Seorang Pelakon dan Penyanyi Malaysia Terkena? 99% Pasti!
 Saya sedang membelek-belek surat khabar di kedai sebuah kedai mamak kegemaran saya (kerana mamak tersebut baik) sambil makan roti nan tatkala saya terbaca mengenai seorang artis yang sedang melakukan perniagaan secara e-dagang bersama suaminya.
Saya pun tertariklah. Kerana dunia perniagaan Internet ini kecil sahaja. Playersnya memang mudah untuk dikenali, bolehlah dikatakan, berkocak air di Kuala Lumpur, ombaknya sampai ke Tronoh ni
Afdlin, KRU, Hijjaz dan lain2 penyayi nasyid saya maklum, tapi, saya tidak pula pernah mendengar mengenai aktiviti artis ini online.
Lalu saya membaca “terbaca” dengan lebih lanjut (saya jarang baca bahagian hiburan. Sungguh, “terbaca!”)
 Mulanya saya ingat ini beliau memang melibatkan diri dalam edagang, namun setelah terbaca hingga setengah artikel tersebut, saya ingatkan beliau dah menjadi mangsa Trend Naik (bukan nama sebenar). Namun, apabila saya baca hingga habis, rupa-rupanya beliau terang-terang mengaku bahawa beliau menyertai satu skim pelaburan di samping menarik ahli di bawahnya.
Alamak! Ini program salah! :)
Saya harap, ada orang yang boleh menyampaikan Laporan Percuma Skim Cepat Kaya Internet Disiasat oleh Team SaifulSham (boleh didapati dibahagian download) kepada artis ini secepat mungkin.
Jika anda belum membaca laporan tersebut, maka anda juga perlu dapatkannya. Percuma. Jangan jadi mangsa.


August 9th, 2006 at 5:56 am
em bahaya betul..dah la artis, boleh mendatangkan pengaruh yang besar kat sesapa yang artis tu ajak. sng la dia.. emm.. bahaya ni.
August 9th, 2006 at 7:31 am
kawan abang saya, baru sahaja kerugian RM10K sebab invest dalam Studio Traffic. Jam 3am tadi saya dapat sms daripada abang saya bagitau hal ni.
August 9th, 2006 at 8:07 am
Aku selalu di datangi e-mail misteri. E-mel tersebut menyuruh aku melabur RM 10 dan diagihkan kepada 5 orang (RM2 seorang). Pastu aku kena cari orang yang boleh memberi aku RM2. E-mail misteri tersebut juga menggunakan ayat2 penarik seperti “JADILAH JUTAWAN SENYAP” dan memetik kata2 Robet Kiyosaki yang disalah tafsirkan “KALAU NAK MENJADI KAYA, KENA MEMBERI” (lebih kurang macamtu la). Setelah membaca laporan Skim Cepat Kaya Internet Disiasat oleh Team SaifulSham dapatlah aku tahu bahawa skim tersebut harus dijauhi….
p/s: Jangan Biar Hidup Anda Diselebungi Misteri… (tangan kena angkat skit paras dada dan lanjurkan ke depan). Huhuhuh
August 9th, 2006 at 9:39 am
betul tu…orang sekarang mudah tertarik dengan skim yang senang lenang “duduk saja, duit akan masuk”..”lepak je”….sesuatu perniagaan dikatakan skim piramid apabila die takde produk nak jual bkn kerana strukturnya. Organisasi syarikat pun piramid tp sah.Sesuatu yang betul2 baik untuk perniagaan biasanya internet bisnes,MLM (yg betul2 sah, and ada produk untuk dijalankan) dan seangkatan. Tiada jalan mudah, tapi tidak sesukar mana jika kita buat dengan penuh usaha dan semangat kental..
Blog-faliqhazwan.blogpsot.com
August 9th, 2006 at 11:18 am
dah baca dlm paper… ifa raziah ni…
dia ckp ramai kwn dia yg dah kaya…
saya memula nak pastekan dlm wangcyber, tp dah ada kat sini tak jd la…
August 9th, 2006 at 11:54 am
Janganlah terlibat piramid2 ni, buatlah bisnes yang nyata… pendapatannya pun nyata…
August 9th, 2006 at 11:55 am
erm, tu ifa raziah ke?heheh sy tak “terbaca” ruangan hiburan tu (jgn marah saifulsham),tp pernah terbaca iklan kaki kat newsletter irfan khairi,pasal team fifi (personaliti tv3),sekali baca macam binary system,tak layan sangat sbb pelaburan besar,makan ratus jugak la,fifi claim dia dapat rm7k dlm mase few month,erm samade fifi betul2 join atau fifi dibayar sbb nak pakai nama dia=”team fifi”,ntah la
August 9th, 2006 at 12:19 pm
Skim Piramid ni bagus untuk orang yang awal2 masuk je! Yang last2 tu gerenti gigit jari je
Kesimpulannya: JAUHILAH SKIM PIRAMID ATAU SKIM CEPAT KAYA!!!
August 9th, 2006 at 12:34 pm
saya mmg dah agak dah ada yg xkena dgn knyataan artis tersebut..
Agaknya mgkin mereka masih xtau apa yg mereka jalankan adalah salah..
Inilah kesilapan pengguna internet
August 9th, 2006 at 1:40 pm
yang pasti pengaruh mereka akan memberi efek terhadap perniagaan internet yang lain, terutama efek negatif bila ada yang tak puas hati. Imej seorang internet marketer akan turut terjejas.
August 9th, 2006 at 3:01 pm
perniagaan apa yg artis tu joint ye?
August 9th, 2006 at 3:16 pm
Ada juga terbaca pasal artis ni..agaknya dia main swisscash kut..harap2 dia cepat sedar..orang melayu bila nak berubah..
August 9th, 2006 at 4:21 pm
Sbnarnya 99.999% lagi kajian menunjukkan lebih ramai lagi artis di Malaysia menyertai bende2 mcm ni..
Susahnya nak menyedarkan mereka..
August 9th, 2006 at 4:40 pm
Rasa2 nya tau saper artis tu.. tapi mereka (refer kat artis) mempunyai satu asset yang amat berguna untuk mencari pengaruh orang ramai untuk menyertai mereka iaitu populariti. So, x kiralah cara menipu atau tidak pastinyer ramai akan terpengaruh berbanding orang kebanyakkan yang mempromosi. Alahai artis…
August 9th, 2006 at 5:22 pm
nak tanya la, cuba korang pegi http://... selamat ke tu yer? ada member masuk. ok ke tidak tuh?
August 9th, 2006 at 6:32 pm
maybe sekarang mereka menggunakan artis bagi melariskan ‘produk’ mereka…
August 9th, 2006 at 7:47 pm
Ish2, ada emel artis tuh tak? Jom kita send kat dia laporan Scam Skim Cepat Kaya Saifulsham kat mereka2 yang malang nih.
Pikir2 balik, rasanya nak jer saya wat website khas dengan keyword2 yang famous seperti S***c**H , P*****S*****R dan keyword2 skim cepat kaya yang lain pastuh SEO bagai nak rak supaya mereka2 yang searching keyword2 tersebut masuk website saya tuh and then sedar apa yang mereka lakukan adalah salah.
Hmm, idea yang bernas! (puji diri sendiri, heheh
)
Kalau Tokoh2 bisnes internet seperti Irfan Khairi turun padang and cerita pasal betapa salahnya program2 buat duit di internet ini barulah masyarakat nak sedar. Irfan khairi kan famous..
August 10th, 2006 at 2:25 pm
hmmm…..btol ke ‘trend naik’tu program yg salah???
August 10th, 2006 at 3:09 pm
huhu… cuba semak di forum wangcyber.com, kami telah membincangkannya dengan panjang lebar
August 11th, 2006 at 3:42 am
slalunye org senang kena tipu sbb bnyk trmakan janji2 manis yg palsu.. benda yg btul plak susah org nak percaya dan mungkin leceh bg mereka agaknya.. dah lumrah manusia agaknya.. bila nak sesuatu, nak tang2 tu jugak.
August 11th, 2006 at 5:12 pm
Bukan senang nak kaya TAPI
lagi senang kena TIPU.
Semoga lebih ramai yang sedar SCK itu adalah berdosa.
Untuk Komen,Jawab: Berapakah 7 tambah 8? = 78:)
September 12th, 2006 at 9:00 am
Nak tanya, Irfan Khairi tu mengiktiraf skim piramid ke? Kenapa dlm newsletter dia promote teamfifi.com tu? Memang terang2 teamfifi tu adik beradik Trend Naik, KingPrepaid, E-Rofa(semua bukan nama sebenar) dan sewaktu dgnnya…Confius gak ni..Otai pun dah iktiraf..bole join la kut..apa pandangan anda?