SaifulSham Update
Hai pembaca setia SaifulSham!
Diharap anda sentiasa gembira dan ceria akan pos-pos kami selama ini. Kami memohon maaf jikalau kami tidak memberikan informasi yang tepat dan kami dari semasa ke semasa sentiasa membuat kajian dan melabur dalam perkara-perkara keusahawanan bagi memberikan anda maklumat-maklumat yang fresh tentang dunia usahawan ( tak kiralah online atau offline). Kami sentiasa cuba menjaga mutu dan kualiti setiap pos kami agar anda hanya mendapatkan yang terbaik.
Minggu ini SaifulSham Team agak sibuk dengan urusan pembelajaran di universiti, dan kami juga sedang bertungkus lumus menyiapkan segala preparation untuk menyampaikan talk di UIA Jumaat ini. Jika anda tinggal di Lembah Klang, jom ke UIA pada Jumaat malam nanti. Sekali lagi, kami berikan maklumat terperinci mengenainya:
Hari : Jumaat
Jam : 8-10 malam (slot kami akan bermula jam 8.30 malam tetapi lebih baik anda datang awal kerana ditakuti ada sebarang perubahan diluar jangkaan)
Tarikh: 10 Februari 2006
Lokasi : Main Auditorium
Ini maklumat peta sedikit sebanyak yang diberikan pihak UIA kepada orang awam yang ingin ke sana pada tarikh tersebut.
Untuk ke Main Auditorium, jika anda memasuki pintu hadapan UIA, anda akan menemui bulatan, dan sila ambil ke laluan kiri (arah jam 9). Selepas itu anda akan menemui junction yang pertama, dan ambil laluan ke kanan. Di situlah terletaknya Main Auditorium.
Disamping itu, kami juga sedang menyiapkan laporan khas mengenai sistem-sistem perniagaan internet yang meragukan agar anda dapat mengelakkannya.
Kami sudah tidak boleh berdiam diri kerana semakin hari semakin ramai rakan yang bertanya kepada kami dengan soalan yang berbunyi sebegini “Anda berdua buat internet bisnes macam ******, surf dapat duit, baca e-mail dapat duit dan bla2?”
Maaf kerana kami bukan datang dari sistem begitu. Kami akan memberi penjelasan terperinci dalam sehari dua ini mengenai sistem tersebut.
__________________________________________________________________


Leave a Reply