Pelaburan ilmu pengetahuan
Hello pembaca SaifulSham (sambil memandang pada pos dibawah yang ditulis Sabri, haa, nasib tidak tiru trademark saya lagi)!.
Sudah tiba masanya saya menjelaskan sesuatu kepada anda semua. Ya, masanya sudah tiba adinda ku wahai pembaca SaifulSham yang dihormati.
Semasa saya menaip pos ini, saya berfikir saya harus menulis untuk kebaikan semua. Terdapat banyak e-mail sama ada dari sistem support SaifulSham sendiri, komen di SaifulSham, serta juga tidak ketinggalan panggilan telefon yang memujuk saya untuk membuat perkara ini.
Jom melabur dalam Swisscash, jom main Forex di internet, jom main Autosurf, jom melabur dalam ini, jom melabur dalam itu. Kan SaifulSham banyak duit..
Niat saya menjelaskan perkara ini, bukan bertujuan memburukkan program pelaburan tersebut, cuma saya hendak memberikan kefahaman kepada anda semua yang terlibat dalam program ini.
Saya tidak anti kepada program anda, tetapi saya harus tampil ke depan untuk menjelaskan sesuatu (cewah…).
Penglibatan saya dalam dunia perniagaan (perniagaan internet) dan pelaburan hartanah (terlibat secara tidak langsung), bermain saham (itupun sudah lebih setahun saya tidak masuk pasaran) sebenarnya dipandu oleh bapa saya.
Saya tidak akan masuk apa-apa pelaburan tanpa rujukan bapa saya.
(oh, apabila saya bercakap mengenai ini, akan ada yang menyoal “siapa bapa anda untuk memberi nasihat kepada anda? Awak sudah dewasa, berdikarilah sendiri).
Terima kasih jika itu yang ditanya. Saya pun bukan pak turut kepada bapa saya. Tetapi adalah lebih baik saya mengikut kata-kata bapa saya yang didepan mata saya sendiri menyaksikan beliau mempunyai aset berjuta-juta ringgit dari orang yang saya tidak kenali.(Bukankah anda lebih mempercayai teman wanita anda dari ibu anda,hehe..bergurau sahaja).
(Kemudian, ada pula akan menyoal, apa bapa awak tahu berkenaan program ini? Program ini sudah terbukti memberikan hasil, saya boleh scan pendapatan untuk ditunjukkan kepada awak, kalau rugi pun, kalau melabur Rm100 rugi, awak tidak bankrup pun, kalau berjaya, lagi bertuah awak).
Baiklah, sebenarnya biar saya beritahu anda semua. Saya sendiri ditegur bapa saya berkali-kali apabila saya memberitahunya saya ingin menulis mengenai saham di SaifulSham. Mujur saya beritahu kepadanya, ini untuk pengetahuan pembaca, bukan menggalakkan melabur.
Bapa saya walaupun pernah meraih ratusan ribu ringgit dari pasaran saham tidak menggalakkan saya untuk mengalakkan pembaca SaifulSham melabur dalam pasaran saham.
Katanya “If you teach readers to invest in Bursa Malaysia, then some of them might get excited to invest, they invest by referring to your informations, they will lose much”
“At time being, Bursa Malaysia is not the place to invest, it is not the right time”
(Untuk pengetahuan anda, bapa saya sudah berhenti melabur di pasaran saham sejak lebih setahun lepas, bersama-sama saya, hehe).
Apabila saya bertanya kepadanya mengenai Forex. Beliau mengangkat keningnya (huhu, saya faham maknanya tu, dia nampak marah).
Beliau menjawab ” Wan, nanti lama-lama Wan akan membesar dengan pengalaman, suatu masa Wan akan tahu juga bahawa, ilmu pengetahuan dan pengalaman akan mengajar Wan lebih matang”
“Abah sudah lama dalam pasaran saham, abah berada dalam industri kewangan lebih dari 15 tahun, abah tahulah mana yang baik dan yang buruk”.
“Abah sudah jumpa orang yang melabur dan degil tidak mahu keluar dari pasaran saham, dia akhirnya bankrup, abah sudah jumpa orang yang melabur dalam Forex, abah sudah jumpa ramai jutawan dari pelaburan saham, abah sudah jumpa jutawan hartanah (uhuk, dia la tu), abah sudah jumpa golongan bergaji berpuluh ribu pun masih tidak cukup duitnya, abah sudah jumpa orang yang mempunyai banyak duit tetapi tidak tahu dimana untuk melabur duit itu”…
Semua golongan ini hanya ada 2 perkara yang membezakan tindakan mereka:
- Pengetahuan
- Pengalaman
Kata bapa saya lagi, saya perlu sedar bahawa orang yang mempromosikan apa-apa program pelaburan sebenarnya bukanlah orang yang pakar dalam bidang mereka. Mereka hanya agen jualan, terdapat banyak perbezaan antara agen jualan dengan orang yang pakar.
Agen jualan sudah pasti akan bertubi-tubi mempertahankan produk mereka, sebabnya mudah, lagi banyak orang melabur atau membeli produk tersebut, lagi tinggi komisyen mereka.
Saya beri anda satu contoh: Jika anda pergi ke pasaraya, anda pasti pernah berjumpa dengan sebuah meja, dan 3,4 orang yang memegang template dan menunggu di tangga elevator. Hehe.
Senang cerita adalah promosi Kad Kredit. Agen-agen jualan ini akan menyakinkan bahawa kad kredit bank si polan-polan adalah terbaik, memberikan diskaun lah, percutianlah, kereta mewahlah.
Saya cabar anda, anda pergi ambil baucer tersebut dan buat-buat berminat dan duduk di meja mereka. Anda dengar semua penerangan mereka.
Dan saya mahu anda bertanya kepada mereka “Kad kredit ini boleh digunakan untuk membeli diinternet tak?”….soalan mudah….
Akan ada antara mereka akan terpinga-pinga, saya pasti (sebab saya pernah buat-buat bertanya), dan akan ada mereka bertanya kepada rakan mereka.
Demi menjaga imej mereka, yang tidak dapat menjawab soalan saya ini, selalunya akan menelefon Head Quarter dan bertanya.
Saya dapat membuat kesimpulan mudah disini “Mereka hanya dilatih untuk mempromosikan produk tertentu, dan mereka bukanlah pakar dalam bidang mereka. Mereka tidak tahu mendalam pun mengenai kad kredit (silap haribulan mereka sendiri tidak mempunyai kad kredit), tetapi mereka sanggup mempromosikan produk tersebut kerana komisyen. Yaaa….komisyen.
Dan menariknya, pada bulan seterusnya, saya berjumpa dengan salah seorang agen penjual sama yang saya ingat lagi. Kali ini, beliau mempromosikan kad kredit bank lain pula. (Sudah jelas lagi nyata, bulan lepas beliau mengatakan kad kredit bank A lebih baik dan hebat dari bank-bank lain, kali ini kad kredit bank B pula lebih hebat).
Saya sekali lagi buat-buat bertanya kepadanya. Saya tahu sebab saya yakin beliau tidak akan mengenali saya (kali ini saya dengan rambut lebih panjang, ala-ala Awie zaman muda-muda dulu). Dan saya bertanya soalan sama “Bagaimana jika saya ingin membuat pembelian di internet, kad kredit ini boleh digunakan ke”.
Dengan yakin, “Beliau menjawab, Ya! Sudah tentu boleh!”…(Cess, sebab hari sebelum itu awak sudah terkantoi).
_____________________________________________________________________
Sebab itu, saya tidak mudah mengikut kata-kata si agen penjual. Walau apa jua produk pelaburan sekalipun yang dipromosikan, anda harus mengkaji sendiri, bukan mengkaji dengan ceramah dan ayat-ayat manis si agen penjual.
Mereka hanya tahu untuk mengaut keuntungan dan jika anda rugi mereka akan berkata “Nasiblah, siapa suruh melabur”.
Berbalik kepada cerita asal tadi. Baiklah, saya beritahu anda situasi sebenar Forex.
Risiko melabur Forex adalah lebih tinggi dari melabur dalam pasaran saham. Sebab anda bermain dengan spekulasi pasaran.
Bagi kita yang hanya bermodal kecil, saya sarankan, lupakan. Saya tahu ramai jutawan-jutawan yang bermain Forex, tetapi anda harus sedar sebab mereka tidak kisah untuk hilang berjuta ringgit kerana aset mereka sudah tentu melebihi berjuta ringgit tersebut.
Bagi orang seperti kita, hilang beribu ringgit pun sudah mahu tercabut lutut.
Sama juga dengan situasi bagi pelaburan komiditi. Juga lebih berisiko dari pasaran saham.
Nilai pulangan mungkin lebih tinggi dari pasaran saham tetapi anda harus sedar perkara ini.
“Melabur untuk mengaut pulangan tinggi sudah tentu risikonya juga tinggi”Â
____________________________________________________________________
Saya ingin menyambung mengenai program HYIP dan autosurf. Walaupun Team SaifulSham sudah mengeluarkan laporan khas mengenai program Autosurf dan HYIP, masih ada yang mahu menyanggah isi kandungan kami.
Saya tahu ini disanggah oleh orang-orang kuat dalam program tersebut. Antara kata yang saya terima…
” kalau anda hendak melabur wang kena laa tanya pada diri sendiri brapa RM yang anda tidak…kisah kalau rugi… kalau 10USD anda tak kisah kalau rugi.. so labur laa 10usd… kalau anda rasa tak kisah 1000usd rugi laburlaa 1000usd…itu kalau rugi kalau untung…”
Ok, baiklah. Ini jawapan saya:
Saya bersetuju dengan tanya diri sendiri, berapa nilai yang sanggup kerugian jika saya melabur sekian-kian, baik saya setuju 100% kerana memang itu yang saya praktiskan selama ini.
Soalnya, saya selalu bertanya, dari manakah sumber wang saya itu dilaburkan.
Pengalaman saya melabur dalam pasaran saham, saya tahu sebab saya melabur dalam sesebuah syarikat, saya tahu apa yang diniagakan syarikat tersebut (contoh: saya melabur dalam saham DIGI, saya tahu DIGI menjalankan perniagaan yang sah dari segi syarak iaitu telekomunikasi).
Jika saya melabur dalam program HYIP dan Autosurf, saya selalu tertanya-tanya, dimana wang saya akan dilaburkan.
(Saya pun bukanlah alim, tetapi kita harus bersikap ingin tahu dalam melabur).
Saya tidak kisahpun jika orang yang melabur dalam program HYIP dan Autosurf meraih pendapatan beribu-ribu ringgit. Yang saya ingin tahu, dimanakah wang saya itu dilaburkan. (Haha, maka akan ada yang memberitahu saya, itu jangan bimbang, janji duit).
Saya mudah sahaja jika anda mempromosikan saya program tersebut. Saya akan bertanya “Tunjukkan saya jutawan dari program tersebut”.
Saya lebih senang dengan pelaburan saya sekarang, saya melabur dalam hartanah. Saya dipandu jutawan hartanah, jadi saya yakin.
_____________________________________________________________________
Pada akhir masa, saya mendapati, yang membezakan kehidupan jutawan dengan orang biasa adalah ilmu pengetahuan.
Jutawan tahu dimana untuk melabur, dimana untuk mencari wang kerana mereka mempunyai ilmu pengetahuan yang tidak dipunyai oleh orang biasa. Dan mereka bertambah-tambah kaya.
Orang biasa, akan melabur tidak tentu arah, melabur mendengar cerita kawan-kawan, melabur berdasarkan keinginan hati. Maka, mereka akan bertambah miskin.
Dengan ini saya tamatkan pos hari ini dengan sebuah pengajaran.
“Jangan merokok, berhentilah merokok, cuba guna perbelanjaan rokok anda sebulan dengan membeli ilmu pengetahuan di kedai-kedai buku (saya sarankan buku mengenai pelaburan saham, hartanah, dan motivasi)….psst, kurang-kurangkanlah membaca novel cinta. Ahaks.
“Jika anda melabur dalam HYIP atau Autosurf, gunakan wang anda dengan jumlah yang sama untuk melabur membeli ilmu pengetahuan di kedai-kedai buku (sekali lagi saya sarankan buku mengenai pelaburan saham, hartanah, motivasi)….psst, kurang-kuranglah membaca novel cinta. Ahaks.
Diakhir selepas anda membaca buku-buku tersebut, sila beritahu saya, dimanakah pelaburan paling berbaloi anda.


June 23rd, 2006 at 11:58 am
Memang betul tu…. baik beli buku menambah pengetahuan berbanding membeli novel cinta … kekekeke!!!
June 23rd, 2006 at 12:30 pm
tai, honestly saya rasa…
better baca novel cinta dari x baca buku terus
June 24th, 2006 at 3:44 am
kalo tak mampu beli buku, beli suratkhabar pun ok gak ahahaha
June 24th, 2006 at 6:15 am
90% kandungan surat khabar adalah berita sedih, kemalangan, hiburan, gosip dan entah apa-apa… Ruangan ilmiah hanya beberapa muka sahaja… Nasib beberapa buah newspaper di Malaysia skrg.. Bangun pagi, terus baca berita sedih.. Alahai, kesian si minda, pagi2 dah kena layan cerita -ve..
Ahaks.. Tercerita pasal tu laks.. Just want to say, this post amat2 berguna terutama kepada newbie..
Ya Syazwan, kebanyakan daripada manusia suka menyorok sesuatu yg buruk demi kepentingan diri dan material. Janji duittt…
June 25th, 2006 at 6:45 am
Pastikan dulu kemana wang anda di laburkan…
November 14th, 2008 at 3:38 pm
salam…sekarang macam2 perniagaan serta pelaburan di jalan kan untuk menarik minat orang untuk melabur serta menjadikan seseorang individu itu menjadi jutawan segera…jadi pastikan kemana wang anda dilaburkan…terima kasih….