Baru semalam saya menulis untuk tidak membongkarkan lagi apakah hadiah dan kejutan yang bakal diterima oleh bakal pembeli buku kami. Setelah berbincang dengan Sabri, kami membuat keputusan bahawa ia harus diberitahu agar ia tidak menjadi satu misteri yang menyelubungi anda.

Kami tidak mahu anda ternanti-nanti apakah kejutan tersebut dan ianya memberikan kelebihan kepada kami juga, iaitu anda sudah pun tahu bahawa buku kami lebih istimewa dari yang lain.

Kami akan mempersembahkan buku beserta VCD percuma kepada anda dengan setiap pembelian buku kami. VCD itu mengandungi rakaman video kami mengenai cara-cara memulakan perniagaan internet anda sendiri.

Usah salah anggap, ia bukan merakamkan muka kami berdua tetapi ia merakamkan segala gerak dan klik mouse, bermula dari membina laman web hinggalah ke saat SEO ( Search Engine Optimization). Yang ada, cuma paparan skrin komputer dan suara kami sahaja ( Tak mungkin kami menayangkan muka kami). Nilainya mungkin ratusan ringgit jika anda cuba mendapatkannya dari seminar/workshop setengah hari diluar tetapi kami mengkompakkannya pada harga sebuah buku!

Secara kasarnya, anda mungkin akan hanya membayar RM30-RM40 untuk senaskah buku+ VCD berbanding anda perlu menghabiskan wang hampir RM700 jika anda menyertai seminar orang lain!

Murah bukan? Kami mungkin seperti Air Asia yang cuba melawan gergasi sedia ada seperti MAS. Kami mungkin terpaksa meminjam motto Air Asia, “Now everyone can fly” kepada “Now everyone can do internet business!!”

Jadi, apa lagi anda mahukan dari kami?!! Kalau anda bersetuju dengan apa yang kami katakan, daftarkan diri anda di www.saudagar.com.my

Download Ebook Petua Pengiklanan Berkesan Disini.
Iklankan produk anda disini.