Tahun pertama Team SaifulSham…
Hello pembaca SaifulSham,
Ada soalan yang bertanya, bagaimana untuk berjaya seperti SaifulSham?
Ok, baiklah, untuk berjaya tidak semudah apa yang anda lihat kami seperti hari ini. Dan saya hari ini, saya akan menulis mengenai pengalaman dan saat manis dan pahit pada tahun pertama kami bergelar usahawan internet.
Diakhir nanti, anda akan dapati betapa kami juga bermula seperi anda semua, kosong dan naif. Yang membezakannya adalah usaha dan semangat untuk berjaya.
___________________________________________________________________
Tahun pertama adalah tahun belajar. Banyak perkara yang dialami dan dari pengalaman itulah kami belajar. Banyak jugalah try and error, ada yang menjadi ada yang tidak.
Try and error adalah perkara penting dari saat mula sehinggalah hari ini, kami masih mempraktiikan cara ini.
Saya masih ingat, betapa saya dan Sabri sampai ke subuh mengkaji perniagaan internet. Contohnya, kami berdua mengambil masa mengkaji selama 2 minggu sebelum membuat keputusan menggunakan 2checkout.com sebagai 3rd party payment processor kami.
Macam-macam kaedah kami kaji, antaranya kami bertanya diforum, dan ada juga kami membuat panggilan ke Amerika Syarikat untuk bertanya syarikat tersebut.
Berbagai-bagai jawapan yang diberikan, dan akhirnya kami terus mencari. Akhirnya kami ketemukan juga sebuah laman web milik rakyat Malaysia yang menjalankan perniagaan internet. Atas nasihat beliau, kami mengambil keputusan menggunakan 2checkout.com.
Lihat betapa susahnya kami pada waktu itu. Berjaga sehingga ke subuh semata-mata mencari maklumat.
Pernah suatu ketika, saya terlalu gembira kerana pertama kali mendapat tempahan 10 barangan dari Afrika. Pada waktu itu, kami tidak tahupun negara Afrika (terutama Nigeria) mempunyai kadar fraud dan scam tertinggi. Saya bersiap sedia untuk menghantar produk tersebut tetapi selepas kami bertanya kepada penjual eBay, apakah perlu dalam proses penghantaran ke sana, mereka menyuruh kami berhati-hati.
Kami bernasib baik kerana tidak menghantar produk tersebut.
Tahun pertama penuh warna-warni. Ada ketika kami dimarahi pelanggan kerana produk sampai lewat ke tangan mereka (walhal syarikat kurier yang lewat), dan ada yang mahukan semula wang mereka selepas mereka tidak berpuas hati.
Ada juga diwaktu tempahan dari negara Sepanyol, kami tergaru kepala bahasa mereka. Dan sehinggakan kami merujuk kamus diinternet, mencari, apa sebenarnya pelanggan ini mahukan….
Adapun juga, saat laman web kami dicerobohi, sehinggakan kami terpaksa membinanya semula dari kosong!
Banyak lagi sebenarnya….
Semua ini perkara biasa dalam menjalankan perniagaan dan pengalaman adalah pelajaran terbaik kepada kami.
Tetapi kesimpulannya, tiada jalan singkat untuk berjaya.
Satu pepatah mengatakan, yang saya sentiasa ingat dalam diri saya…
“Kegagalan hanya datang apabila anda berhenti berusaha….” (Pepatah ini juga sesuai untuk mana-mana jejaka yang hendak memikat si dara, cubalah..,hehe)


July 12th, 2006 at 4:34 am
Betul tu saifulsham..
Harap2 semua mengerti, perniagaan internet adalah perniagaan, BUKAN jalan singkat untuk berjaya..
Hehe, nantikan cerita saya lak bila saya dah betul2 berjaya nanti..
Oh, indahnya dunia yg ber-warna warni kan?
July 12th, 2006 at 6:07 am
Bukan mudah apa yang telah di capai oleh SaifulSham.com sekarang ni. Tahniah untuk saudara berdua. Sayang betul kenapa la saya tak jumpa dari awal lagi SaifulSham.com
July 12th, 2006 at 3:11 pm
Betul2….. Perniagaan internet hanya sesuai bagi yang betul2 berminat x sesuai bagi yang hanya untuk menempah kejayaan di jalan yang singkat…
Smartusaha saya nantikan cita bro lak…. :p
P/s: Lepastu cerita saya pulak hehehe