Rahsia “Rokok” Team SaifulSham.com
Sudah lama saya tidak menulis di SaifulSham.com, bukan apa, masa saya agak terisi dengan urusan di belakang tabir SaifulSham.com. Selepas selesai proses pemulihan SaifulSham.com, saudagar.com.my pula menjadi tumpuan. Truth is, banyak lagi perkara yang perlu dilakukan. Ini tak termasuk lagi laman web-laman web ecommerce kami yang lain yang memerlukan perhatian… ades
Tapi tak apala. mengeluh tidak akan membantu menyiapkan kerja. Think positive, push ahead!
Oh ya, sejak kami membuka borang tempahan online “Rahsia Buat Duit Dengan Internet” 3 hari yang lepas, sambutan sangat mengalakkan. Menjadi jugaklah Pelan Pra Pelancaran kami walaupun dijejaskan oleh kejadian SaifulSham.com “down” dua minggu lepas. Terima kasih kepada semua atas kepercayaan anda kepada Team Saifulsham.com
Baiklah, hari ini saya akan berkongsi satu rahsia team Saifulsham.com. Rahsia “Rokok”. Saya kira, kaedah ini sangat unik dan original. “Rokok” ini akan memudahkan kita membuat sesyatu keputusan dan mengambil risiko yang ringan-ringan.
Apakah rahsia “Rokok” ini?
Setiap kali kami berdepan dengan persoalan sama ada untuk mengeluarkan sedikit pelaburan untuk mengembangkan perniagaan atau tidak, kami memikirkan semasak-masaknya. Jika jelas ada faedahnya, kami akan keluarkan belanja yang diperlukan. Re invest sebahagian dari keuntungan yang kami buat. Jika jelas tiada faedahnya, maka kami akan tolak peluang tersebut.
Namun, jika 50-50, kami akan gunakan prinsip “rokok” tersebut.
Bayangkan wang anda itu seperti dana untuk membeli rokok. Anda tidak kisah jika wang tersebut hangus. Bak kata Syazwan;
“Takpela. Dari budak lain abeskan kat rokok, at least kita guna untuk business. Tak membahayakan kesihatan, tak sia-sia. Kalo rugi pun, duit hangus, kalo untung, lagi bagus”
Jadi kami dapat mengeluarkan belanja seperti yang diperlukan tanpa berasa ralat atau menyesal atas pelaburan yang dikeluarkan. Semenjak menggunakan konsep ini, kami dapat mengembangkan business dengan lebih lancar dan berani. Hasilnya, cukup mengagumkan. Sesuatu yang tidak akan kami nikmati jika kami tidak berani mengambil risiko.
Jadi, usah kedekut untuk mengeluarkan belanja kecil-kecilan dalam usaha mencari ilmu, dan mengembangkan perniagaan Internet anda. Anggaplah pelaburan tersebut sebagai duit rokok, paling teruk pun duit “rokok” anda akan burn tanpa membahayakan kesihatan…
Sebut tentang belanja kecil-kecilan dalam usaha menambah ilmu, kami ada “rokok” baik punya. Dapatkan buku Rahsia Buat Duit Dengan Internet sekarang. Tempahan online dibuka di www.saudagar.com.my, cuma RM30 dengan penghantaran percuma (Borneo RM 33) Jangan bimbang, “rokok” ini tidak membahayakan kesihatan, malahan akan membawa keuntungan!


April 2nd, 2006 at 12:46 am
Kalau saifulsham.com rahsianya adalah “rokok”, formula saya pula adalah “HYIP dan autosurf”..
hehe…
December 10th, 2008 at 7:45 pm
saya tak merokok tapi tekni ‘rokok’ ni satu bende yang bagus…