Tan Sri Syed Mokhtar al-Bukhary
Semalam kami ada menghantar satu siri emel kepada pembaca-pembaca berdaftar di SaifulSham.com untuk mengenali mereka dengan lebih rapat lagi. Terima kasih kepada Pn Yati, Ashraf, Makmur (sekada beberapa nama, jgn berkecil hati yg lain!) dan beberapa lagi pembaca yang memberi sumbangsaran mereka. Feedback dari andalah yang terus memberi semangat kepada kami.
Saya cuba menyemak kembali post2 kami sebelum ini untuk melihat siapakah tokoh yang telah diketengahkan. Kemudia saya menyedari, STAR SaifulSham.com masih belum diceritakan. ahaxz.. Tahukah anda? 30% dari pelawat SaifulSham.com yang datang dari enjin carian mencari maklumat mengenai beliau. Begitulah kuasa dan misterinya tokoh kita pada kali ini. Tidak banyak maklumat diketahui mengenai beliau dan ia menarik minat lebih ramai orang untuk mengetahui, siapakah dermawan ini yang sebenarnya.
Beliau, tidak lai tidak bukan Tan Sri Syed Mokhtar al-Bukhary
Tan Sri Syed Mokhtar mempunyai tujuh orang adik beradik dan dia adalah anak yang ketiga. Tan Sri Syed Mokhtar hidup dalam keadaan yang serba kekurangan hinggakan rumah kayunya yang terletak di Kampung Hutan Keriang tidak mempunyai katil, meja mahupun kerusi. Ini menyebabkan beliau susah hendak menelaah.
TAN Sri Syed Mokhtar al-Bukhary adalah usahawan yang banyak menderma dan banyak melakukan kerja-kerja amal.
Latar belakang kehidupan
Tan Sri Syed Mokhtar dilahirkan di Alor Setar, Kedah pada tahun 1951. Keluarganya berasal dari Hadhramaut, Yemen. Sebelum mengambil keputusan menetap di Kedah, bapanya mengembara hingga ke Asia Tengah untuk berniaga. Seterusnya, bapanya ke Thailand. Pada pertengahan tahun 40-an, barulah bapa Tan Sri Syed Mokhtar mengambil keputusan menetap di Alor Setar, Kedah. Pada tahun 1946, bapanya mendirikan rumah tangga.
Tan Sri Syed Mokhtar mempunyai tujuh orang adik beradik dan dia adalah anak yang ketiga. Tan Sri Syed Mokhtar hidup dalam keadaan yang serba kekurangan hinggakan rumah kayunya yang terletak di Kampung Hutan Keriang tidak mempunyai katil, meja mahupun kerusi. Ini menyebabkan beliau susah hendak menelaah.
Walaupun demikian, setiap yang berlaku itu pasti ada hikmahnya. Keadaan itu juga mendorong beliau supaya memulakan kelas tuisyen percuma sebagai salah satu program kebajikan di bawah Yayasan al-Bukhary yang ditubuhkannya bagi menyumbang ke arah kebajikan. Kini, seramai 15,000 orang pelajar mendapat faedah daripada program tuisyen itu.
Pendidikan
Tan Sri Syed Mokhtar memulakan persekolahannya di Alor Setar tetapi apabila beliau berusia 9 tahun, beliau dihantar tinggal bersama-sama dengan bapa saudaranya, Syed Omar di Johor Bahru. Beliau berada di situ dari darjah empat hinggalah ke tingkatan dua. Tan Sri Syed Mokhtar kemudiannya kembali ke kampung halamannya di Alor Setar dan menyambung persekolahannya hingga ke tingkatan lima di Sekolah Saint Micheal’s.
Sebenarnya, Tan Sri Syed Mokhtar bukanlah orang yang berpendidikan tinggi. Beliau tidak pernah belajar hingga ke peringkat universiti. Namun, ini tidak bermakna beliau seorang yang tidak berilmu. Kebanyakan ilmunya diperoleh melalui pengalaman secara langsung apabila beliau bergiat dalam dunia perniagaan sejak kecil lagi.
Membantu keluarga
Disebabkan keadaan keluarganya yang kurang berkemampuan, Tan Sri Syed Mokhtar membantu ibunya menanam sayur-sayuran bagi menampung pendapatan keluarga. Mereka menjualnya di pasar di Jalan Telok Wan Jah. Beliau juga menjual roti canai di pasar yang sama.
Semasa waktu rehat di sekolah pula, ayahnya akan menemuinya di sekolah dan memintanya membuat simpan kira. Selepas waktu sekolah, Tan Sri Syed Mokhtar membantu menggembala haiwan peliharaan bapanya di pusat kuarantin berdekatan dengan stesen kereta api Alor Setar. Beliau banyak menimba ilmu dan pengalaman semasa melakukan kerja-kerja itu.
Mula berniaga
Pada tahun 1970-an, perniagaan binatang ternakan bapanya mengalami kemerosotan ekoran tercetusnya wabak kaki dan mulut. Wabak itu merebak ke seluruh Selatan Thailand, Kedah dan Perlis. Semua binatang ternakannya mati begitu sahaja. Sejak itu, Tan Sri Syed Mokhtar mengambil alih perniagaan bapanya dan membuat keputusan untuk tidak lagi melibatkan diri dalam bidang penternakan. Beliau mula menjual daging secara kecil-kecilan.
Sebenarnya, Beliau pergi dari pekan ke pekan di sekitar Alor Setar bagi membeli daging yang tidak terjual. Beliau kemudiannya membungkus daging itu bersama ais dan menjualnya kembali kepada peniaga Bumiputera dan restoran-restoran di sekitar Alor Setar. Beliau berjaya dalam perniagaan itu. Kejayaan itu menambahkan keyakinan beliau bagi memajukan diri dalam dunia perniagaan.
Daripada perniagaan menjual daging, beliau beralih pula kepada perniagaan pengangkutan. Pada tahun 1972, beliau berjaya mendapat permit bagi empat buah lori Kelas A. Beliau mendapat bantuan pinjaman sebanyak RM110,000 daripada pihak MARA yang digunakannya bagi membeli dua buah lori Mercedes 911LS.
Sebenarnya, seorang peniaga Cina menawarkan sejumlah wang bagi baki dua permit yang tidak digunakannya. Tan Sri Syed Mokhtar enggan dan menyerahkan permit itu kembali kepada MARA. Selepas membeli dua buah lori itu, Tan Sri Syed membuka syarikat pengangkutan yang dinamakan Syarikat Pengangkutan Sentosa dan melantik kerani Cina sebagai pengurus syarikatnya itu.
Tan Sri Syed Mokhtar menggunakan lori-lorinya bagi memulakan perniagaan beras. Syarikat Kenderaan Sentosa masih wujud sehingga ke hari ini dan memiliki lebih daripada 40 buah lori.
Menubuhkan syarikat
Pada tahun 1974, Tan Sri Syed Mokhtar membeli rumah kedainya yang pertama di Jalan Telok Wan Jah di bawah perjanjian sewa beli dengan UDA atau Perbadanan Kemajuan Bandar.
Seterusnya, pada tahun 1975, beliau menubuhkan Syarikat Shah dan memohon lesen perdagangan beras daripada Lembaga Padi Negara yang kini dikenali sebagai Bernas. Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu. Dia berjaya mendapat kontrak bagi membekalkan beras ke pihak FELDA, MARA Senama, Pernas Edar dan juga Sergam Sdn. Bhd., iaitu anak syarikat Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Johor.
Selepas berjaya dengan Syarikat Shah, beliau menubuhkan syarikat usaha sama dengan dua orang peniaga Cina, iaitu Ng Ghiak Gee dan Chua Chong Tan. Ghiak Gee adalah pedagang beras manakala Chong Tan pula pengilang beras.
Dalam syarikat usaha sama itu, Tan Sri Syed Mokhtar memegang 52 peratus kepentingan manakala Ghiak Gee dan Chong Tan masing-masing 32 peratus dan 16 peratus. Perniagaan usaha sama yang diberi nama Bukhary Sdn. Bhd. itu memulakan operasinya pada 15 Julai 1976, di pejabatnya di Jalan Telok Wan Jah.
Perniagaan terus berkembang
Daripada beras, beliau kemudiannya mengembangkan perniagaannya kepada komoditi lain, iaitu gula. Ini masih dijalankan sehingga ke hari ini melalui Bukhary Sdn. Bhd. Pendapatan tahunan Bukhary Sdn. Bhd. kini mencecah RM250 juta.
Setahun selepas Bukhary Sdn. Bhd. memulakan operasinya, beliau menubuhkan Bukhary (KL) Sdn. Bhd. pada tahun 1977. Syarikat itu ditubuhkan khas bagi mendapatkan kontrak kerajaan yang pada masa itu banyak ditawarkan kepada usahawan Bumiputera. Operasi Bukhary (KL) Sdn. Bhd. dijalankan di rumah kedai empat tingkat di Jalan Pahang yang juga dibeli melalui perjanjian sewa beli dengan UDA. Usahanya membuahkan hasil lagi.
Tan Sri Syed Mokhtar diberikan kontrak bagi membekalkan beras, teh, tepung coklat, tepung susu dan juga minyak sapi kepada kerajaan. Bahagian bawah pejabatnya diubah suai menjadi pusat pembungkusan.
Apabila beliau mendapat kontrak pembekalan itu, Tan Sri Syed Mokhtar menubuhkan Susu Mas Sdn. Bhd. pada tahun 1979. Syarikat itu juga adalah syarikat usaha sama di antara dirinya yang memegang 51 peratus kepentingan dengan New Zealand Milk Products yang memegang saham selebihnya. Produk Susu Mas Sdn. Bhd. dipasarkan di bawah jenama Fernleaf dan Anchor.
Pada pertengahan tahun 80-an, Tan Sri Syed Mokhtar menjual kepentingannya dalam Susu Mas Sdn. Bhd. ekoran kemelesetan ekonomi.
Strategi tersendiri
Pada tahun 1978, beliau dijemput menyertai delegasi perdagangan ke Ekso Perdagangan Canton, China. Semasa berada di China, Tan Sri Syed Mokhtar menjalankan sistem barter, iaitu menukarkan kokonya dengan teh dari China. Cuma bezanya sistem barter zaman sekarang dijalankan secara besar-besaran atau pukal. Contohnya, menukarkan 1 tan minyak sawit dengan 1 tan minyak mentah.
Perniagaan pakaian
Selepas mengembangkan perniagaannya bermula daripada bidang komoditi ke pengangkutan, pembungkusan dan barter, beliau kemudiannya melangkah kepada sektor pembuatan.
Ini ekoran kejayaannya mendapat kontrak membuat pakaian seragam tentera bagi pihak Kementerian Pertahanan. Kontrak itu adalah bagi membekalkan pihak tentera dengan 120,000 pasang kasut dan 330,000 pasang pakaian seragam. Apabila berjaya mendapat kontrak itu, beliau mula mencari pembekal. Pada mulanya, beliau membeli secara terus daripada pengilang.
Selepas membeli daripada pengilang, beliau kemudiannya membuat keputusan menubuhkan dua buah syarikat, iaitu Amtek Holdings bagi mengeluarkan kasut dan Oriental Garments Uniform Division bagi mengeluarkan pakaian. Oriental Garments Uniform Division adalah syarikat usaha sama dengan Oriental Garment yang berpusat di Seberang Prai.
Apabila Amtek Holdings disenaraikan di Papan Kedua Bursa Saham Kuala Lumpur pada tahun 1998, beliau menggunakan wang penyenaraian yang diperolehnya bagi membeli Spark Manshop dan hak bagi mengeluarkan dan memasarkan pakaian berjenama Crocodile. Kini, anak syarikat Amtek Holdings mengeluarkan kasut tentera (Amtek Shoes) dan pakaian berjenama Lee Coopers dan Lois (Amtek Garments Sdn. Bhd.) bagi pasaran eksport.
Perniagaan perkapalan
Tidak cukup dengan perniagaan pakaian, beliau juga bergiat dalam perniagaan perkapalan. Beliau menubuhkan Bukhari Shipping dan mendaftarkannya dengan pihak Perbendaharaan. Bukhari Shipping bertindak sebagai broker kapal di bawah polisi CABOTAGE. Melalui Bukhari Shipping, Tan Sri Syed Mokhtar membeli sebuah kapal buatan Jerman yang berusia 28 tahun pada harga USD1 juta.
Kapal yang diberi nama Angsa Mas itu digunakan bagi mengangkut beras dari Thailand ke Sabah dan Sarawak. Walau bagaimanapun, perniagaan itu mengalami kerugian yang menyebabkan beliau terpaksa menjual kapalnya pada harga USD600,000, iaitu rugi sebanyak USD400,000 (USD1 juta – USD600,000).
Pada masa yang sama, beliau mula membabitkan diri dalam sektor pembangunan hartanah. Beliau membeli beberapa bidang tanah di Alor Setar dan memulakan beberapa projek perumahan di bawah syarikat Bukhary Development.
Penglibatan dalam projek penswastaan
Beliau terlibat dalam projek penswastaan Johor Port Sdn. Bhd. dan Johor Tenggara Oil Palm Sdn.Bhd. Beliau membeli Johor Port melalui tender pada harga RM330 juta. Johor Tenggara Oil Palm Sdn. Bhd. pula dibelinya pada harga RM135 juta. Melalui Johor Port Sdn. Bhd., beliau menjayakan projek Pelabuhan Tanjung Pelepas.
Kini, Pelabuhan Tanjung Pelepas semakin maju hingga mereka berjaya meyakinkan dua buah syarikat perkapalan antarabangsa, iaitu Maersk Sealand dari Denmark dan Evergreen Marine dari Taiwan supaya berpindah dari Pelabuhan Singapura ke Pelabuhan Tanjung Pelepas.
Projek penswastaan ketiganya adalah penswastaan air yang mana beliau menubuhkan Equiventure Sdn. Bhd., iaitu syarikat usaha sama di antara syarikatnya, Kem-bangan Dinamik dan Pilecon Bhd. serta syarikat Perancis, Oneo. Pegangan Kembangan Dinamik dalam syarikat itu adalah sebanyak 49 peratus.
Kepentingan
Beliau membeli MMC Corporation, iaitu syarikat kejuruteraan pada harga RM3 sesaham daripada Permodalan Nasional Berhad (PNB). Tan Sri Syed Mokhtar juga memiliki 22.7 peratus pegangan dalam Malakoff Berhad, iaitu syarikat pembekalan elektrik dan 20 peratus pegangan dalam IJM Corporation Berhad di mana perniagaan utamanya adalah pembuatan.
Selain itu, beliau memiliki 18 peratus pegangan dalam Bernas yang terlibat dalam perdagangan beras dan 32 peratus pegangan dalam Pernas International Holdings Berhad, iaitu konglomerat yang terlibat dalam banyak sektor perniagaan. Manakala 18.7 peratus pegangan dalam Fiamma Holdings Berhad, syarikat pemasaran dan pengedaran barangan elektronik serta 100 peratus kepentingan dalam MPH, iaitu syarikat peruncitan dan pengedaran buku.
Objektif penubuhan Yayasan al-Bukhary
Yayasan al-Bukhary ditubuhkan pada Mac 1996 sebagai badan kebajikan yang berperanan membantu golongan miskin, menyokong perkembangan seni dan budaya Islam dan juga menggalakkan persefahaman antara peradaban.
Antara objektif utama Yayasan al-Bukhary adalah menggalakkan persaudaraan sesama Islam. Yayasan ini terdiri daripada dua buah bahagian. Satu bahagian menjalankan kerja-kerja kebajikan manakala satu ba-hagian lagi menguruskan penyaluran dana daripada setiap syarikat yang mana Tan Sri Syed Mokhtar ada kepentingan di dalamnya.
Sehingga kini, Yayasan al-Bukhary membelanjakan lebih RM300 juta bagi aktiviti keagamaan, kebudayaan dan pendidikan. Selain itu juga, Yayasan al-Bukhary hanya membiayai pelajar miskin. Antara inisiatif yang dilakukan adalah membiayai pelajar Muslim miskin dari serata ASEAN supaya belajar di Malaysia.
Projek-projek utama Yayasan al-Bukhary
Antara projek terbesar yang sedang dijalankan adalah pembinaan Kompleks al-Bukhary yang bernilai RM400 juta di Kedah yang dijangka siap pada akhir tahun 2004. Kompleks itu kelak memainkan peranan sebagai kompleks yang lengkap dengan pelbagai kemudahan seperti masjid, pusat perubatan, pusat komuniti, rumah anak yatim, akademi khas bagi warga tua dan pusat pengajian tinggi.
Antara projek besar yang disiapkan adalah Muzium Kesenian Islam Malaysia di Kuala Lumpur yang bernilai RM100 juta. Muzium empat tingkat itu adalah muzium pertama di rantau Asia Pasifik yang memaparkan hasil seni Islam. Yayasan al-Bukhary juga membina 12 buah masjid di serata negara.
Sumbangan dalam bidang pendidikan
Pada tahun 2000, Yayasan al-Bukhary mendermakan sejumlah RM7.75 juta kepada Oxford Centre for Islamic Studies, iaitu pusat pengajian Islam yang terkenal di serata dunia. Yayasan al-Bukhary juga kini sedang membantu Institut Pembangunan Pendidikan Maju (MIED) dalam projek bagi mengasaskan Institut Perubatan, Sains dan Teknologi Asia (AIMST) di Sungai Petani, Kedah.
Selain itu, Yayasan al-Bukhary juga sering mengadakan dialog peradaban bagi menggalakkan toleransi dan persefahaman antara masyarakat berbilang agama dan kepercayaan.
Penglibatan Yayasan al-Bukhary dalam projek yang dimulakan oleh bukan Islam juga terserlah. Walaupun Yayasan al-Bukhary lebih menekankan kepada projek kebajikan yang bercirikan Islam, ia tetap menyumbang kepada projek yang dijalankan oleh organisasi bukan Islam. Contohnya, Yayasan al-Bukhary menyumbang sebanyak RM satu juta bagi Projek Langkawi, iaitu projek yang dimulakan oleh MCA bagi mengumpul dana bagi menjalankan projek pendidikan di luar bandar dan juga memberi biasiswa kepada para pelajar yang kurang mampu.
Tan Sri Syed adalah usahawan Bumiputera yang terkaya di Malaysia dengan kekayaan yang bernilai RM1.67 bilion.
Petikan ini adalah dari sumbangan PTS Sdn. Bhd.
Iklankan Produk Anda Di SaifulSham.com Classified Dengan Percuma! Klik Di Sini…


August 28th, 2006 at 8:24 pm
Saya ni pelajar sekolah menengah, walaupun begitu, cukup minat dalam bidang keusahawanan. Jadi, saya berharap agar pihak tuan dapat mengembangkan lagi isi-isi dan cabaran yang dilalui oleh setiap usahawan ini. Saya juga berharap, pihak tuan dapat membina satu lagi web khas untuk pelajar sekolah mudah memahami tentang kerjaya ini dengan menggunakan isi-isi yang padat dan ringkas.
March 10th, 2007 at 9:29 pm
wah..sungguh kagum dgn kegigihan tan sri..dia adalah idola sy..
April 19th, 2007 at 5:15 pm
Aslkm…saya memang suka insan dermawan seperti beliau kerana beliau sudah membuka minda supaya lebih ramai lagi insan-insan yang sudah berjaya menjadi seperti beliau iaitu jadilah insan dermawan supaya hartanya sentiasa dilindungi dan akan bertambah demi kebahagian dan kesenangan insan-insan disekelilingnya.Terima kasih.Semoga ramai lagi akan mengikut jejak langkah pertama beliau dengan 4mula luar biasa beliau untuk jadi insan dan ORG usahawan beliawan dan jadi jutawan yang hartawan serta menjadi contoh dan tauladan dengan menjadi ORG dermawan.Sekian
January 10th, 2008 at 3:03 pm
Saya suka akan cara Tan Sri Syed ni..ada ke cara kita boleh bersemuka dengan dia? Teringin nak bersemuka dgn dia utk minta nasihat dan idea daripada dia mcmana ingin berjaya..
January 11th, 2008 at 10:55 pm
Asalamualaikum,
Semoga keberhasilan yang diperolehi adalah ikhlas.
disebalik keikhlasan sebenarnya tiada silau.Mungkin
Tan sri Syd. Mokhtar tahu,bagaimana nasib pemilik tanah awal di IPP pontian, Johor,yang terpaksa menaggung hutang berjuta ringgit,kesan daripada pengambilan tanah tersebut.Bagi saya tokoh maal Hijrah pada tahun ini di pringkat kebangsaan,mengerti maksud saya.Saya doakan semoga beliau terus mengagihkan keuntungan yang sebahagiah kepada bahagiannya,supaya sebahagian yang menanggung penderitaan dapat diringinkan,sebagaimana pesanan Ibundannya kepada beliau. Semoga beliau terus berjaya dihadapan rabul jalil.Amin.
July 1st, 2008 at 4:58 pm
mcm mn klu saya nk masuk ke institut al bukhary kat alor setar?klu guna result spm stahun yg lepas bleh ke?
January 29th, 2009 at 8:17 pm
salam.
saya ni tgh dalam kajian mengenai tokoh negara nih. tapi kan, susah benar nak cari nama ahli keluarganya. saudara/saudari ada x pape maklumat tentang kluarganya? this is for an assignment. ^.^
March 24th, 2009 at 7:27 pm
salam..ada tak sape-sape yang tau alamat emel tan sri syed mokhtar..
May 30th, 2009 at 5:08 pm
kturunan syed ni mmg hebat… kan dikatakan bsalasilah krabat nabi muhammad..lagipun diorg ni x boleh trima zakat…
ada la kelebihannya…
July 22nd, 2009 at 9:45 pm
Uiyoo~bangga sya kalau sume rakyat malaysia sama2x berusaha 2uk majukan negara kita neh~
hoho..sya akan truskan cita2x sya and jadikan kisah ini sbg pedoman idup…trima kasih…
August 8th, 2009 at 6:23 pm
assalamualaikum
saya sungguh kagum dgn tan sri syed mokhtar dan kesungguhannya. srmangat rasanya nak berniaga dgn lebih maju. skarang ni saya berniaga pinggan mangkuk corelle dan aksesori wanita yg saya beli dari student msia di US. dan saya jual dgn harga lebih murah berbanding harga msia. alhamdulillah…. tan sri sted adalah sumber inspirasi saya. jemputlah dtg sesiapa yg berminat utk melihat brg2 saya. http://www.luxury4less.webs.com and ww w.royalcorelle.webs.com.
gud luck kepada semua bumiputra yg berkecimpung dlm bidang perniagaan.
September 3rd, 2009 at 12:00 am
salam, wait for 10 years more, i’ll be a millionaire he…hee
September 3rd, 2009 at 12:48 pm
salam,what a successful businessman he is,one question, never in your article you mention that tan sri is assisting other bumiputra to become like him or even better in order for our country to achieve vision 2020 or at least to achieve 30% equity in malaysian economy for bumiputra
January 21st, 2010 at 1:32 pm
in my future i want to be as rich as you..
now i’m 15,so kne psg angan2 nk jdi kaya..
wahaha…
April 7th, 2010 at 9:17 pm
salam,saya ingin menjemput tan sri syed mukhtar untuk menjadi speaker untuk slh satu event di universiti saya.tp saya tidak terjumpa website beliau.ade x sesiapa y ade website beliau atau contact no beliau. terima kasih,plz respond asap.
July 21st, 2010 at 5:46 pm
salam..saya noranis lyana binti zambery,900726-08-6354 guru pelatih sem 2 ijazah sarjana muda pendidikan daripada ipg kampus tun hussein onn,batu pahat johor..i.allah dlm bulan 8 nie kelas sy akn mengadakan program khidmat masyarakat bersama anak yatim…jadi boleh atau tidak saya ingin meminta sedikit sumbangan daripada pihak tuan sebagaimana saya ketahui sifat peribadi tuan yang pemurah terutama dari segi amal jariah…kami telah menyediakan kertas kerja yg lengkap beserta bukti daripada pihak anak yatim sendiri jd jika dapt sy berhubung dgn lbh lanjut untk mghntar kertas kerja untk dinilai drpada phak tuan..jka tuan ingin menghulurkn bantuan berupa rm boleh disalurkan kpada akaun Maybank 112193-045-526(NORAZURA BINTI MOHAMAD FOAT)..ucapan ribuan terima kasih kepada semua yang sedia membantu.Sama2 lah kita memberi amal jariah untuk bulan Ramadan yang bakal menjelma..i.allah..
October 5th, 2011 at 3:05 am
Assalamualaikum saya wakil dr PEYAKIN klg, dengan rendah hatinya memohon jasa baik kepadayg di luar sana untuk sama2 membantu PEYAKIN membina dewan dan padang buat anak2 yatim piatu dan miskin
MEMOHON SUMBANGAN UNTUK MEMBANGUNKAN DEWAN
DAN PADANG SUKAN UNTUK ANAK-ANAK PEYAKIN
PERTUBUHAN KEBAJIKAN ANAK-ANAK YATIM/MISKIN KLANG
NOMBOR AKAUN : 26229610000022 RHB BANK BERHAD
TEL 0123742205 — at JALAN HJ SIRAT, OFF JALAN MERU , KLG.