Semalam saya baru sahaja membaca majalah Ekonomi terbaru keluaran Kumpulan Karangkraf untuk edisi May 2006. Ehem,ehem, nampaknya abang irfan dan tuan azizi ali semakin membanjiri artikel-artikel dalam majalah tersebut. Hehe. Hebat kerjasama anda dengan Kumpulan Karangkraf, win-win situation kata orang.

Sebetulnya, saya sudah menjadi pembaca setia majalah ekonomi sejak 2 tahun yang lepas. Kupasannya bolehlah dianggap menarik tetapi saya masih menagih sesuatu yang lain dari majalah tersebut.

Mungkin namanya Ekonomi, majalah ini lebih bersifat korporat, maknanya kebanyakan artikel dalam majalah tersebut lebih menjurus ke arah dunia korporat. Kadangkala ianya menjurus kepada artikel yang ‘berat’ yang mungkin tidak berapa sesuai untuk golongan usahawan baru. Hanya pandangan peribadi saya selaku pembaca sejak 2 tahun lepas.

Namun, masih ada artikel yang baik dan sesuai untuk usahawan baru. Sebetulnya saya lebih gemar membaca majalah entrepreneur dari Amerika Syarikat. Saya sempat membelinya di KLIA pada tahun lepas dan isi kandungannya, amat-amat excellent.

Memang sesuai dengan tajuknya entrepreneur, walaupun segala tulisan adalah berkiblatkan situasi di Amerika, tetapi masih relevan dengan Malaysia. Banyak maklumat yang berguna dalam majalah tersebut.

Situasi ini tidak terdapat dalam majalah keusahawanan di Malaysia. Kebanyakan yang sempat saya beli beberapa majalah yang bertajukkan keusahawanan (maaf tidak boleh sebut), mereka hanya menumpukan kepada usahawan MLM semata-mata. Semacam usahawan MLM tersebut membayar kepada majalah untuk menyiarkan kisah mereka. Kisah pengalaman usahawan pula seolah-olah sama dengan edisi-edisi sebelumnya.

Sedangkan majalah entrepreneur menonjolkan tokoh usahawan yang pelbagai, bercerita tetang berbagai-bagai jenis perniagaan yang pelik-pelik yang kadangkala tidak saya terfikir. Mungkin belum sesuai dengan situasi di Malaysia tetapi isi kandungan majalah Entrepreneur memang saya sanjung tinggi.

Tetapi, masalah utama untuk mendapatkan majalah tersebut adalah harga dan tempat. Harganya mencecah RM29 satu edisi majalah. Memang agak mahal untuk rakyat kebanyakan, dan satu lagi puas saya mencari diserata tempat, susah untuk dijumpai majalah tersebut. Saya sudah teroka macam-macam MPH, Popular tetapi saya setakat ini hanya jumpa di KLIA sahaja.

Ok, lupakan seketika mengenai isu ini. Saya hari ini ada satu lagi buah tangan best untuk anda.

Baiklah, sementara Sabri berehat seketika sehari dua ini, saya mengambil kesempatan untuk menulis pula.

Kisah kali ini saya dapat dari pengalaman beberapa usahawan kecil di Malaysia yang mulanya kecil-kecilan dan kini boleh berbangga dengan pencapaian mereka.

Begini kisahnya, pada tahun lepas, saya pulang ke kampung nenek di Kota Bharu, dan bapa saya yang sudah menungu di lapangan terbang mengajak saya untuk makan di sebuah restoran terkemuka di Kota Bharu. Saya sememangnya tidak akan menolak kerana saya tahu, ajakan bapa saya selalunya tidak menghampakan.

Saya tiba ke sebuah restoran yang hanya menumpukan niche kepada nasi kerabu. Saya akui, saya peminat setia nasi kerabu walaupun saya hanya kelantan celup.Kalau anda tinggal di Kota Bharu, mungkin anda kenal restoran ini, Yati AYam Percik.

Saya hanya menjangkakan pada awalnya, restoran ini pasti sama sahaja dengan restoran lain. Apabila saya menjamu makanannya, memang top class nasi kerabu. Nasi kerabu terbaik pernah saya jamah sepanjang hidup saya.

Dan ketika makan, saya terpandang pada satu peti ais yang penuh berisi ayam percik. Saya tertanya, apakah hebat sangatkah restoran yang sederhana ini.

Kemudian bapa saya bercerita “Restoran ini milik seorang anak kelantan yang berjaya, nampak sederhana sahaja restoran ini. Tetapi tengoklah ayam percik dalam peti sejuk tersebut, semuanya adalah untuk pasaran eksport ke Kuala Lumpur.

Orangnya dulu bermula secara kecil-kecilan sahaja tetapi selepas sambutan hangat dari kebanyakan pelanggan termasuk luar kelantan, beliau membuka cawangan restorannya di Wangsa Melawati,Kuala Lumpur.

Setiap hari, sekurang-kurangnya sebuah lori penuh dengan ayam perciknya siap dihantar ke Kuala Lumpur. Hari ini, pemiliknya boleh dikatakan kaya raya”.

Panjang juga kisah bapa saya. Tetapi saya memang kagum dengan kisah usahawan kampung ini. Hebatnya memang hebat.

Saya tidak mengenali beliau tetapi cukup saya katakan bahawa beliau antara tokoh usahawan restoran yang berjaya di Kelantan. Seperti kata orang “Start Small, Finish Big!”

Maka, saya sebetulnya mahu membawa anda berfikir akan seuatu yang sama. Berniaga ini tidak semestinya perlu bermula dengan modal berjuta. Perlu bermula di kota raya besar untuk berjaya. Perlukan kakitangan yang ramai untuk cepat berjaya.

Sebetulnya, memang mulanya seorang usahawan adalah dengan perkara yang kecil. Terlalu banyak kisah usahawan berjaya yang saya baca dan semuanya bermula dari asas yang sama.

Saya rasakan, jika anda berhasrat memulakan apa jua bisnes, letakkan mind set bahawa 1 day, anda harus berkembang. Anda harus start small, finish big.

Ada juga sesetengah usahawan yang berjaya yang berpuas hati dengan pencapaiannya. Maka, golongan ini tidak mahu mengembangkan empayarnya atas alasan cukuplah rezeki ini. Bersyukurlah setakat ini. Terlalu kaya akan membuatkan diri lupa dan bermacam lagi alasan. Mereka berpuas hati dengan usaha mereka.

Memang banyak yang saya perhatikan seperti itu terutama di kalangan usahawan kita. Menjadi usahawan bukan bermakna setakat itu anda berhenti apabila sedikit berjaya. Sebabnya, hari ini jika anda masih mahu kekal seperti sedia kala(walaupun pendapatan anda lumayan), anda tidak tahu masa depan anda.

Anda tidak tahu nasib perniagaan anda pada masa depan. Hari ini, model bisnes anda mungkin diminati tetapi apakah nasibnya masa hadapan.

Saya masih ingat satu ketika dahulu, semua orang berebutkan menjadi kontraktor atas sebab pendapatan yang lumayan hasil dari projek-projek kerajaan. Kebanyakan kontraktor (selalunya kontraktor kelas F) hanya menunggu projek dari kerajaan. Ketika sebelum tahun 1997, ramai antara mereka boleh dikatakan kaya raya hasil projek diberikan kerajaan. Tetapi masalah utamanya, apabila mereka berjaya, mereka selalunya tidak berbuat apa-apa. Mereka tidak mengembangkan perniagaan pada tahap yang lebih tinggi. Mereka tidak mahu berdikari dari bergantung kepada projek kerajaan. Mereka masih terus bergantung.

Nasib menimpa apabila ekonomi melanda, ramai antara mereka yang gulung tikar. Hanya yang bijak dan pandai menguruskan perniagaan sahaja kekal bertahan. Sebabnya mereka mengamalkan prinsip start small and finish smaller.

Oleh sebab itulah pentingnya untuk kita belajar menjadi usahawan yang berdaya saing dan berfikiran ke depan. Bukan apa, sekarang semua orang bercakap mengenai globalisasi, dan apakah kita apakah maksud sebenar globalisasi.

Globalisasi menuntut kita untuk berkembang. Biarlah kita mula dari kecil-kecilan, tetapi kita akhiri dengan sesuatu yang besar/hebat.

 
Â