SaifulSham.Co.NZ
Hai, bagaimana cuti tahun baru Cina anda? Diharapkan anda memanfaatkannya dengan perkara-perkara berfaedah.
Apa Team SaifulSham buat pada waktu tersebut? Biasalah, cuti tahun baru Cina inilah yang menjadi saat berguna bagi kami menyiapkan laman web pre-lauch buku kami. www.saudagar.com.my. Untuk pengetahuan anda, buku kami sedang dalam proses editing di pihak penerbit. Kami jangkakan dalam minggu hadapan ianya sudap siap dan akan dihantar kepada kami untuk final review.
Begitu juga dengan cover buku tersebut, sedang dalam peringkat pembinaan. Baru petang tadi kami menghantar VCD tutorial kepada pihak penerbit. Sebenarnya, kami telah 2 kali merakamkan VCD turorial, tetapi disebabkan kami tidak berpuas hati dengan isi kandungannya, kami meminta untuk membuat semula VCD tutorial tersebut. Bukan apa, masalah utama yang menghantui VCD tutorial tersebut adalah tahap noise yang diluar kawalan kami. Semasa dalam proses merakam, ada sahaja bunyi-bunyi yang tidak diingini menganggu perbitan VCD tersebut.
Akhir sekali, kami memutuskan untuk membuatnya dalam bilik rakaman yang kebal bunyi. Pening kepala juga kerana kami menghabiskan masa sehingga 12 jam untuk menyiapkan VCD tersebut. Setengah hari!! Makan, minum, sembahyang, tidur disitulah!Terpaksalah kerana kami mengejar masa. Pada waktu lain, kami mungkin sibuk dengan kelas pelajaran di universiti kami. Nasib baik pada minggu ini, lecture masih diawal pembelajaran kerana semester baru sahaja bermula.
Satu berita baik buat kami, kami telah di book oleh sebuah IPT di ibu negara. Maybe kami akan turun KL dalam minggu depan atau minggu seterusnya bagi memenuhi undangan menyampaikan talk mengenai internet bisnes (tarikh sebenar belum diberitahu, tetapi kami akan mengungumkannya di laman web ini nanti). Bukan itu sahaja, kami juga mungkin akan menjadi tenaga pengajar di universiti kami sendiri bagi mendidik rakan-rakan seuniversiti bagaimana internet bisnes dapat dijalankan dengan mudah dan cepat.
Begitupun, kami sedia membuka undangan kepada sesiapa sahaja untuk menjemput kami menyampaikan talk, seminar atau workshop mengenai internet bisnes. Cumanya, undangan tersebut hanya dapat dipenuhi jika ianya dilakukan pada waktu hujung minggu seperti Jumaat, Sabtu, dan Ahad. Kami memohon maaf kerana pada hari lain, kami harus menjadi seorang pelajar biasa bukan seorang internet marketer
.
Buat masa ini, kami akan mengintegrasikan sistem tempahan secara e-mail. Dalam masa beberapa bulan lagi, kami akan cuba untuk mempunyai sistem talian telefon tetap dan mesin faks sendiri untuk menerima tempahan talk, seminar, dan workshop. Perkara tersebut sedang diperhalusi kami. Apa pun, kami akan umumkannya kelak. Buat masa ini, anda boleh menempah di e-mail kami saudagar(at)saifulsham.com.
Bagaimana dengan fees talk kami? Jangan khuatir akan fees/caj yang kami kenakan. Kami tidak menekan atau membebankan orang ramai dengan fees yang diluar kemampuan kebanyakan masyarakat. Perkara itu boleh dibincangkan dan jujurnya, kami menerima tempahan dari IPT kerana kami mengenakan fees yang amat rendah. Kami sama seperti anda, sewaktu mula-mula melakukan internet bisnes 2 tahun dulu, kami tahu apa halangan terbesar bagi golongan seperti ini. Jadi, kami hanya mengenakan caj yang terlalu rendah kerana kami sebenarnya ingin mengikut konsep AirAsia. Biarlah semua orang boleh melakukan internet bisnes!;)
Oh, ya….untuk pengetahuan peminat SaifulSham, kami sedang merancang pelan jangka panjang untuk setahun ini. Jika tiada aral melintang, kami akan menubuhkan SaifulSham.Co.NZ, iaitu entiti SaifulSham di New Zealand pada suku kedua tahun ini.
Adik Syazwan, Syamim akan mengetuai SaifulSham New Zealand yang akan mencari lubuk informasi perniagaan di New Zealand semasa beliau menuntut dalam bidang kejuruteraan di sana pada tahun depan. Buat masa ini, kami sedang merangka pelan untuk SaifulSham New Zealand. Apa yang kami dapat katakan, ianya mungkin berbahasa inggeris 100 peratus dan ianya juga mungkin berkisarkan tentang potensi perniagaan untuk usahawan Malaysia menembusi pasaran negara tersebut.
Sama-sama kita doakan agar projek ini dapat dilaksanakan. Jika berjaya, kami akan cuba membawa usahawan-usahawan Malaysia khususnya usahawan internet menembusi pasaran New Zealand atau negara jiran terdekatnya, Australia.


Leave a Reply