Blog Laman Web Perniagaan Internet Ramai orang menganggap blog adalah blog, dan laman web adalah laman web. Ini adalah antara faktor yang menyebabkan blog agak lambat disambut meriah oleh usahawan internet, baik luar negara mahupun Malaysia. Mereka menganggap, blog adalah diari online untuk remaja,cuma satu trend ataupun “fad” yang akan pudar jua satu hari nanti.

Sebenarnya, walau apa jua istilah dan definisi teknikalnya, anda perlu menganggap blog adalah sebuah laman web, cuma ia dalam bentuk yang paling mudah. Apa jua langkah promosi yang anda lakukan untuk sebuah laman web PERLU dilakukan untuk sebuah blog. Sesetengah penulis blog mengambil mudah hal ini dan menyerahkan semata-mata kepada anggapan bahawa blog lebih mudah disenaraikan di enjin carian berbanding laman web biasa.

Tips ke 3: Senaraikan blog anda di sebanyak mungkin blog direktori & direktori dan dapatkan sebanyak mungkin link ke laman web anda. Jika anda belum mendaftarkan blog anda di laman direktori blog seperti Blogwise, Blogarama dan lain-lain, Do It Now! 

Usaha untuk SEO blog perlu lebih dari usaha SEO laman web biasa, kerana peluang untuk mendapatkan one-way link buat blog lebih besar dan terbuka.

Cara untuk mencari blog direktori? Search “blog directory” di enjin carian Google… ;)