SaifulSham.com kembali pulih | Rahsia Buat Duit Dengan Internet
Hello pembaca SaifulSham,
Sudah hampir 5 hari SaifulSham tidak boleh diakses dan ini menimbulkan banyak pertanyaan dari pelbagai pihak. Ada yang siap menghantar SMS kepada saya bertanya perihal SaifulSham. Concern nyee…terima kasih..(terharu sungguh)
Sebenarnya, domain name laman web ini telah direport oleh seseorang yang kami sendiri tidak kenali kerana melakukan spam/violant/scam dan perkara-perkara seumpamanya kepada pendaftar domain yang berpengkalan di USA.
Kami terpaksa membuat aduan dan membuktikan kami tidak pernah melakukan perkara sedimikian. Ringkasnya, selepas meneliti laman web kami, pihak pendaftar telah mendapati kami tidak bersalah dan mereka melepaskan domain name kami kepada kami semula.
Kami tidak mahu memberikan sebarang anggapan negatif kepada sesiapa. Biarlah ia menjadi lipatan sejarah.
Okla, buku kami bakal diterbitkan pada 23 Mac ini di pasaran. Itu kata-kata yang kami perolehi dari penerbit. Tajuknya “Rahsia Buat Duit Dengan Internet”.
  Harga : RM30 (termasuk VCD Tutorial) .
Kami akan buka penempahan secara online dalam beberapa hari ini. Anda boleh menempahnya dan kami akan menghantar terusnya ke rumah anda. Ataupun anda boleh dapatkan di kedai buku seperti MPH, Popular, dan sebagainya.
Berita baiknya, temui kami di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur di PWTC pada hari Sabtu dan Ahad ini (25 &26 Mac) di ruang pameran penerbit PTS.
Jom, kami akan berkongsi apa jua ilmu mengenai perniagaan internet di sana dan mungkin anda juga boleh menyumbangkan ilmu dan pengalaman anda sebagai usahawan internet (tidak kira junior atau senior).
Â


March 20th, 2006 at 8:39 am
A’kum….
Sebenarnya dah lama saya nak tanya soalan ini.. kenapa nama website ini namanya “saifulsham” yer.. sedangkan nama anda berdua ialah sabri & syazwan.. boleh cerita sikit tak sebabnya?.. ke dah pernah cerita?…saya ter miss… hu! hu!..
March 20th, 2006 at 9:51 am
Saya nak tau masa korang ada di PTS…
sebab senang nak rancang perjalanan ke PWTC
March 20th, 2006 at 12:16 pm
Hello Shuth,
Trime kasih, sbnrnye kami pun dh lame tau encik shuth dan kalau ade chance kite share ape2 bermanfaat. Kami akan join wangcyber cume mase ni mase sgt2 limit. Papepun, kami still bace forum encik shuth, menarik!
Psl SaifulSham tu, ktorang ade explain kn dkt kompilasi ebook smartusaha. Jelasnya mcm ni, sbnrnye Sabri tahun lepas beli domain name SaifulSham ntuk kegunaan peribadi. Katanye, ade unsur2 Malaysia name tu.
Tp, domain tu terbiar tk diguna selepas beli, so pada mase sama, ktorang nk buat blog psl keusahawanan, dan secara tk sengaja menggunakan domain tu sb nk jimat kos. Alang2 tk guna, tp apa yang terjadi adalah luar jangkaan kami.
Sekarang SaifulSham sudah seperti brand kami, kt name kad pun kami letak n t-shirt n mcm2 lagi. begitula ringkasnya.
Cik ashraf, ktorang akan berada dkt PWTC hari Sabtu pagi sampai malam. So, bleh la cik ahsraf nk dtg. Ktorang tunggu cik ahsraf~Jumpe ye..
March 20th, 2006 at 12:42 pm
weh mana best of saifulsham ilang nih?kena bukak ikut folder…huhu
March 20th, 2006 at 1:23 pm
oo.. itu macam rupanya… yang si sabri tu.. kenapa pula dia boleh beli nama domain saifulsham? ekekek…. kenapa tak “azmandollah”… hu! hu!… takperla tak perlu jawap…
oo.. kamu berdua di PWTC hari sabtu yer?… mungkin boleh jumpa kalau saya ke sana… saya pun tak pasti lagi nak pergi hari apa.. tapi biat di hati memang nak pergi..
insyallah kalau di izinkan Allah kita berjumpa…
March 20th, 2006 at 7:33 pm
tak dapat la jumpa…weekend ni saya konvo kat skudai….kalu tempahkan adakah still rm 30 atau more than rm30 (+ kos penghantaran)…
March 20th, 2006 at 9:29 pm
still RM 30. kitorang akan buka penempahan pada harga RM 30 termasuk kos penghantaran.
March 24th, 2006 at 11:44 am
saudara berdua ….
saya mempunyai karya2 3d, perspective…etc… bagaimana saya mahu membina satu laman web utk menjual hasil karya saya
March 24th, 2006 at 3:37 pm
takde jawapan pun…
March 25th, 2006 at 5:05 am
saiful amri.. diaorang dah kat KL kot skang ni.. Apa kata bawa soalan tu juga kat wangcyber.com sambil tunggu mereka berdua jawab..
diayana!! Grad juga yer.. Course apa dan dari UTM skudai ker? I’m here.. Ke dari UTM City Campus? Bestnya konvo yer..
March 27th, 2006 at 10:54 pm
Saiful Amri,
Boleh je…dalam buku kitorang ada cerita bagaimana cara nak bina website.
Secara asasnya, anda boleh gunakan laman web anda untuk menunjukkan contoh-contoh karya anda. Contoh yang jelas adalah anda jika anda melihat laman web pereka-pereka laman web. Mereka ada menunjukkan portfolio mereka kepada bakal pelanggan. Anda juga boleh menggunakan cara yang sama. Itu secara ringkas la..banyak lagi option lain act…