Seperti yang telah saya janjikan, hari ini kami akan bercerita mengenai satu lagi teknik internet marketing. Blog. Blog adalah singkatan kepada Web Log ataupun dalam bahasa mudahnya Online Journal (Diari Online).

Secara amnya, blog dikelaskan sebagai sebuah laman web yang senang dibina, senang dikemas kini dan mempunyai struktur organisasi yang tersusun dan kemas. Malah, SaifulSham.com sendiri adalah blog! ;)

Dari aspek perniagaan Internet, blog memainkan 2 peranan utama iaitu;

1) Wadah merapatkan penjual dan pembeli (melalui produk update, review, update dan support)
2) Alat menarik search engines ke laman web

Sejak faedah blog kami rasai sendiri dalam eksperimen yang kami jalankan kira-kira setahun lepas, blog telah menjadi salah satu elemen dalam “checklist” memulakan perniagaan Internet kami. Setiap model perniagaan kami wajib ada satu blog untuk menyokongnya, dan alhamdulillah, strategi ini boleh dikatakan berjaya.

Mengapa kami katakan begitu?

Pertamanya, blog (yang sentiasa dikemaskini) lebih mudah disenaraikan di enjin carian berbanding laman web biasa. (seminggu sudah pasti, sehari tidak mustahil)

Keduanya, blog lebih mudah dioptimisasi untuk enjin carian berbanding laman web biasa. Blog juga boleh diubah mengikut keperluan pada satu-satu masa.

Anda boleh membina blog percuma di Blogger.com WordPress.com dan anda akan diberikan url subdomain sebagai alamat laman web anda. Tapi bagi kami, kami menggunakan subdomain dari laman web jualan tersebut untuk blog terbabit kerana kami mahu menikmati sepenuhnya hasil SEO yang dijalankan.

Strategi Menggunakan Blog;

1) Blog perlu sentiasa dikemaskini menggunakan artikel (content) yang menggunakan targeted keyword mengikut keperluan laman web jualan.
2) Blog tersebut mempunyai banyak link menuju ke laman web jualan yang disadurkan dengan penjelasan yang sesuai.
3) Bahkan di dalam kes ekstrim, adakalanya blog kami tidak mempunyai link lain selain link ke laman web jualan kami.

Satu kes dunia nyata: SaifulSham.com digunakan untuk menarik pelawat ke Saudagar.com.my. Bayangkan Saudagar.com.my tanpa SaifulSham.com sudah tentu Saudagar.com.my terpaksa bersaing dengan ribuan laman web lain yang lebih establish. Sudahlah Saudagar.com.my hanya satu muka! Ini mungkin menjejaskan peluang kami untuk menarik perhatian pengguna internet terhadap fasa prapelancaran buku kami.

Tetapi dengan menggunakan pengaruh (leverage) SaifulSham.com, Saudagar.com.my dapat dipopularkan dengan berkesan dan mudah.

Terbongkar satu lagi rahsia pemasaran kami… ;)