Seperti yang telah dijanjikan, malam ini saya akan menulis lab report mengenai eksperimen SEO (Optimisasi Enjin Carian) selama 5 hari yang telah dilakukan oleh Team SaifulSham.com baru-baru ini.

Laporan makmal ini tiada niat lain. Kami hanya mahu membuktikan, sebagai usahawan internet sebenar, kami tidak berkata secara teori sahaja, tetapi kami membuktikan, bahawa teknik SEO mudah kami lebih berkesan dan efektif, sekaligus menarik lebih ramai bakal pembeli buku kami yang bakal berada di pasaran Mac ini. Di samping itu, kami mahu meyakinkan pembaca dengan membawa bukti secara REAL TIME, bahawa anda juga boleh mencapai keputusan seperti yang kami capai.

Kaedah ini akan membantu mengatasi masalah:

1) Laman web lambat disenaraikan di enjin carian (khususnya Google)
Sesetengah pembaca melaporkan mereka memerlukan berminggu-minggu hingga berbulan-bulan lamanya untuk disenaraikan Google. Dengan teknik kami, anda boleh disenaraikan dalam tempoh seminggu. (kajian kes kami 24 jam sahaja)

2) Menduduki muka surat pertama natural Search Engine Result Page (SERP) bagi sebarang keyword pilihan dengan persaingan sederhana.

Andaian (assumptions)

1) Yahoo adalah enjin carian yang paling mudah dioptimisasi secara konsisten. MSN pula mempunyai kriteria carian yang kurang konsisten, manakala Google mengambil sedikit masa untuk menyenaraikan laman web yang dioptimisasi bagi keywords yang diingini.
(namun, laporan ini akan menyentuh bagaimana untuk mengoptimisasi laman web bagi ketiga-tiga enjin carian bagi mendapatkan keputusan yang boleh diterima (acceptable)

2) Kata kunci yang dipilih adalah keyword yang sederhana tahap persaingannya. Iaitu, kurang dari 5 juta laman web. Kebanyakan keyword bahasa Melayu jatuh dalam kategori ini.

3) Mungkin sesetengah individu yang lebih mahir, laporan makmal ini seperti setitik air di lautan, tetapi bagi mereka yang masih tercari-cari cara untuk menyenaraikan laman web di Google, Yahoo & MSN dan masih kabur mengenai teknik SEO, maka laporan ini sangat berharga.

4) Kedudukan di enjin carian secara umum sebenarnya bukanlah perkara utama. Sebaliknya, kedudukan bagi keywords yang selalu digunakan orang ramai untuk mencari sesuatu “terma” adalah lebih penting. Teknik ini hanya menunjukkan contoh, terpulang kepada anda untuk mengaplikasikannya kepada keyword pilihan.

Prosedur

1) Pilih kata kunci (keyword) yang diingini. Terma pilihan bagi eksperimen ini adalah “Teknik Internet Marketing”

2) Masukkan terma kata kunci tersebut di dalam tag tajuk laman web anda.
Buku kami mengandungi tutorial video yang menunjukkan bagaimana proses ini dilakukan.

3) Kami menulis satu artikel yang mengandungi keyword tersebut. Keyword tersebut menggunakan font bersaiz sederhana sekali dan di boldkan sekali.

4) Kami cuba menaburkan keyword tersebut di dalam petikan-petikan lain laman web tersebut untuk mencapai “keyword density”. Dalam bahasa mudahnya keyword tersebut diulang beberapa kali di dalam laman web tadi.
Awas! Jangan melampau. Ulang sekadar 2-4 kali sudah mencukupi.

4) Kami membuat link dari sebuah blog yang sentiasa di update menggunakan keyword tersebut sebagai anchor text.

5) Kami mendapatkan one-way link dari 2 laman web berprofil tinggi. (relevan dan mempunyai page rank yang tinggi)

6) Kami mendapatkan link dari beberapa laman web-laman web biasa.

Keputusan

Hasilnya pada hari ke-3 kami telahpun berada di muka surat pertama. Namun, kami menunggu sehingga hari kelima untuk berada pada tangga yang lebih tinggi.

Di dalam buku kami, kami ada menceritakan cara memilih keyword yang sesuai untuk sesebuah laman web. Kami juga berkongsi beberapa peralatan percuma yang boleh digunakan untuk membantu proses ini. Proses ini ditunjukkan dengan lengkap di dalam tutorial video yang disertakan percuma dengan buku tersebut. Jangan lupa dapatkan buku tersebut dipasaran Mac ini.

Keputusan Bergambar (klik di sini)

Hipotesis Di terima.

Kaedah SEO mudah ini terbukti berkesan dan boleh diguna pakai untuk membantu proses optimisasi enjin carian dan seterusnya proses pemasaran perniagaan Internet.

Soalan:

Adakah kaedah ini berkesan untuk laman web berbahasa Cina? (WTJ)
Ya, boleh. Tetapi untuk carian dan keyword bahasa cina sahaja lah.