Hello pembaca SaifulSham,

Sudah lama saya tidak menulis pos baru.
Mungkin ada yang tertunggu-tunggu dimanakah Syazwan berada. Ya, saya
masih disini dan setia menulis pos baru kepada anda.Sebenarnya pada
minggu lepas, kami memenuhi undangan MMU
Melaka untuk menyampaikan talk mengenai internet bisnes.

Oleh sebab itu, minggu lepas saya
gunakan sepenuhnya masa untuk membuat persiapan bagi talk tersebut.
Saya dan Sabri perlu memperkemaskan / up date perkara-perkara latest
untuk dipersembahkan di hadapan pelajar disana.

Untuk talk berbahasa Inggeris di
MMU Melaka yang lepas, kami berdua
dijemput oleh fakulti business and law disana.

Pelajar MMU
Melaka banyak bertanya kepada kami mengenai internet bisnes. Ada
soalan yang menarik perhatian saya untuk dikongsi bersama pembaca
SaifulSham hari ini.

Apakah soalan tersebut?

“ How much is your actual cost in
starting your own internet business? Can state to us how much, and
how can we save up our money on internet.”

Bagi soalan ini sebenarnya saya ada
terangkan didalam buku terbaru kami “Rahsia Buat Duit Dengan
Internet” tetapi ada satu perkara yang saya selalu buat tetapi tidak
didedahkan kepada umum.

Jadi, hari ini, bersedialah kerana
saya akan menerangkan teknik dan taktik SaifulSham yang digunakan
bagi menjimatkan kos-kos perniagaan kami!

Al-kisahnya begini.

Memulakan perniagaan internet bagi
kami berdua adalah terlalu murah. Sebabnya, walau apa jua cara, kami
akan mencari jalan untuk menjimatkan kos awal memulakan perniagaan
internet kami.

Secara relatifnya, kalau anda memulakan
sesebuah perniagaan internet, anda akan dapati beberapa kos awal
yang perlu anda belanjakan (saya terangkan yang penting sahaja):

Hosting: RM 15
– ke atas sebulan

Domain Name : RM
35
-40 setahun

Autoresponder : bergantung kepada
pilihan syarikat anda. Selalunya kalau hendak gunakan autoresponder
yang hebat, paling murah pun anda harus membayar
USD 12
sebulan.Ini kos kasar, tidak termasuk kos-kos promosi
seperti PPC dan kos-kos yang lain.

Baiklah, seperti saranan kami berdua,
jangan keluarkan wang anda kepada yang tidak perlu bagi anda.

Sebagai contohnya membeli ruang
hosting yang terlalu besar (alasan, takut tidak cukup untuk
pengembangan/ takut habis cepat).

Ada juga yang baru memulakan
perniagaan internet sudah mahu menggunakan tools yang hebat-hebat
seperti autoresponder yang bernilai USD 12
ke atas setiap bulan.

Pada kami, apa-apa yang membuatkan
kos anda mencecah RM 50 ke atas setiap
bulan dikira mahal bagi kami bagi anda yang baru memulakan
perniagaan internet.

Sebaiknya, minimumkan kos anda.
Jangan gelojoh untuk berkembang. Ada banyak ruang dan masa untuk
anda. Tidak lari gunung yang dikejar.

Jika anda sudah berjaya dan mendapat
income yang baik melalui perniagaan internet anda, dan anda
berhasrat untuk menambah baik laman web anda (sebagai contoh
menambah ruang hosting, membeli autoresponder yang lebih hebat
ciri-ciri nya) , anda masih boleh berjimat dengan banyak.

Percayakah anda, Team SaifulSham
berjimat hampir ratusan ringgit setahun kerana taktik yang kami
gunakan ini. Nak tahu apa taktiknya. Ehem….ehem….ehemmm….

Setiap investment mempunyai risiko
tersendiri, dan seboleh-bolehnya, risiko untuk sesebuah investment
itu perlu dikurangkan.

Jika anda berhasrat untuk menambah ruang
storage hosting anda atau ingin menambah sebuah laman web baru,
jangan terus beli daripada mana-mana syarikat hosting.

Pertamanya, anda perlu gunakan kuasa
anda sebagai pembeli! Pembeli harus menjadi raja (agak jahat bunyi
ayat ini tetapi itulah realitinya
;)
). Baiklah, anda sudah menjadi pelanggan kepada sebuah syarikat
hosting sebelum ini dan anda masih pelanggannya.

Jika ruang storage anda sudah hampir
mencecah paras maksimum, apa lagi…..hubungi penyedia hosting
tersebut (seelok-eloknya melalui e-mail), bodek untuk menambahkannya
secara percuma). Kalau tidak dapat pun, bodek la supaya diberikan
tempoh seperti 3, 6 bulan secara percuma.

Mengikut pengalaman kami, syarikat
penyedia hosting selalunya akan cair dengan bodekan anda. Sebabnya
pertama anda adalah pelanggan mereka.

Mereka selalunya akan cuba mengekalkan
kesetiaan pelanggan mereka walau apa jua carapun. Jadi, gunakan
kelembutan hati mereka untuk membodek mereka. (Kaedah ini tidak
salah, tidak pun dinamakan kronisme, rasuah, nepotisme atau maksud
seumpamanya ;p)

Sama juga jika
anda ingin membuat sebuah laman web perniagaan yang baru, kaedah ini
berkesan. Kami selalu gunakannya kerana kami dapat berjimat dengan
banyak.

Kalau kaedah tersebut tidak berjaya,
senang sahaja. Minta lagi tetapi kali ini anda harus berjanji untuk
mempromosikan penyedia hosting itu dimana-mana sahaja. Tidak kiralah
kepada rakan-rakan atau diinternet.

Walaupun syarikat hosting tidak pernah
membuat sebarang tawaran, kami selalunya sendiri yang mereka-reka
tawaran tersebut (dengan syarat tawaran itu benar dan bukan palsu).
Sebagai contohnya, kami berdua berjaya menyuruh kawan kami
menggunakan hosting dari syarikat penyedia hosting tersebut.

Jadi, kami akan e-mailkan kepada
penyedia hosting kami dengan memberikan nama kawan kami dan
menyatakan bahawa kamilah yang menyarankan beliau menggunakan
syarikat hosting tersebut. Jadi, kamipun minta lah sedikit komisyen
(selalunya kami minta ruang hosting percuma ). Tup,tup,tup mereka
dengan terbuka hati memberikannya.

Baiklah, jika anda berhasrat membeli
software terutama berkaitan website (selalunya sukar dicari di low
yat!), anda boleh membelinya dengan harga rendah. Sama juga dengan
autoresponder yang hebat. Katakan autoresponder itu berharga
USD 12 sebulan.

Cara hendak berjimat senang sahaja.
Lihat contoh kami:

Kami
mempunyai beberapa rakan (mat salleh) yang turut membuat bisnes
internet. (Rakan tersebut haruslah dipercayai dan sudah lama kita
kenali). Katakan contoh kami ingin membeli sebuah autoresponder yang
lebih hebat cirinya, kami akan menawarkan kepada rakan kami untuk
berkongsi.

Dua-dua dapat manfaat kerana dapat
menggunakan autoresponder yang hebat pada harga rendah. Maknanya,
jika sebulan sepatutnya kami membayar USD 12,
apabila kami berkongsi, kami hanya membayarnya sebanyak
USD 6 sahaja sebulan. Banyak jimatnya.

Manfaat yang kami terima tidak kurang
sedikit pun tetapi penjimatan kami bertambah-tambah.

Ehem,ehem…jadi anda sudah nampak
bagaimana hendak menjimatkan kos perniagaan diinternet. Apa lagi,
tirulah.