Tahukah anda…….
Hello pembaca SaifulSham,
Sudah beberapa hari SaifulSham.com tidak diupdate dengan informasi-informasi hot. Ke mana kami selama ini? Untuk pengetahuan anda, kami sedang bertungkus-lumus menyiapkan Saudagar.com.my versi 2 yang dijanjikan kami selama ini.
Mungkin hari ini atau esok, saudagar.com.my versi 2 akan di releasekan. Bergantung kepada keadaan, kami berharap lagi cepat, lagi bagus kerana kami ingin menumpukan pada laman web perniagaan lain pula.
Ok, baiklah, semalam juga saya sempat bertemu dengan seorang pembaca SaifulSham di bandak Kuantan, kebetulan beliau pernah bekerja dengan sebuah bank tempatan.
Saya tertarik akan satu pendedahannya….
Berumur dalam lingkungan 40-an, beliau menelefon saya untuk bertemu atas minat yang timbul selepas membaca buku “Rahsia Duit Dengan Internet”. Saya kebetulan memang bercadang keluar ke bandar bersetuju untuk bertemunya.
Beliau menceritakan sesuatu yang selama ini saya tidak jangkakan.
” Saya kagum dengan penulisan SaifulSham yang mengajar dan memberi pengetahuan mengenai bidang hartanah kepada masyarakat. Sebenarnya ramai masyarakat kita tidak tahu akan lumayannya industri hartanah.
Saya pernah bekerja dengan sebuah bank pusat di Kuala Lumpur dan saya tahu di mana bank-bank meraih keuntungan yang lumayan saban tahun”
Saya hanya terdiam dan mendengar lebih lanjut ulasan beliau….
Sebenarnya, pihak bank antara pelabur besar dalam industri hartanah kerana pakar yang menguruskan bank sudah lama tahu potensi pelaburan hartanah ini. Saya memberikan contoh, tahukah anda, jika anda simpan RM1 ini ke dalam bank, ke mana bank ini akan melabur?
Saya berikan RM 1 untuk memudahkan pemahaman anda, wahai tuan SaifulSham yang muda.
Katakan RM1 anda simpan di bank, 5 sen akan dilaburkan di hartanah yang kekal. Bermakna, pihak bank tidak akan menyentuh langsung pelaburan tersebut walau apa jua terjadi.
15 sen lagi akan dilaburkan dalam hartanah mudah cair, dimana pihak bank boleh menjualnya pada masa-masa tertentu.
Lagi 20 sen akan akan dilaburkan dalam hartanah yang lebih mudah tahap kecairannya, diaman pihak bank boleh menjualnya bila-bila masa.
Baki 20 sen dilaburkan dalam industri-industri lain. Â
Baki akhir 40 sen itulah yang hanya dibiarkan di apungkan. Ini untuk kegunaan operasi bank tersebut. Mungkin anda ingin mengeluarkan wang anda, disitu lah bank tersebut mengambil duit tadi.
Ingat, bank ini tidak rugi kerana setiap hari, ada yang memasukkan wang dan ada yang mengelurakan wang.
Ketika musim perayaan, ketika ramai orang ingin berbelanja, bank ini pula akan membuat pinjaman daripada syarikat diskaun (saya sendiri tidak faham apa maknanya) untuk membiayai pengeluaran wang orang ramai.
Nampak bank ini tidak sentuhpun duit pelaburan dalam hartanah. Dan jika dilihat, pelaburan terbesar bank adalah dalam sektor hartanah. Sebab apa, memang dari dahulu lagi sektor hartanah adalah sektor yang lumayan.
Bank yang meraih keuntungan berbilion ringgit setahun, adalah tidak logik jika semuanya diperoleh melalui faedah pinjaman dan pelaburan dalam sektor lain.
Dan ini bukan sebuah bank, hampir keseluruhan bank di dunia membuat pelaburan yang sama.
Selepas banyak yang dibualkan, akhirnya saya mengundur diri.
Saya masih terfikir akannya, mungkin benar atau mungkin tidak.
Tetapi, saya berasa, 90 peratus yang diujarkannya adalah benar, kerana saya pernah membaca sebuah artikel mengenai pengasas MC Donald, restoran makanan segera terbesar dunia.
Menurut artikel tersebut, Mc Donald bukannya mempunyai kekayaaan yang besar disebabkan rantaian fancais restorannya, tetapi beliau kaya disebabkan hartanah.
Keuntungan yang diperolehinya dilabur dalam hartanah.
Saya berfikir lagi, ada pun saya rasa ini memang benar. Kerana saya dapati hari ini, setiap orang yang bergelar jutawan, paling tidak mempunyai sebuah aset hartanah!
Jadi, siapa lagi mahu menafikan industri ini?


June 14th, 2006 at 7:55 am
whow! memang lumayan hartanah nie…pasni saya akan ikut tips hartanah di sini
pada IM yang dah berjaya, apa lagi, invest la sket kat hartanah. lumayan tu
June 14th, 2006 at 10:41 am
Saya juga ada terbaca bahawa bisnes utama Mc Donald adalah hartanah, bukannya francais restorannya. Lihat saja dimana-mana bandar besar kat dunia ni, restoran Mc Donald terletak di lokasi yang sangat strategik yang nilaian hartanahnya tinggi. Pemilik pula perlu membeli restoran dari Mc Donald, it’s a good business…