Hello pembaca setia SaifulSham,

Hari ini saya membelek-belek majalah Ekonomi terbitan Kumpulan Karangkraf edisi Mac 2006.

Sebenarnya sudah lebih seminggu saya membelinya dan baru hari ini berkesempatan membelek satu persatu isi kandungannya. Di saat saya membuka satu muka surat yang mengandungi iklan besar mengenai KL International Books Fair yang akan diadakan di PWTC bermula 24 Mac hingga 2 April ini, mata saya tertumpu pada satu isi kandungan iklan tersebut.

Antara isi kandungannya, adalah aktiviti yang akan diadakan pada 26 Mac, iaitu hari Ahad. “Sesi bersama penulis ‘Rahsia Sebenar Jutawan Internet’…………..saya terdiam…

Oh my god, sebenarnya baru saya ketahui, saya telah pun mempunyai aktiviti pada hari tersebut. Tajuk yang tertera dalam majalah Ekonomi tersebut adalah tajuk lama yang dicadangkan pihak penerbit, PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.

Tetapi, ianya telah bertukar selepas kami memberikan beberapa lagi tajuk yang kami perolehi dari pertandingan di laman web ini.

Tajuk baru dan terkini adalah………………..

“Rahsia Buat Duit Dengan Internet”

Ya, inilah tajuk buku kami yang bakal berada di pasaran 24 Mac ini. Jangan keliru dengan tajuk lain, satu-satunya buku yang ditulis Team SaifulSham adalah “Rahsia Buat Duit Dengan Internet”.

Ehem, ehem….sistem penempahan online kami sebenarnya sudah lama siap, cuma belum diintegrasikan lagi dengan laman web ini kerana masing-masing saya dan Sabri sibuk dengan tugasan, projek rahsia untuk anda semua.

Minggu ini ada beberapa kejutan bakal kami buat. Just wait.

Jangan lupa, buku yang ditulis Team SaifulSham, ‘Rahsia Buat Duit Dengan Internet’ di pasaran. Penempahan online akan dibuka dalam minggu ini. Nantikan!