara jujur, saya tidak sukakan monopoli, sebab banyak kontra dari pronya. Tetapi juga saya tidak sukakan persaingan yang melampau kerana akan wujud ketidakseimabangan dalam perniagaan.
Monopoli mengikut pemahaman bahasa mudahnya adalah “menguasai sepenuhnya”. Atau pun menakluk sepenuhnya.

Dilihat dalam konteks perniagaan, monopoli adalah bagus untuk mereka yang terlibat dalam perniagaan tersebut. Sebabnya, mereka boleh meraih keuntungan yang lumayan tanpa perlu memikirkan kehadiran pesaing mereka.

Akan tetapi, saya cukup benci akan monopoli. Sebabnya, monopoli sebenarnya banyak merugikan pengguna dan menguntungkan pengusaha sesebuah perniagaan.

Bercakap atas dasar konsumer, saya melihat dari beberapa sudut.

Harga

Jika anda adalah satu-satunya pemegang hak istimewa terhadap sesebuah industri, anda boleh meletakkan harga sesuka hati anda kerana pertamanya, orang tidak akan banyak merungut, dan anda tidak risau memikirkan mengenai kehadiran pesaing kerana andalah satu-satunya dalam industri anda.

Contohnya, jika kita melihat kembali pada tahun 2000, berapakah caj untuk satu sms? Mahal bukan? Tetapi apabila wujudnya syarikat seperti Digi, Maxis dan Celcom terpaksa menurunkan harga mereka.

Seingat saya, dahulu satu sim pack berharga lebih dua ratus tetapi kini, ianya hanya berharga tidak sampai sepuluh ringgit. Inlah dikatakan kuasa monopoli Celcom dan Maxis ketika itu, dan apakah orang merungut akan harganya.

Tetapi, jika direnung kembali, adalah sesuatu yang melampau jika diingat pada tahun 2000 dan sebelumnya. Sebab monopolilah, pengusaha sesebuah perniagaan kadangkala meletakkan harga tidak munasabah disebabkan dia tahu, pengguna tidak ada cara lain melainkan menggunakan produk dan perkhidmatan mereka.

Mutu perkhidmatan 

Dalam dunia perniagaan, pesainglah selalunya yang menggerakkan kita untuk menjadi lebih baik. Tetapi, jika anda memonopoli sesebuah industri, anda akan selesa dalam zon anda, perkhidmatan tidak perlu top, sebabnya orang akan tetap mencari anda.

Saya masih ingat lagi, di tahun 2000, caj panggilan terlalu mahal bagi golongan pelajar seperti saya, akan tetapi mutu liputan kawasan amat mengecewakan saya.

Apabila pulang ke kampung, memang saya tidak perlu membawa handphone pulang kerana saya tahu, saya seolah membawa handphone yang kehabisan bateri.

Begitu juga, diwaktu tahun 2000, Yahoo adalah enjin carian terkenal didunia, dan waktu itu, keputusan carian Yahoo, amat-amatlah tidak relevan (anda senang memanipulasikan Yahoo ketika itu), akan tetapi, apabila Google masuk dalam industri, barulah saya nampak Yahoo bersungguh-sungguh memperbaiki mutu produk mereka.

Begitu juga dengan MSN.

Bercakap dalam dunia perniagaan biasa pun, selalunya monopoli ini hanya menguntungkan sebelah pihak, dan ruginya semestinya pengguna.

Sebenarnya sukar untuk mencari ‘pro’ kepada golongan konsumer jika sesebuah industri itu dimonopoli sesebuah pihak. Sebab selalunya, untungnya tidak menyebelahi pihak anda. Sebab itu, perlunya pesaing itu hadir untuk mengajar golongan yang memonopoli ini agar meningkatkan mutu produk dan perkhidmatan mereka.

Untuk memonopoli itu tiada salahnya, tetapi biarlah mutu produk sepadan dengan harga dibayar oleh konsumer.

Â