Perniagaan Internet Dan Mahaguru Silat Yang Pemurah
Saya hairan, ada yang hairan (erk?
) , orang tertanya2… “Mahaguru Silat Tak Takut Mati Ke?”
Saya tanya balik; “Hai, peliknya soalan. Kenapa kau tanya soalan kurang pandai ni? Ko kurang pandai ke? hehe… tapi xpela, aku suka cara ko berfikir, aku pn sedang memperjuangkan budaya berfikir. Cuba ko story kat aku sikit, nape ko cakap mahaguru silat tak takut mati? Kalau ada kaitan dengan internet bisnes lagi bagus, boleh aku tulis kat SaifulSham”
Dia pun bercerita lah, perihal anak murid yang akan melawan mahagurunya. Kalau betul la mahaguru tadi mahu berkongsi ilmu dan rahsianya berpencak, pasti akan ada murid yang derhaka akan membelot dan menggunakan ilmu tadi untuk membunuhnya.
Rakan saya tadi menambah sambil terbahak2 mengusap perut boncetnya (bukan Syazwan walaupun memang dia sedikit gempal sekarang :p ) “Kalau aku la katakan jadi Mahaguru tu, kalau betul aku ada ilmu kebal, terer silat, aku x ajar orang. Aku makan sorang je. Biar aku sorang je jadi paling power kat kampung tu. Aku nak kutip bintang kurniaan Sultan Melaka” (sambil terbahak2 lagi)
Saya pun berkata lah, “Mi… mahaguru tu sebenarnya pandai. Kau tahu kenapa? Macam ni, dia ajar anak murid dia, ko ingat dia ajar semua benda kat semua orang?”
Ada anak murid yang dia nak buat menantu,pengganti dia, macam dalam cerita P Ramlee tu, hak ni dia ajar semua.
Ada anak murid, geng ngan anak murid kesayangan dia. Jadi dia ajar lebih sikit.
Ada anak murid setakat nak jadi pengawal istana kelas rendah, yang ni dia ajar biasa-biasa je lah. Kalau anak murid tu nak banyak lagi ilmu, dia kena ada inisiatif lah nak membodek mahagurunya. Baru dapat ilmu best2…
Kemudian, kata kan lah, kalau macam kau. Simpan ilmu sorang-sorang tak nak ajar orang. Kalau tiba-tiba Siam menyerang ke, Portugis menyerang ke? Takkan ko nak lawan sorang2. Kena ada bala tentera. Bala tentera ni ko kena latih. Baru lah power kurang sikit dari kau dan ada can nak menang.
Bila menang perang sebab banyak anak murid ko train, baru lah senang dapat bintang dari Sultan. Boleh jadi Laksamana. hai…. ko ni, fikir pendek betul. Kat orang kata, ilmu yang dikongsi tu akan semakin berkembang. bahkan duit kalau kita sedekah pun kita akan dapat lagi banyak.
Come on… Hulubalang zaman sultan Melaka yang berjanggut sampai ke lutut tu pun pikir panjang dan nampak kebaikan berkongsi ilmu, ko yang hidup Zaman millenium ni pikir kolot lagi? Meh la teman aku pergi training Taekwando. Aku nak tolong mengusya awek Syazwan (oops!
)”
Jadi kesimpulannya dalam perniagaan Internet ini, informasi adalah keynya. Jika anda menjual produk, berikan maklumat selengkapnya. Jangan sampai pelanggan anda terkeliru mengenai produk anda. Satu lagi, kongsi ilmu tak rugi! Itulah petua kejayaan kami.
Nak lagi hebat? Moh la bodek2 kami time kat seminar… http://www.saudagar.com.my/rahsiaseminarinternet.htm
p/s: fuhhh… dalam maksud post ari ni.
p/p/s: Sape nak mengajar silat online?


July 3rd, 2006 at 7:42 pm
Silat online? hehe, berguru lagi berkesan.. Belajar sorang-sorang kan ada lak yang patah. Huhu.. Nak belajar secara online leh gak, selebihnya jumpalah guru. Ehem, ni pandangan pengamal silatlah.. :p
Saya setuju sabri, kita kena share ilmu yg ada pada kita. Pelbagai cara, tulis buku, buat seminar, tulis blog.. Tak kisah lah berbayar atau percuma.
Kalau kita dah tak kelak (ini hakikat), pengganti kita adalah apa yg kita tulis dan yg kita sampaikan.. Bukan separuh, tapi semua dan lengkap.
July 3rd, 2006 at 9:34 pm
pembetulan: *kalau kita dah TAK ADA kelak….
July 3rd, 2006 at 9:56 pm
hehe teman nak ajar sains online leh le….
July 3rd, 2006 at 11:27 pm
Saya kagum dengan citer org jepun mengenai guru dan murid. kalo murid tu berjaya mengamalkan ilmu lagi tinggi dari guru dia siap bleh melebihi guru dia, guru tu puas sbb, itu menunjukkan teknik pengajarannya berkesan, dengan cara itu juga, apa yg diajarkan oleh guru tu dapat dikaji dan diperhebatkan oleh anak muridnya.
Kisah jepun yang cam ni banyak terdapat dalam komik mereka cam dragon ball, naruto dan lain2.
Dalam movie jepun pun ade gak. sbb tu, kehebatan jepun (dalam ape2 bidang) semakin naik dan bukan semakin merosot.
pendapat saya cam ni, guru silat ajar 90% kat anak murid dia yang lain, sorang je ajar 99.99%
apa yang akan berlaku?
dah la yg lain tak kuat, yg sorang ni seme org dengki dan slalu cari helah nak blasah. akhirnya berbunuh2an sesama sendiri.
yg sorang ni dah mati, yang lain yg diajar ilmu 90% tu ajar gak anak murid dia 90% dan begitu la seterusnya
sampai hari ini, boleh dikatakan ilmu silat yang diajar hanya 9%(sembilan peratus) daripada ilmu silat maha guru tadi.
sedih.
maybe dulu banyak lagi seni silat yang power2 tapi pupus atau jadi tak power sbb tok guru dia tak ajar 100% kat seme murid dia beratus2 tahun dulu.
begitu juga dengan ilmu internet, hehe. kalo tak ajar seme, nanti akan pupus la ilmu yg ’sifu2 internet’ dan ‘internet guru’ ade tu ehehe
kita hidup ni tak lama… kalo kita tewas di tangan murid kita, bukankah itu menunjukkan ilmu kita power? sampai bila2 org akan kenang kita dan gunakan ilmu hasil tunjuk ajar kita.
July 4th, 2006 at 2:53 am
benar tu matieu… tu yang saya hairan tu.. ada orang pelik (orang Malaysia la ni) dia tanya, kalau betul guru tu tahu “bersilat”, kebal dan power sepower2nya, kenapa ajar orang…
satu soalan yang saya rasa tak perlu timbul langsung…
oh ya, kupasan yang bagus matieu!
July 4th, 2006 at 12:35 pm
Best post kali nih. Lepas nih saya ada modal la nak cerita kalau jumpa member2 macam menber dalam story kat atas
new entry : WordPress onpage SEO di blog saya
August 7th, 2009 at 12:07 am
Wah menarik cerita mahaguru tu, memang betul apa yang disampaikan dalam crite tu. Kalau ada ilmu kita jangan kedekut nak kongsi dengan orang sebab ilmu tu takkan habis kalau dikongsi malah akan bertambah. Jadi itulah konsep ilmu betul yang sebenar.