Sebenarnya saya masih belum tiba masa yang sesuai untuk menutup bulan Ramadhan ini, kerana hari raya dijangka jatuh pada hari Selasa, lama lagi, 3 hari. Amboi, beraya sakan nampak, semua tutup kedai awal… :)

Tapi tidak mengapa, memandangkan saya sendiri akan balik ke kampung (rumah), saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua pembaca SaifulSham, khususnya protege-protege kami, dengan ingatan kepada sesiapa yang “berhutang” assignment tu, jangan lupa ya :)

Kami juga ingin menyusun sepuluh jari memohon kemaafan andainya terkasar bahasa, tersalah eja, terlalu keras menegur ataupun apa jua kesalahan yang kami sengaja lakukan ( ;) ) ataupun yang tidak disengajakan, sesungguhnya kami tidak lari dari melakukan kesalahan.

Raya kali ini membawa pengertian yang sangat besar kerana SaifulSham telah melangkah jauh dalam tempoh setahun ini, satu pencapaian yang kami sendiri tidak pernah impikan. Diharapkan langkahan gemilang ini akan diteruskan pada tahun hadapan dengan lebih jauh dan diiringi kejayaan-kejayaan protege-protege Seminar Rahsia Buat Duit Dengan Internet kami.

Semoga kejayaan, kebahagiaan dan rahmat Illahi menjadi milik kita semua.

Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Batin.

Sabri & Syazwan,
b/p Team SaifulSham,
The Buzzin’ & Rockin’,
Malaysia’s #1 Entrepreneurhship Portal,
SaifulSham.com