Pentingnya membina jenama, “Branding”
Hello pembaca SaifulSham,
Oh, nampaknya Sabri tercari-cari saya, sebabnya, saya tidak menulis sebarang pos 2,3 hari ini. Begitulah kisahnya kami berdua, kami berjanji bahawa kami akan berselang-seli menulis di SaifulSham, kalau tercicir, nahaslah saya (hehe).
Baiklah tuan-tuan dan puan-puan,
Topik hari ini sangat-sangat menarik. Saya membelek sebuah buku yang dibeli saya minggu lepas, ianya mengenai saham. Tetapi, hari ini saya tidak akan bercerita mengenainya, saya akan menulis artikel betapa pentingnya jenama bagi sesebuah perniagaan.
Saya melihat kembali kepada apa yang telah berlaku kepada SaifulSham dalam lebih setahun penubuhannya, juga saya melihat kembali kepada perniagaan-perniagaan internet Team SaifulSham yang lain.
Kesimpulan awal yang dapat saya huraikan, betapa memang pentingnya jenama bagi perniagaan. Ok, biar saya jelaskan dalam konteks pengalaman Team SaifulSham:
- SaifulSham.comÂ
Pada awalnya, saya sendiri janggal menggunakan nama ini. Saya tidak menganggapnya sebagai sebuah brand, tetapi lebih kepada sumbangan kepada masyarakat. Namun, lama kelamaan, ia menjadi satu perkara biasa apabila orang mula menyebut mengenai SaifulSham. Sesuai dengan motto, “Entrepreneurship Ahead”, ramai yang mula mengetahui bahawa SaifulSham.com adalah sebuah laman web khas yang bercerita mengenai perniagaan internet, saham, hartanah dan juga perihal keusahawanan.
Mungkin tidak ramai antara anda nampak dimana kelebihannya apabila kita mula membina jenama terutama bagi mereka yang baru mempunyai laman web sendiri dan juga perniagaan internet sendiri.
Sebenarnya, banyak kelebihannya. Saya akan berikan contoh mudah:
Apabila kita membina jenama, dan apabila ramai orang mula mengenali jenama tersebut, perniagaan anda akan berkembang dengan hebat. Contohnya:
SaifulSham.com berkisarkan mengenai keusahawanan internet. Dan apabila kami menulis sebuah buku perniagaan internet, “Rahsia Buat Duit Dengan Internet”, ramai pengguna internet memang mengenali kami sebelum buku tersebut dikeluarkan, dan hasilnya, tidak sampai 3 bulan, buku tersebut sudah mula memasuki cetakan kedua.
Satu faktornya, sebab orang mempercayai jenama SaifulSham.
Saya beri lagi satu contoh: 2 minggu lalu, Team SaifulSham buat julung kalinya membuka seminar umum, dan dalam masa 9 hari, tempat duduk untuk 40 orang peserta seminar habis. Dan sehinggakan, ada yang meminta untuk dimasukkan dalam seminar sesi 1 walaupun berkali-kali kami menyuruhnya untuk seminar sesi 2.
Salah satu faktornya, apabila sesebuah brand sudah dipercayai, orang tiada keraguan untuknya.
Jenama yang baik adalah apabila produk yang ditawarkan kita berkualiti. Orang tidak kisah menghabiskan wang jika apa yang ditawarkan memang memenuhi kehendak mereka.
Kelebihan mempunyai jenama memang ketara berbanding sesebuah perniaagaan yang tidak mempunyai jenama khusus untuk ditawarkan kepada pengguna.
Apa yang saya nampak, apabila kita mempunyai jenama yang baik, kita boleh salurkan apa jua peningkatan kos kepada pengguna. Dan mereka tidak akan bising.
Dan apabila kita boleh memaksimumkan keuntungan, disinilah yang akan memberi sinergi kepada pertumbuhan perniagaan kita (Tidak kiralah apa jua perniagaan anda)
Saya berikan contoh mudah:
Jika anda merupakan peminat KFC, anda mesti perasan, kenaikan harga yang dibuat KFC dalam diam-diam. Pada tahun 2000, tidak silap saya bagi hidangan set 2 ketul ayam (itupun air bersaiz besar—masih ingatkah promosi add on-size up), harganya hanyalah sekitar RM6-7.
Tetapi hari ini, jika anda menempah perkara yang sama di KFC (air bersaiz sederhana), harganya hampir mencecah RM9. Tetapi mengapa tidak pernah terdengar orang bising harganya naik?
Kalau harga ayam biasa naik 50 sen, kita mula melenting dan mengadu kepada persatuan pengguna.
Tetapi, dalam diam, jika anda sedar KFC juga menaikkan harga hidangannya. Lebih dari seringgit sejak 2000 hingga kini. Tetapi, orang tidak bising pula.
Sebabnya mudah, orang mempercayai kualiti KFC, orang mempercayai jenama KFC itu sendiri. Ini bermakna, KFC boleh menyalurkan kenaikan kos itu kepada pelanggan tanpa masalah besar.
Begitu kisahnya jika anda meminum kopi di Starbuck. Saya kadangkala pelik, mengapa orang sanggup mengeluarkan sehingga RM10 untuk secawan kopi pahit. Apalah bezanya meminum kopi Starbuck dengan meminum kopi di kedai mamak.
Kalau hendak dihitung kos sebenar Starbuck, berapalah sangat. Mungkin dari segi kos biji kopi diimport, ruang sewa kedai, gaji pekerja, dan lain-lain perkara. Tetapi, jika dilihat pada harga secawan kopi, saya sendiri merasa ianya tidak masuk akal.
Tetapi, orang masih dan terus akan meminum kopi di Starbuck. Jikapun Starbuck menaikkan harga kopinya sehingga RM15, saya yakin, tiada pengguna akan membuat aduan kepada persatuan pengguna.
Begitulah hebatnya jika sesebuah perniagaan kita mempunyai jenama yang utuh. Saya percaya akan satu perkara, apabila jenama perniagaan mulai kukuh, anda boleh menyalurkan sebarang kenaikan kos kepada pengguna tanpa sebarang masalah besar.
People are willing to pay more for quality. That’s how branding is so important.
(Itu sebabnya saya sendiri pun pelik mengapa Engaland masih digilai ramai walaupun mereka tidak bermain bagus di piala dunia. Kerana mereka mempunyai ramai pemain yang mempunyai branding tersendiri…)


June 26th, 2006 at 10:49 pm
Jenama Peng-u
Jenama pelik.. tapi saya tetap teruskan.. ekeke
Jenama SaifulSham walaupun takde kaitan dengan nama korang berdua.. Tapi boleh jadi satu brand yang bagus.
June 27th, 2006 at 7:11 am
hmm… SmartUsaha? hehehe.. Nak jugak tu..
Apapun, utamakan branding!
June 27th, 2006 at 9:46 am
branding akan membuatkan anda branded lalu membolehkan anda “mengecas” harga yang lebih daripada biasa. Branding is important tapi jangan under deliver pulak.. kang customer/reader lari.
tapi saya suka yang ini:
terbukti benar!
June 27th, 2006 at 1:23 pm
jenama hasrul…. ahakzz.. itu yang saya sedang usahakan sekarang. Walaupun pada mulanya saya tak suka nama ni.. tapi sebab senang nak eja dan sebut… saya teruskan..
July 3rd, 2006 at 5:33 pm
mula2 saya ingat saifulsham akan bercerita mengenai website saya
http://branding.matieuonline.com (sori la terperasan ehehe)
rupa2nya tidak hehe… selepas membaca beberapa artikel yang terdapat di laman web saya di http://branding.matieuonline.com, saya dapati syarikat2 besar melaburkan sebahagian besar duit mereka semata2 untuk menaikkan ‘branding’ mereka kerana kuasa branding sahaja sudah boleh menjana keuntungan yang tinggi (seperti cerita saifulsham mengenai KFC dan starbuck, syarikat2 ini membuat untung menggunakan brand/jenama mereka masing2 melalui harga produk mereka yang jauh lebih mahal berbanding produk sama tetapi yg takde jenama).
Beberapa artikel di website saya ada menerangkan bahawa, branding itu bukan sekadar logo, nama atau USP tetapi aspek branding adalah lebih daripada itu.
Ikutinya di website saya http://branding.matieuonline.com
(kepada saifulsham, maaf kalau comment ini tak sesuai dan saya rasa topik branding ini amat penting untuk dikaji oleh mereka yang ingin memulakan apa2 perniagaan)