MSI – Booming your income!
Hello pembaca SaifulSham,
Hari ini tiada pos mengenai saham. Saya hanya ingin berkongsikan kepada anda semua, konsep hebat yang akan menjadi catalyst untuk menjadi seorang jutawan.
Mungkin ramai yang sudah tahu, malah ada yang berkali-kali lebih dari tahu!
Jadi, apakah perkongsian yang ingin diceritakan wahai saudara Syazwan.
Begini ceritanya……..Â
Jika anda menyuruh saya membuat onar, saya akan hanya menulis bahawa pendapatan utama SaifulSham adalah dari perniagaan internet.
Tetapi, jika anda menyuruh saya berlaku jujur, saya akan memberitahu anda bahawa 60 peratus sahaja pendapatan SaifulSham adalah dari perniagaan internet!
Percaya atau tidak, tetapi itulah kebenarannya!
Dimana selebihnya 40 peratus lagi?
Saya beritahu anda tanpa berselindung. Pertamanya, pendapatan SaifulSham datang dari royalti buku.
Baik, keduanya, pendapatan SaifulSham datang dari keuntungan pelaburan hartanah (harap maklum, SaifulSham telah lebih setahun melabur dalam hartanah hasil keuntungan perniagaan internet, bermula tahun ini, ia mula membuahkan hasil…..psst…ini adalah kerjasama dengan bapa saya–pakar pelaburan hartanah)
Ketiganya, pendapatan Team SaifulSham datang dari seminar.
Dan kami sedang dalam perancangan menambah perniagaan offline.
Tuan-tuan dan puan-puan,
Saya tidaklah bertujuan menyatakan perkara ini sebelum ini, tetapi sebagai mempraktikkan teknik “Multiple Stream Income”, saya melihat, inilah sebenarnya pemacu atau catalyst untuk diri menjadi kaya.
Sebab itulah, hari ini, anda melihat Team Cheapestcovers melancarkan MalaysiaPal. Dan jika anda bertanya kepada mereka, apakah mereka ingin mengalihkan perniagaan utama mereka atas sebab ketidak untungan?
Jawapannya adalah kerana kami berkali-kali menyuruhnya mempelbagaikan sumber pendapatan. Dan hari ini, saya benar berbangga atas pencapaian mereka.
Saya tidaklah perlu mengulas panjang mengenai MSI, tetapi anda sendiri tahu bahawa, dengan MSI lah cara terpantas dan terbaik untuk anda menjadi jutawan.
Tidak kiralah anda menyertai MLM, membuat pelaburan hartanah, membina perniagaan, jika anda melakukan lebih dari satu, ia sudah jadi multiple.
Saranan saya, sebaik-baiknya kita harus mencari lebih dari 3 sumber pendapatan.
Jika anda sudah melakukannya, dan teruskan konsistensi anda, tunggulah 3-5 tahun akan datang, anda lihat dimana anda berada!
Sekian.


August 25th, 2006 at 7:30 pm
ohh… saya ingatkan MSI ni brand motherboard yang popular… begitu rupanya
August 26th, 2006 at 12:35 am
err..Kenapa ada double post? Hem..memang betul apa yang di post tentang MSI. Kalau kita perhatikan, boleh dikatakan kebanyakkan jutawan di dunia ini mengamalkan MSI. Ianya bagus dan agak menjamin kerana jika salah satu daripada sumber pendapatan kita merudum masih terdapat yang lain. Betul tak? ^^
August 26th, 2006 at 8:06 am
MSI memang bagus, tapi yang terpenting sekali, bina tapaknya iaitu first step nya (kena ada pernigaaan pertama)… Kemudian barulah kembangkan ke step2 berikutnya…
August 26th, 2006 at 9:31 am
Yup..buat 3 business (dulu) memadai dan boleh jadi kaya..nak cepat? cari partner yg pandai komputer..pulun jangan tak pulun..
August 26th, 2006 at 10:08 am
Tahniah saifulsham.com err malam tadi terkejut jugak jumpa aftikel kat multiply tu.
August 26th, 2006 at 12:22 pm
yang penting attitude mesti tip top
August 26th, 2006 at 1:38 pm
Terima kasih kerana lebih ikhlas.
Usahawan offline juga macam tu…bisnes macam-macam
August 26th, 2006 at 1:55 pm
Penerangan anda memang amat berguna.Tahniah anda bakal menjadi seorang jutawan.(Atau dah jadi pun..) memang benarlah untuk menjadi seorang usahawan yang berjaya kita perlu ada MSI.Awas ingat jika kita baru mula nak berniaga nasihat saya tumpukan kepada satu perniagaan itu terlebih dulu. Jika telah berjaya dan mantap macam Saiful Sham baru cari peluang yang lain pula. Kalau tidak nanti, baru nak mula asyik kejar sana sini nanti kata orang, berniaga buluh kasap, pangkal hilang hujung lesap. semoga berjaya.
August 26th, 2006 at 4:37 pm
Suatu pengakuan yang jujur oleh SS. Anyway, itu suatu fakta yang perlu diketahui oleh seorang usahawan.
Mungkin dapat memberi gambaran bahawa, walau internet business sekali pun (yang kelihatannya mudah dan hanya mengadap PC),seseorang usahawan perlu melakukan pelbagai bentuk perniagaan untuk mewujudkan MSI. Apa2 bentuk usaha tidak mudah. Memerlukan komitment dan pemikiran.
So jangan ingat lepas nie, dengan satu dua projek je bole buat anda kaya okayyy …
August 26th, 2006 at 8:00 pm
Ya… usaha lif kejayaan
..
August 26th, 2006 at 10:58 pm
thank you byk ilmu bermanfaat saya dapat dr SS.semoga lebih berjaya!!
August 27th, 2006 at 3:29 am
Aik nama baru plak..SS..
August 27th, 2006 at 1:29 pm
eh…nama baru tak bleh drop comment here ke?sbnrye sy baru je terjumpa website ni,so bila baca byk manfaat yg dapat…good luck pada sume bakal jutawan internet
August 27th, 2006 at 4:29 pm
sham, ok yer semalam perjalanan?
MSI yer, betul. Saya sendiri pun dah tetapkan beberapa MSI, not just ebiz only..
Apapun, pastikan all the biz tu kukuh dan boleh mendatangkan pendapatan.
August 27th, 2006 at 11:01 pm
Temia, kami otw… (on the way…hihi)
Sham…act, kami tak berkenan sgt SS ni.. teringat time skolah dulu… SS=Syok Sendiri..
Irwan= benar tu..
Yang lain2.. Thanks for the support!
August 28th, 2006 at 7:27 am
emm mmg tips yang bagus..dan ptt diamalkan oleh semua tapi itulah, bukan semua ada peluang untuk berjinak dengan kedua2 perniagaan, offline atau online..masa tidak cukup pun menjadi salah satu penghalang..
August 28th, 2006 at 9:07 am
Assalamualaikum.
Pertama kali perasan istilah “Multiple Stream Income”.
MSI – nak kena hafal istilah ni..tulis letak dalam dompet..hehe
Wassalam.
August 28th, 2006 at 9:53 am
hehe… pentingnya multiple streamix income…
apahalpun TAHNIAH ler… kena tiru mereka yang telah berjaya dalam multipleSI . mengikut kemampuan diri kita sendiri. masa remaja nih kena fikir dan teruskan kembangkan idea2 bisness yang boleh dilipatgandakan secara offline dan online.
bisness yang sedia ada mungkin sudah mencukupi, namun demikian side income yang lebih berganda lagi perlu ditambah dari semasa ke semasa.
itulah yang dinamakan perkembangan bisness. yer tak??
selamat maju jaya. teruskan usaha anda bakal jutawan! bila? ada target tersendiri la…
wasalam
sekadar pendapat je…
August 31st, 2006 at 10:50 am
hmmm..sebenarnya betul tuh..perlu ada MSI..baru leh pergi jauh..bukan la kalo buat perniagaan di internet tak leh hidup senang, cuma kalo ada lebih dr 1 sumber pendapatan kan lebih bagus..x gitu kengkawan?
anyway, good luck to all netpreneurs..semoga hari ini lebih baik dari hari semalam..insyaAllah..