Smart Pricing Technique
Hello pembaca SaifulSham (ingat, ini pos Syazwan ya~),
Hari ini, saya tidak akan menulis mengenai asas-asas dunia saham. Saya akan menyambungnya di lain hari (don’t worry, we have lots of time to learn, lots of time to invest). Tidakkan lari gunung yang dikejar.
Selepas 4 siri seminar RBBDI SaifulSham di Times Square pada tahun 2006 (kami akan menyambung kembali siri seminar pada akhir tahun ini), dan selepas saya menerima feedback daripada bekas peserta, ada antara mereka telahpun siap sebuah laman web tetapi masih keliru dalam meletakkan harga bagi produk mereka.
Disebabkan keliru itulah yang membantutkan laman web mereka menjadi sempurna (hanya tinggal part pricing sahaja!).
Alasan paling menarik didengari saya :
Masalah persaingan, baru pertama kali menceburi perniagaan internet, takut tidak dibeli oleh pelawat laman web, dan bermacam ribu jenis alasan.
Dan saya dapati, kebanyakan dari orang yang mempunyai masalah sebegini memikirkan mereka mempunyai jawapannya sendiri, hendak tahu apakah jawapan golongan ini?
“Kita tanya Team SaifulSham berapakah harga untuk produk kita ini diletakkan”!!!
Ini bukanlah sebuah penyelesaian terbaik dengan menanyakan kami soalan sedemikian kerana kami bukanlah orang yang pakar dalam meletakkan harga bagi produk anda.
Produk anda, anda sendiri tahu apakah harga yang paling baik untuknya!
Tetapi disebabkan masalah-masalah diatas membuatkan anda masih meragui dalam memberikan harga untuk produk anda, baiklah, saya akan memberikan anda sedikit tips untuk memberikan panduan yang jelas kepada anda.
- Lihat harga standard industri
Anda tidak boleh lari jauh dari harga standard yang diletakkan industri anda tanpa sebarang alasan kukuh.
Sebagai contohnya: Walaupun kebanyakan eBook diinternet dijual pada harga USD 97, adalah tidak bijak untuk anda menjualnya hanya dengan USD 10!
Anda nampak seorang hero apabila cuba menjadikan sesuatu terlalu murah tetapi sebenarnya anda tidak sedar bahawa orang sanggup membayar pada harga USD 97. Mengapa anda perlu memberikan alasan menjual USD 10 sedangkan anda mampu meraih USD 97!
Ingat perkara ini: “People are willing to pay for the quality”
Sabri Tambah: Secara amnya ya, Syazwan memberikan contoh market luar negara, jika anda ingin memasarkan ebook anda kepada rakyat Malaysia dengan harga US$97 (3.5X97), fikir masak-masak!
Anda juga mungkin akan melihat banyak penjual dengan harga berbeza-beza, ada yang mahal dan ada yang terlampau murah. It’s depend on your marketing strategy. Maksud Syazwan di sini, untuk meletakkan harga pun anda perlu strategi dan research! Jangan mengorbankan diri tanpa sebab.
- Pesaing anda
Ya, ini soalan yang paling banyak dirungutkan kepada saya.
Seorang bekas peserta seminar menyoal saya, “Syazwan, saya sudah buat research, dan saya dapati, harga untuk produk saya tidak stabil. Di sesetengah laman web, ia dijual pada harga USD 99. Di laman web yang lainnya, ia dijual hanya USD 27, dan ada juga dijual USD 5. Ini satu kerja gila untuk saya”.
Saya menjawab: “Sebelum anda menjadi gila, biar saya beritahu anda. Mengapa harus anda menjadi gelisah hanya dengan perkara sebegini.
Sebetulnya, diinternet, terdapat beribu-ribu orang yang menjual produk seperti anda. Cara paling baik, adalah melihat pada majoriti harga yang diletakkan oleh pesaing anda. Jika secara majoriti dari pesaing meletakkan harga USD 99, maka anda tidak haruslah menjadi pening kerananya. Letakkan harga dalam lingkungan tersebut.
(sekarang, saya sudah beritahu apa yang saya ingin beritahu, silalah menjadi gila!p)
- Kos
(Nanti, anda belum boleh menjadi gila. Saya ada lagi perkara ingin diberitahu ;p) Ada satu lagi isu mengenai harga iaitu kos anda. Kebanyakan dari orang yang baru berjinak-jinak dalam perniagaan internet selalu membuat kesilapan sebegini.
Disebabkan keghairahan untuk menjadikan semuanya murah (dengan harapan Amazon akan jatuh tersungkur, pesaing lain akan gulung tikar) tetapi pada akhirnya, mereka sendiri yang gulung tikar.
Kadangkala kos yang diserap anda terlalu tinggi dan anda hanya ingin menjadi wira dengan harga yang tidak munasabah.
Jadi, kiralah sebenarnya berapa kos anda. Jika anda menjual eBook, jangan dikata jika anda menjual USD 97, maka USD 97 itulah keuntungan anda. Tidak semudah itu.
(Usaha dan masa anda juga harus dinilai!)
Contoh terbaik untuk membuatnya, sila lihat AirAsia!
Walaupun AirAsia dikatakan syarikat penerbangan tambang murah, mereka bukanlah semurah disangka.
Kalaulah semua tempat duduknya diletakkan pada harga RM9.99, maka saya jamin, AirAsia adalah syarikat paling pantas berkembang didunia dan paling pantas sekali gulung tikar!
——————————————————————-
Saya sudah menjawab sedikit sebanyak mengenai kaedah meletakkan harga bagi produk anda. Jadi, selepas ini, pasti tiada masalah bukan!;p
Ok, baiklah, buat pelajar kelas Saham bersama saya, kita akan sambung kelas kita pada pos saya akan datang. Jadi, sila datang ya!
=============================================
Quote Syazwan SaifulSham:
“Jangan takut pada harga yang tinggi jika produk anda berkualiti. Jika anda menyukai seorang gadis (pastinya berkualiti pada pandangan anda), dan ingin menyuntingnya sebagai teman hidup anda, anda pasti sanggup membayar seberapa mahal harga yang anda mampu untuk memilikinya!”
 ============================================


September 26th, 2006 at 12:30 am
ahaha..terasa sgt ngan pos ni..ok lah..awal2 kene letak murah dlu nnt xde order..dah stabil nnt boleh la angkat sket..salah satu teknik super-branding kan tu..hehe..thnax for da info bro syazwan..
September 26th, 2006 at 5:43 am
wa aku suka Quote Syazwan betul tu…. sanggup bayar berapapun…
September 26th, 2006 at 7:14 am
Quote Syazwan SaifulSham:
“Jangan takut pada harga yang tinggi jika produk anda berkualiti. Jika anda menyukai seorang gadis (pastinya berkualiti pada pandangan anda), dan ingin menyuntingnya sebagai teman hidup anda, anda pasti sanggup membayar seberapa mahal harga yang anda mampu untuk memilikinya!â€
ahaks…saya suka statement yang nie. kenyataan hidup. |o|.
Oh, kalau jual ebook Malaysia macam mana pula ya. Ada 70, ada 50
September 26th, 2006 at 8:26 am
Quote Syazwan SaifulSham:
“Jangan takut pada harga yang tinggi jika produk anda berkualiti. Jika anda menyukai seorang gadis (pastinya berkualiti pada pandangan anda), dan ingin menyuntingnya sebagai teman hidup anda, anda pasti sanggup membayar seberapa mahal harga yang anda mampu untuk memilikinya!â€
Aku suka ayat ni…oh paris hilton ku.Bila agaknya blh kuar minum2..
September 26th, 2006 at 9:54 am
huh!!! tip yang memang panas …itu yang kita cari ..thanks guy ..
tapi statement yang kat bawah tu lagi panas…hehehehe
September 26th, 2006 at 12:51 pm
Dari pengalaman saya,elok buat survey lepas tu compare antara paling mahal dengan paling murah.Lepas tu kita ambil harga tengah-tengah.So,nak kata mahal sangat pun tak.. murah sangat pun tak.
September 26th, 2006 at 1:15 pm
memang bertepatan sekali… kita kena berani letak harga.. yelah.. harga kita mestilah boleh menampung kos…
Kalau kos dah RM1000 takkan kita nak jual RM1001 huhuhuu mana pergi untungnya??
September 26th, 2006 at 3:35 pm
kena pandai2 lah letak harge..jgn sampai kite lak yang xde untung nye..
September 26th, 2006 at 6:22 pm
Apa yang pasti jika targetmarket malaysia..Jangan letak harga terlalu mahal..Letak harga yang orang kebanyakan mampu bayar.Range diantara rm30 hingga rm70 je..kalo terlampau tinggi,pasti ada yang mempersoalkannya..
Orang kita masih tak dapat terima benda yang dirasakan terlalu “mahal” bagi kita.
Kalo market luar negara,it’s ok kalo letak $97 sebab bagi mereka ia dikategorikan sebagai murah dan berpatutan.
September 26th, 2006 at 7:52 pm
Kita perlu mengaut keuntungan.. ingat wang untuk buat wang bukan untuk menambah kerugian -_-”
September 26th, 2006 at 9:01 pm
Smart pricing perlukan smart brain juga kan….
tapi tak perlu smart face… hoho…
Selain dpd itu, smart brand, smart quality, smart web site… hehe…
September 26th, 2006 at 11:00 pm
Memang..kalau jual murah sgt memang rugi sebab ada pembeli yg sanggup membeli dgn harga yang tinggi.
October 2nd, 2006 at 11:48 pm
kalau letak harga rendah dapat sambutan tinggi, takpe. kira dapat untung banyak juga. yang menjadi masalahnya, letak harga rendah tapi sambutan sama semacam harga mahal, ni yang gulung tikar ni…
October 3rd, 2006 at 12:02 am
ye tak ye jugak…..
February 23rd, 2007 at 8:38 am
Salam to all!
Just curious, kenapa orang yang jual e-book slalunyer tak sebut bape muka surat e-book dia tu? As a user, saya selalu tertanya2, adakah harga yang diletakkan tu bersesuaian dengan jumlah muka surat (sebagai kayu pengukur secara general tntg ISI e-book tersebut).
November 11th, 2008 at 5:51 pm
fulamak..cayalah