Dan Kennedy Perniagaan Internet Atas permintaan ramai maka hari ini saya akan berkongsi satu tips untuk menulis blog yang popular. (Hari-hari lain kita akan share tips2 lain pula.. Jadi, lawat2 lah selalu ya…. ;) ) Pertamanya ingin saya ingatkan, menulis blog popular adalah seperti makan nasi. Untuk makan nasi, ada banyak cara contohnya, makan menggunakan tangan, meggunakan sudu, chopstick dan bermacam ragam gaya makan lagi. Jadi hari ini kami akan berkongsi gaya menulis blog berdasarkan pengalaman SaifulSham sendiri.

Blog-blog SaifulSham pula terbahagi kepada 2, blog perniagaan (makanan Search Engine) dan blog sumbangan kami kepada masyarakat (untuk bacaan manusia & juga makanan Search Engine). Beza kedua-dua jenis blog ini, blog perniagaan kami update dengan menggunakan artikel-artikel orang lain, tujuannya semata2 sebagai pendrong pelawat untuk ke laman web membeli belah.

Tapi, untuk menjadi blog yang popular, kita perlu blog komuniti. Blog yang menarik pembacanya untuk datang dan datang lagi, seperti SaifulSham.com . Sudah tentunya, untuk blog-blog yang “sticky” seperti ini, anda perlu memberi sebab, kenapa pembaca kita perlu melawat blog kita setiap hari. Apakah faktor WIIFM blog anda, atau dalam ayat panjangnya, What In It For Me? Jika boleh, pukau mereka supaya sakit perut atau bermuram durja jika tidak membaca blog anda setiap hari. :p Selalunya, cara paling mudah selain dari berkongsi maklumat terbaik adalah dengan mewujudkan sedikit unsur hiburan dan humor. :)

Tips pertama adalah blog anda perlu ada personaliti. Be your better self!

Ia ditulis dengan idea original dan bukan semata-mata copy & paste artikel orang lain. Bukan tidak boleh untuk copy & paste artikel orang lain, tetapi artikel dari anda sendiri mesti lebih dominan sebab inilah identiti blog anda. Di samping itu, anda mestilah mempunyai gaya bahasa yang konsisten supaya pembaca dapat “relate” dengan anda.

Contohnya, jika anda membaca blog ghairah Shuth, perut anda memang tidak akan henti digeletek, sementara jika anda membaca blog Smartusaha pula, beliau lebih cool dan berhikmah. Alang? serius. SaifulSham? Kami cuba untuk menjadi semi-profesional, gaya bahasa yang ringan tetapi mempunyai pengisian yang bermanfaat.

Oh ya, menyentuh mengenai personaliti, anda juga perlu berpersonaliti positif. Jangan marah-marah (sekali sekala tak apa lah) kerana khuatir jika anda selalu sangat mengkritik, memerli dan mempertikaikan pendapat orang lain, sikap negatif itu akan terpalit kepada pembaca anda dan mereka jadi tidak seronok. Tersenyum ketika menulis! :)

Tips 2: Selalu kemas kini (update) blog anda

Untuk memberi satu alasan kepada pembaca blog anda untuk sentiasa datang (dan juga menarik perhatian Search Engine) anda perlu sentiasa mengemaskinikan blog anda. Usahakan untuk sekurang-kurangnya seminggu 5 kali. (apa? banyak sangat?) Untuk pengetahuan anda, banyak juga blog terkemuka luar negara yang diupdate 5 kali sehari, kita pula nak mengeluh 5 kali seminggu banyak? ;)

Biar saya share cerita Syazwan. Tahukah anda, setahun lepas, Syazwan pernah menganggap menulis blog seperti SaifulSham.com ini membuang masa. Beliau menganggap ia tidak berfaedah dan sia-sia. Mujur ketika itu saya sudah mempunyai blog peribadi sendiri dan saya tahu faedah menulis blog dan saya berkeras juga untuk meneruskan SaifulSham. Cuba tanya Syazwan sekarang, apa pendapat beliau jika saya tidak menulis untuk SaifulSham selama sebulan? Mau mengamuk dia… Jadi jika anda rasa blog ini remeh dan bersifat picisan, usah risau, anda tidak keseorangan. ;)

Blog adalah PELABURAN untuk membina branding dan online presence anda. Jika anda masih tidak mempunyai blog tetapi bercita-cita untuk mempunyai website sendiri, anda wajar memulakannya sekarang! 

Kita telah menyentuh perkara asas, dalam sesi 2, kita akan membongkar lagi rahsia blog yang popular…