Sebuah kisah……
Hello pembaca SaifulSham,
Dalam sebulan yang lalu, saya bertemu dengan saudara jauh saya, dan kebetulan bertemu, kami berborak-borak dan bertanya khabar. Usianya sebaya dengan saya. Jadi, dalam kesempatan itu, saya bertanya kepadanya, apakah beliau sedang praktikal di syarikat ayahnya bekerja. (Ayahnya merupakan bekas CEO sebuah anak syarikat DRB-HICOM)
Saya berkata, sudah tentu hebat dapat membuat praktikal di sebuah syarikat konglomerat terkemuka negara, DRB Hicom. Saya tersengih-sengih, cuba nak cucuk-cucuk line, kot-kot dapat minta tolong bapanya bantu saya untuk memohon praktikal disana. Dan beliau ketawa terbahak-bahak…
“Ish, mana ada, dia dah letak jawatan..baru seminggu lepas..”
“Wah, tiba-tiba je letak jawatan, kenapa?”
“Kau tau la, sekarang ni DRB-HICOm tu milik Syed Mokhtar Al-Bukhari. Jadi, bapak aku kerja sebelum Syed Mokhtar tu beli share dalam DRB-HICOM, jadi, faham-faham ajala dunia korporat. Tuan yang mempunyai share terbanyak dalam syarikat tu, sudah tentu akan meletakkan orang kepercayaannya menerajui syarikat tu. Jadi, bapa aku berundur dululah sebelum kena pecat…hehehe”…
Oh…begitu ragam dunia korporat. Saya ingatkan cerita-cerita drama Melayu sahaja seperti itu.
Itulah realitinya. Jadi, saya bertanya kepadanya lagi; Apa perancangan bapanya selepas ni (dalam hati, ish2..terbantut nak suruh minta tolong)..
“Die duduk rumah, dia guna duit pencen tu membeli hartanah. Gunakan untuk menubuhkan syarikat sendiri, bla, bla…”….
Saya diam, saya berfikir kembali….
Saya terperasan satu perkara, bapanya memang seorang yang sudah bersedia untuk meletakkan jawatan. Memang sudah menyediakan pelan secukupnya.
Dan, bapanya mempunyai multiple stream of income. Itu yang menyebabkan beliau tidak takut untuk meletakkan jawatan.
Saya melihat kembali kepada bapa saya, beliau juga mempunyai multiple stream of income. Disamping pelaburan hartanah, bapa saya mempunyai pendapatan dari MLM, dan melalui duit pencen bulanan.
Dan paling penting, sebelum bapa saya meletak jawatan sebagai akauntan dahulu, memang beliau sudah menyiapkan pelan, akan apa yang beliau akan lalui 5,6 tahun mendatang.
Saya menyusur kembali kehidupan masyarakat. Saya memahami suatu perkara….kebanyakan masyarakat kita selesa untuk hidup dengan makan gaji dan mengharap kepada satu punca pendapatan.
Kita tidak ada persedian untuk perubahan. Persedian untuk melakukan sesuatu yang lebih baik. Realitinya terlalu ramai.
Saya sendiri mengalaminya. Begini kisahnya:
Ramai rakan saya tahu bahawa saya mempunyai perniagaan internet sendiri. Ada antaranya melabelkan saya gila duit. Ada yang melabelkan saya orang yang hidup hanya memikir duit,duit,duit.
Walhal, saya tidaklah sebegitu, saya hanya menyedari hakikat bahawa hanya perniagaan antara cara mendapatkan kebebasan kewangan.
Tetapi ramai kalangan pelajar seusia saya tidak dididik untuk memahami konsep ini. Mereka membelanjakan wang biasiswa sesuka hati. (Saya sendiri pada awal masuk universiti, saya tergila-gilakan barangan berjenama, saya juga tergilakan telefon bimbit, kereta). Saya tiada kesedaran untuk memahami bagaimana wang itu datang dan bagaimana untuk membelanjakannya.
Wang biasiswa hanya datang pada awal bulan dan akan kehabisan sebelum tiba wang biasiswa baru. Dan akhirnya, saya terpaksa meminta bapa saya menambahkan wang saku.
Tetapi selepas apa yang saya lalui sebagai usahawan internet mengajar saya bahawa, kehidupan tidak seindah yang difikirkan. Kehidupan bersuka ria hanya tiba apabila wang biasiswa masuk dan hidup terseksa apabila ianya semakin surut.
Percaya atau tidak, sesetengah rakan saya berhutang beribu-ribu dari rakan-rakan yang lain hanya kerana kereta. Duit biasiswa dihabiskan untuk itu.
Kalau saya bertanya, beliau akan menjawab…”Its is about passion, you are business minded people, never get to know it…”
Percayalah, ragam seperti ini, akan terbawa-bawa ke alam pekerjaan jika kefahaman mengenai pentingnya budaya niaga dan pengurusan kewangan tidak diterapkan dalam diri pelajar.
Ramai antara rakan saya sudah bersiap sedia untuk menjadi jurutera. Angan-angan begitu indah, kalau boleh semuanya ingin menggantikan Tan Sri Hassan Merican (CEO Petronas). (mahu sahaja saya beritahu mereka, untuk menjadi CEO syarikat, kenalah belajar perniagaan dan pengurusan kewangan, kalau tidak, bankruplah Petronas nanti)..
Pemikiran seperti ini, akhirnya akan terbawa ke alam pekerjaan, dan sebab itulah ramai antara kita, walaupun berkelulusan Master, Phd, hanya suka bekerja makan gaji. Cukuplah dari satu punca pendapatan.
Untuk hidup dengan kebebasan kewangan, kalau tidak seperti Warren Buffet pun, kalau tidak seperti Syed Mokhtar pun, perkara utama adalah pengisian minda.
Teringat kata-kata seorang yang popular, “Sebelum menjadi jutawan, kita harus mempunyai minda jutawan”.
Saya ada satu lagi cerita:
Seorang Upline MLM bapa saya, walaupun mempunyai kebebasan kewangan, tetapi saya tidak nampak beliau mempunyai pengurusan kewangan yang baik. Beliau mempunyai pendapatan RM200k sebulan, dan baru-baru ini telah membayar RM40k untuk mendapat darjat kebesaran Dato’ (psst,,,tutup cerita, nanti saya dibuang negeri). Harga keretanya pun sudah mencecah RM1juta. Plat kereta sahaja bernilai RM8k.
Tetapi silapnya, beliau masih menghuni dirumah lamanya (rumah kayu setingkat). Saya nampak, kejayaan dalam MLM yang diperolehi beliau digunakan untuk pelaburan yang tidaklah baik bagi saya (mungkin beliau tidak kisah kerana gajinya terlalu cukup).
Bagi saya, beliau tidak tahu menguruskan kewangan dengan bijak walaupun berpendapatan besar. Saya teringat kata-kata Milan Doshi dalam bukunya…
“Orang yang tidak mempunyai asas minda seorang jutawan, apabila menerima durian runtuh, biasanya kekayaannya tidak sampai untuk banyak generasi…
Selalunya..
Generasi pertama akan membina kekayaan
Generasi kedua akan cuba mengekalkannya
Generasi ketiga akan menghancurkannya
Generasi keempat akan membinanya kembali
____________________________________________________________________
Begitulah pentingnya mempunyai minda seorang jutawan! Jumpa lagi….


June 30th, 2006 at 6:07 am
Wahhh, panjang betul yer tulisan kali ni.. Tapi best! Saya baca sampai abis.. Hmm, satu part yang suka saya petik”
“Ada yang melabelkan saya orang yang hidup hanya memikir duit,duit,duit”.. Haha, yang ni saya pernah kena sound dgn kawan. Tapi saya jawab balik: “Awak tahu ke baca hati saya?”. Terkedu dia.. hehe, budak2 u ni kebanyakan tak terbuka minda nak berniaga. Kalau boleh, diaorang anggap kita ni buat lawak bila cakap pasal bisnes.. Hmm, xperlah, moga mereka dapat keje besar2.
Pasal multiple streams.. It’s very important. Wajib kena ada.
Dan minda jutawan, yes, kena ada.. Jutawan yang berfikiran jauh.
June 30th, 2006 at 7:50 am
Jutawan… Kebanyakkan orang ramai tidak berfikir untuk menjadi bebas kewang sejak dari muda lagi… Muahahhaa
June 30th, 2006 at 9:01 am
saya setuju sebenarnya kita tidak diajar secara formal bagaimana urus kewangan flashback masa sekolah rasanyer tak de kot…cuma ibubapa jer yg ajar tapi secara tak formal atau dalam bentuk kiasan tidak secara details contoh ibu saya selalu ingatkan saya jgn membazir, simpan duit, tak perlu jgn beli…tapi kita yg baru nampak dunia tak nampak semua tu bila dah ada tanggungjawab besar kewangan pun runcing….hii hi baru teringat
June 30th, 2006 at 10:22 am
kebanyakan budak2 u ni mmg camtu..kita buat bisnes ape2 masa tgh blaja, dieorg kata kita gila duit. tp dieorg pun berangan2 nk jadi kaya. kononnya selepas abis blaja nk keje (makan gaji) yg best2, pas2 leh jd kaya. tp dieorg x tau lg dunia pekerjaan camne…huhu.
tp harap2 suatu hari nanti mereka2 ni t’buka gak hati dan minda untuk buat bisnes..sbb dunia bisnes ni sbnrnye luas….
June 30th, 2006 at 11:01 am
Ya betul tuh tazamfn. Saya sendiri banyak belajar+set mind pasal bebas kewangan nih daripada pembacaan buku dan internet. Kalau tak…. maybe jadi cam kawan2 tuh. Tapi, kebanyakan kawan2 saya kat sini (UIA) mmg open pasal bisnes nih. Pendek kata, bisnes is not a taboo la kat sini.
Sangat setuju dengan quote ini:
new entry: Teknik Menulis Isi Website di blog saya
June 30th, 2006 at 2:02 pm
betul2.. saya setuju dengan robotys. Sebenarnya dari statistik pelawat, pelawat dari UIA lah antara group terbanyak yang melawat SaifulSham.com
Tahniah students UIA! Respek!
July 2nd, 2006 at 12:05 am
saya selalu kena cam ni,
“bisnes internet? adsense? MLM online? Bisnes ko ni tak berpijak di bumi nyata, baik ko pegi cari keje lagi baik!”
begitu la setiap kali saya mengutarakan pendapat saya mengenai peluang tambah pendapatan SELAIN makan gaji kepada rakan sebaya di universiti…