Salam Merdeka Malaysia!
Hello pembaca SaifulSham,
Genap 31 Ogos ini, sudah 49 tahun usia Malaysia. Bermula dari itu, sedar atau tidak, sudah begitu lama agaknya British mengucapkan selamat maju jaya dan menyerahkan pucuk pimpinan kepada rakyat tempatan.
Selaku rakyat Malaysia, saya mahupun anda harus berterima kasih kepada pemimpin negara yang pada saya sudah melakukan yang terbaik untuk Malaysia.
Walaupun saya dilahirkan selepas kemerdekaan, perasaan teruja itu sentiasa bermain dalam fikiran lebih-lebih lagi apabila tiba waktu sambutan kemerdekaan.
Sebabnya terlalu mudah, saya senaraikan mengapa saya berterima kasih:
- Terima kasih kerana saya dilahirkan di hospital kerajaan yang sempurna (di Afrika, anda mungkin dilahirkan dalam khemah yang dipenuhi nyamuk)
- Terima kasih kerana saya diberikan peluang untuk bersekolah (negara jiran lain tidak mempunyai fasiliti dan kemudahan pembelajaran awal hebat seperti Malaysia)
- Terima kasih kerana saya mendapat pendidikan di MRSM (impian seorang pelajar sudah pasti!).
- Terima kasih kerana saya dapat belajar di sebuah universiti tajaan syarikat yang tersenarai dalam Fortune 500! (ia satu pengalaman manis dalam hidup)
- Terima kasih kerana menyediakan suasana perniagaan yang kondusif kepada saya. Sesiapa sahaja boleh menjadi jutawan di Malaysia.(selamat maju jaya untuk perniagaan internet saya)
- Terima kasih kerana saya hidup dalam aman dan tenteram (anda tidak perlu berkejar dengan askar zionis).
- Terima kasih kerana menjadikan saya insan yang berguna (tiada sebab untuk anda tidak menjadi seorang yang hebat di Malaysia).
- Dan tidak lupa, terima kasih pada subsidi minyak dan lain-lain (hehe).
Saya tidak tahu apakah anda berasa bertuah kerana anda adalah rakyat Malaysia atau anda mengimpikan untuk menjadi rakyat negara Barat, tetapi saya berasakan bahawa, dalam beberapa aspek kita lebih baik negara maju yang lain.
Sesudah 3 tahun saya mempunyai perniagaan sendiri bersama-sama dengan rakan kongsi terbaik saya, Sabri, ternyata saya sedar dan mengakui kebenaran pernyataan yang dinyatakan oleh Dr. Rusly (penulis buku Jutawan Senyap).
“Hidup di Malaysia ini adalah satu kerugian jika kita tidak kaya” .
Itulah betapa hebatnya Malaysia (buktinya, bapa saya menjadi jutawan hanya dengan menetap dan berurusniaga di Malaysia, siapa kata Malaysia tidak mampu menyediakan kekayaan? ).
Jadi, untuk pembaca SaifulSham, seharusnya anda berasa bertuah kerana jika tidak anda seorang rakyat Malaysia, mungkin diwaktu anda melayari internet pada masa ini, SaifulSham.com mungkin tidak wujud atau mungkin tidak enaknya lagi, internet itu sendiri belum wujud di Malaysia!.
Jadi, ucapkan selamat maju jaya anda untuk Malaysia.


August 31st, 2006 at 12:55 am
Saya ingin mengucapkan selamat menyambut KEMEDEKAAN YG KE 49 kepada semua ra’ayat Malaysia.
August 31st, 2006 at 1:40 am
selamat hari merdeka 49th buat semua rakyat msia. bersyukurlah menjadi anak MALAYSIA.Merdeka!!!!!
August 31st, 2006 at 2:08 am
MERDEKA!!!MERDEKA….betul tu..kite patut merasa bertuah kerana kite dilahir kan di malaysia..betul tu…amat malang lah kalau kite jadi miskin kalau kite berada di malaysia..kaum pendatang boleh jadi kaya di malsysia kenape tidak kite…selamat berusaha semua…syabas pade team saifulsham….
salam kemerdekaan pada semua…
August 31st, 2006 at 9:00 am
Terima kasih Malaysia..bersyukur saya dilahirkan sebagai rakyat Malaysia, namun adakah kita benar-benar merdeka?
August 31st, 2006 at 11:01 am
Selamat Menyambut hari kemerdekaan ke 49..
August 31st, 2006 at 12:06 pm
Lagi 365 hari untuk Malaysia menyambut kemerdekaan yang ke 50 tahun.
British pun rasa Malaya dah maju jauh berbanding negara2 lain bekas jajahannya.
Persoalannya, adakah anakcucu penanti kemerdekaan dahulu juga turut merdeka dalam segenap aspek?
August 31st, 2006 at 10:39 pm
Ya memang rugi besar jika tinggal di MALAYSIA tidak kaya… isk…isk..
September 1st, 2006 at 1:08 am
Selamat Hari Merdeka. mesti best sambutan tahun nih. hehehe… Semoga Malaysia kukuh mengekalkan kemerdekaannye dari sumua aspek kehidupan, mental n rohani!!
Félicitation tout le monde!!!
September 1st, 2006 at 4:15 am
Ermm, pihak kerajaan sentiasa berusaha memberikan yang terbaik kepada rakyatnya. Walaupun ada beberapa kekurangan, janganlah jadikan ia sebagai satu penyebab kekacauan dalam negara. Islam sukakan keamanan dan keharmonian.
Saya amat bertuah, walaupun talian internet dikatakan tak bagus, tapi sekurangnya dapat juga kita masuk internet kan? Walau ekonomi dikatakan turun naik, dapat juga kita meneguk segelas air. Bukak paip, terus dapat air. Negara luar? Bersyukur sangat-sangat kepada Allah sebab saya dilahirkan di negara yang serba banyak kelebihan ini.
Wassalam.
January 15th, 2007 at 11:54 am
assalamualaikum…
Alhamdulillah.. saya cukup bersyukur atas kurniaan Allah kepada Malaysia. Sekarang Malaysia hampir mencecah 50 Tahun dan dah lama dibebaskan dari penjajah yang tdk di undang. kepada generasi masa kini, syukurlah kita kpd Allah krn kita dilahirkan selepas perang.
Kenang la jasa2 pejuang2 negara…
Waallahua’lam..