Hello pembaca SaifulSham,

Hampir saban masa dan ketika, saya sentiasa dihujani permintaan, tidak kira sama ada ianya datang dari e-mail atau berhadapan dengan seseorang, yang bertanya…

“Saudara Syazwan, saya memohon pertolongan kepada anda untuk membantu saya dalam perniagaan internet. Bantulah saya sehingga menjadi seperti anda.”

Ada juga berbunyi sebegini…

“Syazwan, saya mohon anda memberikan sedikit wang untuk saya memulakan perniagaan internet. Jika anda tidak keberatan, ini nombor akaun bank saya…#$$%*&^, selepas anda membayar, jangan lupa menghubungi saya, saya akan memohon kepada Tuhan agar anda dilimpahi kekayaan yang tidak terhingga”.

 Sebenarnya begitu banyak lagi soalan-soalan yang kadangkala saya terpaksa diamkan diri, atau saya hanya memberi jawapan….”Berikan masa untuk saya berfikir”.

Begitupun, saya sebenarnya sentiasa mempunyai jawapan untuk soalan itu. Tetapi saya tidak sampai hati untuk mengatakannya.

Biar saya beritahu anda, untuk anda mencapai seperti apa yang dicapai saya dan Sabri, tidak ada jalan mudah dan singkat.

Beritahulah sesiapa sekalipun, jika anda bertanya kepada orang terkaya didunia ini pun, mereka akan memberitahu anda perkara sama.

Dan saya juga akan memberitahu anda perkara sama. Saya boleh membantu anda untuk berjaya dalam perniagaan internet (bacalah SaifulSham setiap hari!), tetapi saya ingin memberitahu anda, saya tidak berupaya untuk membongkarkan semua perkara secara percuma.

Tanyalah mana-mana internet marketer, tidak semua dari mereka bersedia untuk memberikan sepenuhnya apa yang mereka tahu dengan percuma.

Sebabnya, tiada gunanya mereka menghabiskan masa dan wang mereka selama ini, hanya untuk membantu memberikan kekayaan kepada orang lain yang hanya tahu menagih simpati tanpa usaha.

Nampaknya ada yang berbisik dibelakang, ”Si Syazwan tu kedekut, bakhil, hendak berjaya seorang diri….”.

Tuan-tuan dan puan-puan,

Kalaulah anda jatuh sakit, dan anda berjumpa doktor, anda akan dikenakan caj profesional. Jika anda meminta semua perkara percuma dari seorang doktor, saya yakin, tiada doktor mahu merawat anda.

Mereka juga tidak mahu masa hidup mereka dihabiskan untuk menjadi seorang doktor pakar tetapi akhirnya, mereka dipaksa untuk memberikan ilmu yang dituntut itu secara percuma.

Sama halnya dengan saya, tidak semua dapat dibantu melainkan anda melabur sejumlah wang untuk mendapatkan kepakaran dan membeli mana-mana ilmu.

Saya ingin beritahu anda bahawa, selama ini, saya banyak menghabiskan wang ringgit untuk membeli segala ilmu berkaitan perniagaan internet, sebabnya mudah, saya tidak mahu mewujudkan alasan untuk memajukan diri saya dalam perniagaan internet.

Jika pada waktu saya bermula 3 tahun lepas, saya meminta-minta, dan menagih seratus peratus bantuan orang lain, saya mungkin tidak mencapai seperti apa pada hari ini.

Sama halnya juga jika anda melihat barisan-barisan jutawan. Mereka bertambah-tambah kaya kerana mereka sanggup menghabiskan wang mereka untuk membeli kepakaran dan ilmu dari mereka yang pakar.

Hari ini, tidak banyak perkara dapat diperolehi dengan percuma. Sama juga halnya dengan ilmu. Jika anda berharap untuk mendapatkan bantuan sepenuhnya secara percuma, tiada pengorbanan dan pelaburan, anda hanya mungkin berangan-angan mat jenin untuk menjadi kaya.

Sama juga kisahnya apabila anda bertanya kepada saya, “Sila berikan petunjuk untuk menjadi kaya dalam hartanah tanpa sebarang modal”.

Jikalah sebegitu mudahnya membuat pelaburan hartanah, sudah tentu ramai yang menjadi jutawan dan hidup dalam dunia lain.

Dalam apa jua situasi, untuk berjaya perlu ada pelaburan untuk mendapatkan ilmu pengetahuan dan kepakaran sesuatu bidang. Maka, anda perlu sedar bahawa, jika anda masih tertangguh dan mengharapkan sepenuh bantuan dengan percuma, sedangkan walhalnya anda terlebih dari mampu untuk membayar, anda akan ditinggalkan jauh dari mereka yang membuat tindakan.

Itulah sebab orang kaya bertambah-tambah kaya (tidak percaya, tanyalah bapa saya!).

Jika anda berasakan anda tidak mampu untuk membeli dan membayar sesebuah ilmu dan kepakaran, saya berikan anda tips mudah.

Lihat disekeliling anda, apakah tabiat boros anda. Saya pasti akan ada dalam setiap diri setiap manusia. Katakan jika anda merokok sekotak sehari (lebih kurang RM5), jika sebulan, secara kasarnya anda menghabiskan RM150 untuk rokok sahaja.

Jika anda dapat menahan untuk berhenti merokok selama 2 bulan 15 hari, anda sudah dapat menghadiri seminar perniagaan internet SaifulSham.

Jadi, mudah sahaja bukan!

Jumpa lagi.