Pengakuan Seorang Tweak Coder
Seperti yang saya nyatakan semalam, saya sedang bekerja keras untuk menyiapkan laman web v2 Saudagar.com.my . Sebelum anda salah sangka ini salah satu gimik pra pelancaran kami, tunggu dulu. Ini bukan gimik. Saya memang struggle untuk menyiapkannya. Seperti yang anda sedia maklum, kami tiada asas teknikal, semua ilmu yang kami ada, kami belajar dari School of Hard Knocks, trial & error.
Sekarang target utama saya, jangan kalah kepada pembaca buku Rahsia Buat Duit Dengan Internet kami sahaja!
Benar, anda juga boleh buat lebih baik dari saya. Cuma tonton video bagaimana untuk membina laman web dalam tutorial video kami dan tambah sedikit “twist” dan perisa, anda juga boleh menghasilkan laman web seperti yang akan saya hasilkan. (apa yang saya tunjukkan dalam VCD itu, itulah yang saya apply)
Sebentar tadi saya rasa saya telah menjumpai kombinasi paling sesuai untuk layout laman web tersebut dan malam ini saya bercadang untuk menyiapkan banner nya. Btw, ramai orang bertanya-tanya, SaifulSham.com tak nak buat program affiliate ke?
Ini jawapan kami kepada salah seorang yang bertanya (niqueone);
…Â
Lagi satu, kami nak praktikan what we preach. Contoh dalam buku kami; kami kata, bayar affiliate dengan lumayan utk meningkatkan motivasi mereka.
Jadi, selagi kami tidak dapat berikan komisen yang tinggi kepada affiliate, selagi itulah kami tidak akan open program affiliate. Berita baiknya, bulan Jun ini kami akan buka program affiliate (lumayan, boleh terus buat duit kalau proaktif)
Dan ada satu lagi projek besar dlm pipeline di mana kami memerlukan affiliate-affiliate berkualiti. Skrg kami nak fokus kepada melatih affiliate dahulu. Skrg byk aff bidan terjun yang tak dapat nak grasp konsep affiliate. Bahaya, nanti diorang tension tak dpt buat sale, susah jgk kan?Â
Jd kita train dahulu. Make sure diorang bersedia. Sebab tulah, kami tengah tulis beberapa artikel dan petua utk jadi affiliate berjaya skrg…Â
Tengok yang kami bold kan itu. Saya bagi leakkan sikit. Bulan Jun sempena Pesta Ekstravaganza ini, kami ingin mengambil affiliate2 tapi ada sedikit twist. Yup, bukan program affiliate seperti biasa, ada twist. With a twist, jika anda pandai dan ada sistem dan pelan pemasaran sendiri, anda pasti boleh buat duit.
Eh,eh..ni bukan gimik prelaunch… betul!
Btw, berbalik kepada tajuk post ini, saya just teringat kepada sebuah buku yang saya baca, Confession Of A Tweak Coder oleh Kim Enders. Sebenarnya walaupun saya tiada kemahiran teknikal, tapi berkat sedikit usaha dan latihan, saya boleh lah memahami dan ejas-ejas sikit kod-kod pengaturcaraan Internet. Apakah tweak coders ni?
Saya dapati ebook tersebut di jual di laman web ini pada harga US$ 5 sahaja. (link)
Kiranya, saya pun tweak coders jugaklah. Pertama kali saya membaca buku ini, expectation saya agak tinggi. Yalah, saya tahu tweak coders ni satu profession yang unik, dan kemahiran yang berbaloi dipelajari, terutamanya jika anda buta IT. Saya berharap Kim akan berkongsi rahsia-rahsia yang best2 yang saya belum tahu.
Tapi malangnya buku ini sekadar average. Kim Enders lebih kepada berkongsi pengalaman beliau dan info-info beliau tak berapa power. Saya beri 3 dari 5 markah. Apapun, kalau anda nak tahu tweak coder tu apa, this is a good introduction.
ok, sekian sahaja. Kena berhenti maghrib and malam ni nak sambung bina Saudagar v2 pula. Jumpa lagi.
p/s: Skuad Projek, Marsyal S ada mesej untuk anda. Pastikan anda dapat mesej tersebut. You know who you are.
Â


May 28th, 2006 at 1:58 am
he.. he..he.. mesti gempak punya website saudagar.com.my lepas ini. Cepat.. cepat! siapakan.. kalo tak siap.. takleh kuar dating!
ahak..
May 28th, 2006 at 11:55 am
wa terpaksa la siapkan. errr macam mana nak tau siap yang menulis artikel ni saudara wan atau sabri?
May 28th, 2006 at 12:40 pm
O…
Mudah saje cikgu, kalau berkaitan internet tu, 90% kemungkinan itu Sabri dan kalau pasal hartanah, saham & keusahawanan tu 90% kemungkinan itu syazwan.
Time mula2 dulu je, kami tulsi 2,2 nak dapatkan feel. Sekarang masing-masing dah ada style dan niche sendiri
May 30th, 2006 at 12:09 pm
Saya dah siapkan satu website perniagaan utk produk sy. skg ni sy nak cipta program affiliate utk promosikan web saya ni. Bagaimana caranya? Coda ape yang diperlukan? Harap saudara berdua dapat beri penjelasan sebab dalam buku tuh takde diterangkan caranya cuma bagitahu ttg affiliete sahaja.
lagi satu, boleh saudara tunjukkan website2 yang saudara berdua bangunkan untuk menjual produk saudara tu sebagai rujukan saya.?
harap saudara berdua reply ke email saya..