Post ringkas sahaja malam ini. Team SaifulSham.com ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua yang telah menyokong kami dengan setia selama ini, sehingga kami berada pada paras kami sekarang. Segala komen, feedback yang diterima menambah kematangan kami dan amat kami hargai. Terima kasih juga kerana terus percaya kepada kami, walaupun pada satu tahap, kami pernah berasa seperti di anak tirikan dek usia kami yang muda yang mengelabui kebenaran yang kami lafazkan dan kebolehan yang kami pamerkan.

Namun hari ini, kami disedarkan sekali lagi. Kami cukup terharu, rupanya sokongan anda masih mantap bersama kami. terima kasih, terima kasih yang tidak terhingga, kerana andalah kami terus bersemangat dan berusaha untuk memberi sumbangan kepada arena keusahawanan Malaysia.

Terima kasih kepada smartusaha (no. 1!), Ramzan (woo… banyaknye soalan), Kak Jun (thanks 4 the trust) dan lain2 yang sama-sama memberi idea mengenai tajuk buku, yang memberi komen terhadap artikel, yang menjemput kami memberikan talk dan kepada semua yang membaca SaifulSham.com secara tetap (tidak lupa kepada subscriber2 SaifulSham.com yang sangat setia-takde sorang pun yg unsubscribe lagi) kerana anda kami masih ada di sini.

(err..macam Mawi time dapat anugerah bintang paling popular lah plak) ;)

Buat pengetahuan anda, kami dah dapat tajuk buku, yang bakal kami umumkan dalam tempoh sehari dua lagi. Kami akan umumkan pemenang pertandingan mencari tajuk buku kami dalam sehari dua ini. Sekarang masa kami agak padat kerana menguruskan satu lagi sumbangan khidmat masyarakat dari Team SaifulSham.com iaitu penajaan laman web Festival Budaya Universiti Teknologi Petronas atau ringkasnya FESTAL UTP, yang bakal berlangsung 30 Mac hingga 1 April nanti. Jemput

Kami janji, malam esok, pos baru akan dipublishkan. Dan atas permintaan ramai kami akan menceritakan satu rahsia pemasaran internet yang belum sempat dibongkar ! :)

Baiklah untuk malam ini, pastikan anda telah mendownload kedua-dua buah tangan SaifulSham.com secra percuma.

Ebook Petua Pengiklanan Berkesan : (Klik Di sini untuk mendownload)
Laporan Khas Skim Cepat Kaya Internet (Klik & Daftar untuk download)