Online Business: Be brave!
Hello pembaca SaifulSham,
Dalam seminar Rahsia Buat Duit Dengan Internet pada 8 Julai lalu, ramai juga yang bertanya kepada saya, bahawa mereka takut untuk mencuba kerana tidak pernah mencuba.
Disebabkan ramai yang tidak pernah membeli ataupun menjual diinternet, selalunya, keraguan adalah penghalang utama untuk bermula.
Sebagai contohnya:
Ramai tahu akan 2checkout, tetapi ramai yang tidak berani untuk memilikinya. Ramai yang kenal dan tahu Paypal tetapi ramai yang masih ragu-ragu (sebab dalam fikiran susah untuk withdraw money), dan banyak lagi isu-isu yang sudah dijawab tetapi disebabkan tidak pernah mencuba, maka ramai yang hanya mendengar tetapi tidak melakukannya.
Satu lagi soalan, “Saya tidak berani berniaga diinternet disebabkan bahasa Inggeris saya tidak berapa bagus…”.
Baiklah tuan-tuan dan puan-puan…..
Mujur SaifulSham dalam bahasa Malaysia bukannya bahasa Inggeris (hehe, pada permulaan, kami mahu campur-campur bahasa tetapi lebih senang diberikan kefahaman dalam bahasa Malaysia)….
Jika anda terlalu takut untuk mencuba, bagaimana anda mahu tahu hasilnya? (opps, ini tidak sama dengan mencuba perkara berisiko tinggi seperti Forex, Autosurf, jangan salah anggap!).
Sebenarnya, sudah banyak forum-forum tempatan, usahawan internet tempatan muncul berkongsikan cara dan teknik berniaga mereka. Jadi, sudah terlalu banyak bantuan dan cara anda boleh lakukan.
Saya mengakui, dahulu pada waktu saya bermula sebagai usahawan internet, saya juga takut dan tidak berani mencuba, tetapi apabila sampai masa, saya harus melakukannya.
Jadi, sebenarnya, usahlah anda membazirkan masa untuk berfikir-berfikir (walhal sudah jelas ramai yang sudi membantu), kerana jika terlalu difikirkan perkara yang kecil, lama-kelamaan, minat kita untuk mendalami perniagaan internet makin pudar.
Hanya disebabkan masalah kecil.
Begitu juga dengan persoalan bahasa Inggeris, ramai takut kerana malu dahulu SPM hanya pangkat berapa sahaja bagi subjek bahasa Inggeris.
Tidak, jangan jadikannya alasan untuk tidak mencuba. Jujurnya, kalau anda membaca tulisan di Planesplanet, begitu banyak gramatical mistake.
Sama jugalah dengan Cheapestcovers.com (jangan marah yee), kalau anda menyuruh cikgu Inggeris membaca Sales Letter mereka, ada banyak perkara yang perlu diperbetulkan.
Tetapi, sebab mereka berani mencuba, mereka mendapat jualan yang berganda-ganda setiap minggu.
Jalan penyelesaian kepada masalah begitu banyak sebenarnya. Soal berani atau tidak itulah terletak pada tangan anda.
Jika anda fikirkan susah, selama-lamanya anda tidak akan membuat langkahan pertama anda dalam perniagaan internet.
Be brave ok!


July 20th, 2006 at 10:17 am
heheh.. setuju2..
Kadang2 terlalu banyak sangat tahu @ membaca sampai tak tahu nak bermula dari mana… Information overloaded.
Tips saya : Berguru…
July 20th, 2006 at 10:33 am
Kami pun byk juga grammar mistake…tp, kemahuan dan semangat kami membawa kami kepada berani untuk mencuba. thanks saifulsham..
July 20th, 2006 at 3:05 pm
Ooo.. Kesimpulanya ramai orang yang takut unutk memulakan perniagaan internet ialah kerana mereka takutkan kegagalan.
Ingat perniagaan adalah kawan kepada kegagalan jadi kita tidak boleh lari bertemunya. “Jika anda membuka perniagaan bersedialah untuk menutupnya” maksudnya setiap sesuatu usaha pasti ada kegagalan jadi anda perlu bersedia.
July 20th, 2006 at 3:25 pm
hehe, like i wrote in my blog:
>>
>>
Sorry yer letak link blog kat sini..
July 20th, 2006 at 3:26 pm
hehe, like i wrote in my blog:
>>
>>
Sorry yer letak link blog kat sini..
PS. Sorry, edited comment..
July 20th, 2006 at 6:09 pm
Sape yang tak pandai BI cam aku ni jom kita gi Kursus BI. Aku minggu ni gi kursus BI esok habis la.
July 21st, 2006 at 9:19 am
masalah utama saya pun pasal BI jugak. sebab tu saya try menulis BI (walaupun broken). saya cuba tulis di blog saya, walaupun org tak baca, biarlah saya yang baca sendiri.
p/s:ada kursus BI online tak? ada sesiapa tahu?
July 21st, 2006 at 3:48 pm
Pada saya, masalah bahasa ni cuma bergantung pada kehendak/terpaksa. macam saya mula2 masuk UIA nih. BI tah hape2 ntah. Siap kener amik B.Arab lagik. tapi kalau dah hari2 terpaksa guna untuk study+exam+discuss+presentation hatta beli makanan kat kafe pun kene speaking english, sedar2 English saya boleh tahan la jugak sekarang nih.
Tips Mendalami Bahasa Inggeris:
1- Baca+Cakap bahasa Inggeris
2- Carik sorang member yang tak reti bahasa Melayu , pastuh try berkawan dengan dia. Dia pasti mahu berkawan dengan anda (sebab tak ramai yang nak kawan ngan dia) dan pastinya anda terpaksa bercakap bahasa inggeris dengan dia.
3- Belajar bercakap perlahan2. Tak yah nak iut sangat slang+grammar yang betul. Even lecturer US saya pun cakap Inggeris tunggang langgang nahunya.
4- Belajar tengok citer omputih tanpa subtitle. Kalau anda mampu memahami apa yang diorang cakap=> you a re good in english enough!
Semuanya nih adalah teknik saya nak menguasai bahasa inggeris suatu waktu dulu
ps: blog saya dah bertukar ke Ro.botys.com . Jemputlah datang, lebih 10 buah ebook untuk anda download percuma!
July 25th, 2006 at 2:38 am
Haha…fakta yg menarik! Mmg betul tu…Satu lagi “halangan” kpd newbie ialah tiada fokus dlm perniagaan i.e. bila nak mulakan tu mcm2 produk nak jual, at last semuanya kita buat ala kadar shj.
Huhu…saya masih berguru dgn Saifulsham!
July 26th, 2006 at 1:03 pm
BI…dari dulu sampai sekarang tak pernah nak OK. Bila tengok je BI dah lemah semangat.
Tapi….sekarang terpaksalah belajar BI.
BI! OH! BI!…FUHHHH.
Nak Maju! Mesti Berubah.