Real Life Real Business
Bincang SatuÂ
Sungguh mengejutkan apabila ramai pelajar beranggapan dunia bisnes ni perlu melanggar undang-undang, fly below the radar, go underground untuk memperolehi keuntungan maksima, dan golongan mereka ini sempat lagi mengajar saya (mereka tidak tahu, mereka sedang bercakap dengan SaifulSham) “Inilah dunia luar, dunia realiti, janganlah skema sangat. Nak buat bisnes biasalah kena macam ini”
(mereka tidak tahu saya sudah pun ada syarikat sendiri di dunia luar). Ia buat saya tersenyum melihat telatah mereka, dan ya mereka sedang merancang sesuatu yang illegal dan ikut plannya, big. Bila nasihat tidak diendahkan, biar luncai terjun dengan labu-labunya.
Nampaknya, profesional-profesional senior, ahli-ahli akademik dan politik, anda perlu lakukan sesuatu untuk brainwash generasi ini.You set a not so good example for us to follow here… :)
Bincang 2
Tips perniagaan internet / perniagaan biasa hari ini:
Sell The Sizzle, Not The Steak
Itu kata-kata Inggeris, perupamaan Melayunya, jual aroma cempedak goreng, jangan jual cempedak gorengnya.
Anda pernah ke tapak pesta ataupun pasar Ramadhan yang menjual cempedak goreng panas dan orang berpusu-pusu untuk membelinya? Dengan bau yang menawan kalbu, jiwa rasa tergoda, minda mula membayangkan betapa manis isinya, empuk bijinya, sedap giler lah orang kata.
Anda bandingkan keadaan gerai tersebut apabila cempedak tersebut telah sejuk dan aromanya sudah tidak begitu power. Kedai yang begitu popular tadi, tiba-tiba kehilangan momentum dan daya penarik. Sehinggalah pekedai tadi menggoreng cempedak baru.
Dalam perniagaan Internet, anda perlu memberi penekakan kepada manfaat dan faedah yang akan diperolehi oleh pengguna dan pembeli produk anda selepas menggunakannya, bukan kehebatan produk anda semata-mata. Gambarkan kepada bakal pembeli apa akan jadi jika mereka menggunakan produk anda and pique their interest.
Contohnya, adakah anda membeli kereta BMW 3 series kerana anda inginkan sebuah kereta yang boleh memecut dari 0 hingga 100km sejam dalam hanya 8 saat, kelajuan maksimum 230 km/jam dengan enjin yang sungguh power (dan makan banyak minyak!) ?
Atau adakah anda membeli kereta tersebut kerana kerusinya dibaluti kulit yang memberi keselesaan maksimum ketika anda sedang memandu, dan girlfriend anda yang berada di kerusi penumpang dijeling dengan cemburu oleh wanita-wanita lain yang ingin berada di samping anda?
Jadi, emphasis on the benefit, not description.
Saya pernah membaca buku tulisan Dan Kennedy (multi-millionaire dan pakar pemasaran yang telah menghasilkan berbillion dollar untuk syarikat-syarikat di US), tajuknya saya sudah lupa. I read too much of his stuff. Ada seorang eksekutif syarikat multinational US meminta pandangan Dan Kennedy mengenai cara bagaimanakan beliau hendak memasarkan produk perisian syarikatnya.
DK : “What did your software do?”
   Exec: “It allow the user to do their work faster and complete their job in half the time”
DK: “So, I understand that the user of your software can complete their job in half the time to play golf later?”
     Exec: “Yes, exactly. But, what golf has to do with it?”
DK: “It has everything to do with it! Only fools will want to finish their job faster so that their bosses can give them more jobs to do. No thanks for your software. But if you put the emphasis on how the time saved can be used for leisure activities, it’s different. People will buy it because they can see and feel the benefit to them”
Dialog di atas tidaklah 100% tepat kerana saya tidak menghafalnya, tapi intipati dan cara bercakapnya begitulah.
Sell the sizzle, not the steak.
Bincang Tiga
Saya telah menguji perisian yang akan diberikan percuma bersama Ezine SaifulSham bulan Oktober dan so far saya berpuas hati dengan prestasinya. Jika tiada aral melintang ia akan didedahkan kepada anda beberapa hari lagi. (pastikan anda menjadi subscriber kami, Daftar di kotak sebelah kanan atas!)
Semalam saya telah melakukan demonstrasi kepada Syazwan dan dia terdiam (bermaksud baguslah tu, sebab Syazwan ni kaki komplen no satu). Saya juga telah melakukan costing dan SaifulSham Consultants telah memperuntukkan bajet kira-kira US$ 500 (anda dapat percuma, tapi software ini BUKAN PERCUMA) dengan anggaran 50 orang akan mengambil tawaran ini.
Untuk pengetahuan anda, software ini sedang dijual hanya oleh 2 orang, seorang top internet marketer international dengan harga US$ 24.95 sebulan dan seorang lagi internet marketer antarabangsa yang kurang ternama pada harga yang sama. Dan ini adalah software yang sama dengan yang sedang mereka jual. Kami telah search seluruh Internet untuk alternatifnya, but I like this one best.
Sebagai sumbangan kami kepada masyarakat, we’ve negotiate a special price per person & we will even pay that price untuk maybe 50 first lucky people (not exact numbers, depend on our budget). Kami cuma berharap anda akan menggunakannya sebaik mungkin.
 Hint:Di WangCyber ada sebuah thread khas membincangkan mengenai ini sahaja dan begitu ramai orang yang mencari-cari. Perisian ini bukanlah 100% efektif but, it do 90% of the job.
Jika anda terlambat, anda mungkin perlu membayar harga istimewa yang kami dapat setelah tawar-menawar (bukan senang nak dapat for that price),namun saya rasa, the best way is;
- Dalam seminggu ini, datang SaifulSham.com hari-hari
- Pastikan segala emel yang datang dari domain saifulsham.com atau saudagar.com.my dapat anda terima ke dalam inbox. (email Lycos I know have problem)
- Kepada yang tanya saya, bila exact date, maaf, saya pun tak tahu. We are doing rigorous testing on the software.Â
 Diharapkan dengan pemberian ini, rezeki kami dapat dilipatgandakan oleh Allah…
We Care, We Give & We Share.
Kami care untuk anda, apa yang kami boleh beri, kami beri, apa yang kami tak boleh beri kami share. Software ini kami tak boleh beri, but we can share. This is our way to give back to the community.
p/s:Jika anda ingin membaca lebih lanjut mengenai rasional penghadiahan software ini, ada dalam ezine tersebut. Dan kepada anda yang sedang tersengih, tidak. It’s not what you think, kami bukan nak lari dari bayar cukai…


September 28th, 2006 at 6:06 pm
bukan nak komen tapi nak tanya. apa yg dijual dlm bisnes ni? saya masih tak faham product apa. kalu jual kat kedai runcit tu saya faham. kita beri duit dapat barang. perniagaan internet ni jual apa sebenarnya? software ke? atau apa?
September 28th, 2006 at 6:08 pm
tadi tersilap bagi email address. soalan masih sama spt seblm
September 28th, 2006 at 8:16 pm
ya, itu dia..satu lagi teknik terbaru buzz marketing daripada saifulsham..canggih2..hehe
September 28th, 2006 at 9:44 pm
yang Bincang 2 tu, memang menarik. best!
September 28th, 2006 at 10:44 pm
Zhafran, mana ada teknik terbaru… hehe, biasa je..
September 28th, 2006 at 11:01 pm
ahaha… akhirnya aku subscribe jua..
September 28th, 2006 at 11:20 pm
Software apa tu ye? Ketinggalan zaman tul aku ni.
September 28th, 2006 at 11:38 pm
Yes! akhirnya en aku subscribe juga…hehe
oo.. rupa-rupanya selama ni datang SaifulSham tak subscribe pun ye? Ada juga kategori camni ye?
Jadi, kepada yang lain, daftar, jangan tak daftar…
September 29th, 2006 at 12:24 am
kpd yg xsubscribe lg, sila subscribe cepat2 ye..ade 1 ‘cite’ yg best dlm ezine saifulsham kali ni..ngehngehngeh
September 29th, 2006 at 12:46 am
heheh.. aku payah sket bab nak subsribe2 nih…
September 29th, 2006 at 9:20 am
Assalamualaikum.
En Geng Saifulsham, terima kasih. agaknya apa ye kejutan kali ni? software apa tu?
En Aku, sebelum betul2 kenal hompej En Aku ni saya baca hompej dia as ‘Ena Ku’ -ingatkan nama awek dia Ena – hehe.
Wassalam.