Pesanan dari Bank Negara Malaysia
Hello pembaca SaifulSham,
Hari ini saya tersenyum puas. Hari ini, saya merasakan bahawa, yang benar akan akhirnya menang.
Sebenarnya, saya baru sahaja membaca laporan dari akhbar Kosmo mengenai skim pelaburan diinternet yang menjanjikan pulangan lumayan. Sejak dari semalam, skim tersebut didedahkan, dan saya kira, ia satu kejutan yang menimpa buat mereka yang terlibat.
Tetapi perkara biasa akan tetap terjadi, walaupun Bank Negara Malaysia telah mengeluarkan amaran, mereka yang terlibat terutama yang telah mendapat pulangan akan bermati-matian mempertahankan skim pelaburan tersebut.
Saya cuma tidak faham sebuah perkara, bagaimana orang yang tidak tahu maksud pelaburan mahu melawan kata-kata Bank Negara Malaysia. Siapa anda berbanding dengan orang yang bekerja dalam Bank Negara Malaysia. Mereka yang mengawal selia segala pelaburan, matawang di Malaysia (walhal mereka ini terdiri dari sarjana hebat dalam pelaburan, kewangan)Â dianggap lekeh oleh orang yang terlibat dalam skim ini.
Dan oleh yang sedemikian, saya menyeru kepada semua blogger-blogger hebat di Malaysia supaya menyelitkan, paling tidak sekali dalam tulisan mereka agar menjauhi skim-skim pelaburan berisiko tinggi diinternet.
Ucapan terima kasih saya kepada blog Tuah Emas, Smartusaha, Dr. Irfan yang pada setakat ini saya nampak jelas usaha memerangi skim pelaburan sebegini.
Jom perangi skim ini!


September 7th, 2006 at 1:56 am
Dah tunggu authority kuarkan statement baru nak percaya agaknya..
September 7th, 2006 at 6:55 am
oh, macam nie saya pun nak siarkan kat blog saya jugalah.. ;p
September 7th, 2006 at 8:26 am
yang salah tetap salah..nanti akan insyaALLAH saya sambut seruan, supaya cerita pasal skim cepat kaya dalam blog..jom kawan-kawan blogger kita sama-sama cerita paal skim cepat kaya yang silap-silap boleh kayap..
September 7th, 2006 at 9:26 am
perangi skim ini berterusan… tensen bila ada yang guna macam macam nama untuk kaut keuntungan..
September 7th, 2006 at 10:08 am
Sudah diselitkan dalam post semalam, saya juga ada banner katakan TIDAK pada skim cepat kaya.
September 7th, 2006 at 12:25 pm
Salam sejahtera.
Saya bersetuju sepenuhnya dengan saudara. Walau pun saya juga ada menyertainya (bukan trend naik !) tapi penyertaan saya sekadar ingin tahu, ingin merasai sendiri apakah benar seperti mana yang diwar-warkan.
Masalahnya orang kita kurang berfikir, membuatkan mereka mudah tertarik dengan bisnes untung segera ini.
Terima kasih.
September 7th, 2006 at 1:18 pm
Oooo… saya akan perangi virus ini.. dan insyallah saya akan ceritakan kat blog saya.. Katakan tidak pada pelaburan berisiko tinggi diinternet.. ;D
September 7th, 2006 at 6:37 pm
semalam saya ke bandar Kuala Terengganu lepas p bangunan PMINT,p kat stesen bas pastu tengok main page “AWAS LABU PERAM SWISSCASH” yang tergantung kat situ..saya tersenyum sorang² lepas tengok.terus kuar duit beli kosmo..Siapa yang mempertahankan & menjadi ejen selama ni kini mesti tak tahan sebab kene serbu orang join gan dia..
Kini,tersurat sejarah baru rakyat malaysia tertipu rm190juta angkara satu program skim cepat kaya dari luar negara.”BUKAN SENANG LA NAK KAYA”.Orang kaya mati matian keje nak jadi kaya..
Nak collect duit orang kene ada kebenaran,sama la kat U,kene mintak surat kutipan wang dalam kampus kalo tak langgar AUKU.
September 7th, 2006 at 11:17 pm
Kadang kala disebabkan wang yang diperolehi, maka gelaplah mata dan gelaplah hati.
p/s: tu la degil sangat, nasihat orang lain tanak dengar :p
September 7th, 2006 at 11:28 pm
weehuu… musti kegelupurannye mamat-mamat skim..
September 11th, 2006 at 1:26 am
Berita di TV3 tadi, ada seorang penonton menulis email kepada tv3 tentang sejarah SwissCash dan kebaikan SwishCash ni. Ermm…. ada juga yang lagi “bijak”.
September 11th, 2006 at 2:25 pm
Heheh, akhirnya yang benar tetap mengalahkan yang batil!
September 11th, 2006 at 2:34 pm
Batul 2.Kita dah penat cari duit pah tu melabur lak dalam skim yang ntah apa apa.Kan merugukan masa aje.
Baik melabur dalam public mutual ke atau asw 2020 ke.
Lagi selamat.
September 12th, 2006 at 10:50 pm
Ilmu itu penting.
Saya tidak menyertai Skim Cepat Kaya. Saya melabur di Swisscash.
Buat apa yang kita tahu. Saya tahu apa yang saya buat.
Bila2 masa saya sedia boleh kongsi maklumat berhubung
dengan kenyataan “saya tahu apa yang saya buat.
September 15th, 2006 at 3:59 pm
Pilihan sentiasa ada di depan mata..dan SC antara pilihan yang paling tepat pernah saya buat..Skim Cepat Kaya?! tsk tsk..think again.. Kami pilih jalan ini dan kami perolehi hasilnya..anda pilih jalan itu dan anda juga dapat hasilnya.. bak kat bai dalam seniman bujang lapok, “Dia punya hasil dia makan, lu punya hasil lu makan..tak boleh ka makan sama2?” Apsal nak havoc?..kosmo, kosmo, tsk tsk…
September 18th, 2006 at 12:59 pm
Setiap kejadian tuhan tu ada 4 unsur asas, ‘kekuatan’, ‘kelemahan’, ‘peluang’, dan ‘ancaman’. Jgn melihat sesuatu dr satu perspektif shj. Tunjukkan kematangan berkata2. Jgn hanya menang sorak shj. Risk tolerance manusia ada 6 tahap. Jgn ingat cap jari kita semua sama. Wallah hu allam.
September 18th, 2006 at 10:28 pm
Hubungi saya http://formula786.blogspot.com saya boleh buktikan Swisscash bukan Skim Cepat Kaya tapi satu Peluang yang boleh buat anda jadi kaya.
October 6th, 2006 at 4:05 pm
kita sama2 nasihat menasihati, bagi yang dah terkena tentu ada pengalaman “berharga”, tak kira apa skimpun cepat kaya atau ….p. yang degil x blh buat apa, biarkan dia mendapat/ mengalami sendiri pengalaman “berharga” tu. Learn thru “expensive” experiences
October 7th, 2006 at 2:01 am
Em, saya pun dah baca sejak beberapa hari yang lalu mengenai artikel ini, yang mereka maksudkan ialah orang yang suka meminta deposit daripada orang ramai tanpa kebenaran dengan menawarkan pendapatan sehingga beribu-ribu ringgit jika melabur , tak berlesen lagi tu nak minta deposit dengan orang ramai,adedeh !!!
Memang tepat apa yang jutawan internet tu katakan, dia tak seneraikan siapa tapi ( klu ) yang dia berikan menunjukkan adalah mereka, yang itu…
haha, tak rugi saya post kat forum forum, si luncai terjun dengan labu-labunya.biarkan ! biarkan ! tetapi kerajaan tidak pernah berdiam diri untuk mengatasi masalah ini.
Kita urang pun , takdalah halangan nak membuat perniagaan sebenar didalam peringkat antarabangsa, dan nama Malaysia pun harum juga walaupun pada hakikatnya sudah tersenerai “sebagai Black List” daripada negara lain.Contohnya tu, paypal dah senerai Malaysia sebagai negara yang banyak penipuan skim cepat kaya,
Bila kerajaan mula nak buat tindakan tegas,saya pasti nama Malaysia akan harum lagi… Jadi kita urang pun akan ragu-ragu buat bisness dlm pasaran antarabangsa bila seluruh dunia tahu skim cepat kaya tu dah disapu.
October 7th, 2006 at 2:06 am
Sham, buat editing ni
Gantikan ( Jadi kita urang pun akan ragu-ragu buat bisness dlm pasaran antarabangsa bila seluruh dunia tahu skim cepat kaya tu dah disapu. )
Kepada :
(“kita urang pun tidak akan ragu-ragu buat bisness dalam pasaran antarabangsa bila seluruh dunia tahu skim cepat kaya tu dah disapu)
P/S: Ini jangan pos (hanya untuk membuat pembetulan sahaja)
>>Sabri tambah: San, saya tak faham apa yang San maksudkan, jadi saya publish kan 2,2 lah ya…
October 12th, 2006 at 12:20 pm
Saya pernah chatting dengan seseorang yg mengaku diri dia alim, tapi bermati-matian mempertahankan skim pelaburan yg semacam ini, saya pulak sebaliknya.
Akibat dari itu (masing-masing bermati-matian), saya tak mahu kalah, dia pun tak mahu kalah, kami berhujah selama 5 jam! melalui yahoo messenger, betul tak tipu. Akhirnya saya biarkan dia bercakap sorang-sorang haha, sebab dia tak mau kalah langsung, sikit pun tak berganjak, heran sungguh aku.. macam dah terkena ‘taik judi’
Berbagai cara dia cuba membuat helah bila saya bertanyakan sesuatu yg kurang menyenangkan berkenaan tentang pelaburan haram dia tu. Yg kelakarnya bila dia tunjuk pandai, saya tanya apa itu niche, lama dia diam (sebenarnya tengah cari maksud dlm internet!)
Kesimpulannya, org-org yg semacam ni kalau dah lama bergelumang dgn skim cepat kaya/pelaburan tak masuk akal/program buat duit mudah, memang susah nak tengok the other fascinating side of internet. Ironinya gaya penulisannya memang alim, tapi tak tau mana halal haram, mana betul mana tak betul. Lagi satu, bagi dia, SPAM tu adalah halal dan tak salah.
Orang-orang macam ni akan cuba memesongkan maksud perkara yg HARAM/TAK BETUL menjadi definisi yg lebih ‘sedap’ mereka nak dengar, misal kata, Swisscash dia kata bukan skim cepat kaya, tapi ‘pelaburannn…’ cewahhh.. cakap macam org-org kaya main saham je, maklumlah baru first time ‘melaburrrr..’ kakakaka..
Tapi pelaburan yg TAK MASUK AKAL dia tak penah dengar lagi agaknya??
Entah la.. Dah jadi TULI, tak mau dengar kata dah, penat aku nasihat, buang masa je, itulah kali pertama dan kali terakhir aku bercakap dgn org macam ni (padan muka aku, sapa suruh??).
February 26th, 2007 at 5:37 pm
[...] ini Saifulsham ada mengulas tentang program Swiss Cash yang dipaparkan dari Akhbar Kosmo semalam mengenai Amaran [...]
March 22nd, 2009 at 3:45 pm
salam….saya nak minta tolong..bleh tak bagitau and senaraikan apakah kebaikan menyertai skim cepat kaya dan keburukannya..bagila seberapa banyak yang boleh….thankzz…