Tips berucap di hadapan klient
Hello pembaca SaifulSham,
Hari ini, saya melarikan diri dari menulis mengenai saham ataupun hartanah. Dan juga mungkin perniagaan internet.
Saya ada sesuatu yang lebih menarik untuk dikongsi. Tetapi sebelum itu, E-Zine bulan Oktober SaifulSham hanya akan dilancarkan esok atau lusa. Jangan ketinggalan untuk memilikinya! (Yang pasti, ia adalah Ezine tergempak SaifulSham setakat ini!– as we push the market, our competitor must stand strong, if not, they will lose! Quality for consumers is the ultimate aim!).
Sebenarnya, untuk kali ini, saya berhajat berkongsi melalui MP3 (tidak sempat pula merakam suara, haha). Bulan ini genap setahun, Team SaifulSham membuat kemunculan umum.
Maksud disini, Team SaifulSham sudah berucap di hadapan khayalak ramai (klient kami) tidak terkira banyaknya. Sesungguhnya, kami terharu di atas kepercayaan yang diberikan kepada kami.
Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,
Sepanjang tempoh setahun ini, begitu banyak pengalaman yang dipelajari dalam persediaan memberi ucapan (talk) di hadapan klient. Dan begitu banyak juga yang diperbaiki dari semasa ke semasa. Memberi ucapan terutama mengenai perniagaan internet tidakkan sama dengan memberi motivasi. Ia tidakkan sama dengan memberi nasihat. Sudah tentu juga tidak sama dengan meleter!;p.
Ia memerlukan skill dan teknik sendiri untuk berucap dihadapan khalayak ramai.
(Sebenarnya, dahulu saya dan Sabri adalah debater terbaik sekolah masing-masing. Mungkin ia salah satu faktor kami boleh berucap dihadapan ramai–hehe).
Yang pasti, saya memerhatikan begitu ramai orang, terutama yang tidak biasa berucap cuba memberikan ucapan di hadapan orang ramai, terketar-ketar, berdoa di dalam hati supaya ucapannya cepat dihabiskan mahupun pengsan ketika berucap (ini satu kejadian yang ada terjadi!).
Amatlah merugikan kerana jika kita tidak memberikan yang terbaik dalam persembahan ucapan kita (terutama dihadapan klient), akan terdapat feedback negatif dan ini membuatkan anda tidak dipandang hebat (walaupun anda meraih berjuta ringgit dalam bidang anda!).
Oleh itu, saya berikan anda tips untuk berucap hebat.
1) Anda tidak perlu menjadi seorang perfectionist
Satu penyebab utama adalah kerana anda terlalu memikirkan untuk menjadi seorang yang perfect. Walaupun bagus untuk menjadi perfect, tetapi jika anda baru belajar untuk berucap dihadapan klient anda, anda tidaklah perlu memikir berat akannya. Cukup sekadar apa yang anda mampu. Dan kemudian hari, anda perbaikinya.
Pengalaman saya dan Sabri banyak mengajar bahawa, semakin kami berdua cuba menjadi seorang yang perfect, semakin banyak kesilapan dalam tutur kata. Semakin banyak penerangan yang tidak jelas. Jadi, be yourself!
2) Hilang mood
Dengar sini wahai pembaca SaifulSham disayangi, apabila anda melihat sesetengah orang keluar dari dewan, anda tidaklah perlu bimbang (walaupun ucapan anda membosankan). Caranya, teruskan ucapan anda dan selepas tamat ucapan itu, balik, buat study balik, cari dimana kecacatan anda.
Saya tahu, dahulu saya seorang debater, apabila saya berlawan dengan MRSM Taiping (sebuah MRSM yang agak hebat debaternya pada waktu itu), dan saya berucap, saya melihat beberapa orang keluar (seolah-olah ucapan saya itu membosankan). Sudah pasti saya nampak sebilangan orang yang keluar itu. Jadi, saya seolah hilang mood untuk berucap.
 Dan, ditakdirkan, pasukan debater saya kalah. Selepas itu, saya membuat study, dan akhirnya saya mendapati bahawa, saya tidak boleh terlalu serius. Jadi, saya menukar stail saya dengan bercakap secara berhumor. Dan hebatnya, ramai orang terhibur mendengar saya memberi huja selepas itu.
Jadi, untuk anda yang baru belajar berucap, janganlah terlalu bimbang dengan reaksi penonton yang kadangkala membuatkan anda hilang mood untuk berucap.
3) Menjadi seorang komplikated
Haha, saya terus ketawa apabila menulis mengenai perkara ini. Ini kerana, saya teringat di awal pembabitan saya dalam memberikan seminar, saya cuba menjadi seorang terbaik dan menunjukkan kepakaran saya dalam bidang saya (perniagaan internet sudah tentu).
Akhirnya selepas 2 jam berucap, saya bertanya “Apakah anda memahami apa yang diujarkan saya”….
 Maka klient saya pun terdiam tidak terkata….
Jadi saya mendekatinya, dan bertanya. Ternyata mereka tidak faham sepatah haram!
Jadi, saya ubah pendekatan dengan membuat pertanyaan setiap kali saya menjelaskan sesuatu perkara. Dan saya mengubah pendekatan dengan membuat penerangan ringkas.
Disini, ingin saya jelaskan, apabila anda berucap, jangan memikirkan audien anda faham akan semua yang dijelaskan anda. Walaupun anda hero dalam bidang anda, anda seharus faham bahawa kebanyakan yang datang adalah zero dalam perkara tersebut. Berikan seringkas mungkin, dan paling baik memberikan penerangan secara analogi (buat contoh kehidupan seharian).
———————————————————-
Ya, dilain hari, saya akan memberikan lebih banyak tips. Tips ini saya dapati hasil pemerhatian saya sepanjang mengadakan talk, seminar dan workshop.
Memberikan ucapan dihadapan klient bukanlah sesuatu perkara yang boleh diambil mudah. Maka anda perlu belajar mengenainya. Tidak kira anda dalam bidang apa sekalipun, akan sampai di satu masa, anda harus memberikan penerangan, talk, seminar, atau workshop, dan anda akan merasai semua ini.
Jumpa lagi! (Hari ini tiada Quote. Saya tidak jumpa!haha)
Sabri Tambah: Apalah Syazwan tulis kali ni, tak sempat baca, letih giler.
Apapun, just nak bagitau, All System Go now. Ezine dah lama siap, software pun dah siap, noktah terakhir baru diletakkan dalam manual software. Anytime now.
ZZzzzz…. (got to have some sleep first)


October 3rd, 2006 at 12:06 pm
Nice tips! Saya bukanlah debater tapi satu masa dahulu saya selalu juga kena bagi talk motivasi. Memang lain la daripada bagi talk/seminar kat client. Tak sama langsung. Pada saya, talk yg bagus adalah yang ringkas tapi padat+client paham apa yg kita cakap. Extra kalau kita bagi talk dalam keadaan enjoy dan tak bosan.
Lagipon, audience biasanya tak skeptikal. They like to enjoy the talk. so, kengkandang lawak bodoh pon jadi lawak yg best tgh2 bagi talk tuh
October 3rd, 2006 at 1:57 pm
Robotys, dulu SBP ye?
hehe… PRS?
October 3rd, 2006 at 4:56 pm
Jangan cakap cool lerr klu tak pernah berucap depan orang ramai.. pasti terketar2 hehe ader pengalaman lol
October 3rd, 2006 at 7:44 pm
hehe..kat sini kena ambil PCS (professional communication skills), so dah belajarlah selok belok bercakap depan orang ramai, macam mana tak mahu kasi orang bored and sbg. Terkenang pulak course tu, course yang belajar sambil berseronok!
October 3rd, 2006 at 11:42 pm
bernas sekali tips hari ni. maaf tuan, saya budak baru dlm ebiz. first step saya, tengah dok apply ilmu drpd raja ads, ok ka?
saya begitu kagum dgn saudara berdua, boleh ka kita berkongsi ilmu kelak?
pengalaman saya, dulu saya gagap apabila bercakap depan org ramai(masa sek rendah). tapi, setelah dpt tips drpd cikgu2, iaitu cakap dgn nada suara yg agak kuat, yakin apa yg nak dicakap, anggap semua org kat depan kita tak tahu isi yg nak kita cakap, berlatih cakap sorang2 depan cermin. then, apabila saya kat utm skudai, saya berjaya bercakap depan org seramai 300.
October 4th, 2006 at 8:54 am
Berucap di hadapan khalayak ramai memang amat menggerunkan terutama kpd yg tak pernah sekali pun berucap.Bila dah berucap pertama kali,rasa lega dan pasti utk yg kedua kali nya tidak lah se”gabra” jika dibandingkan yg pertama dulu.
Masa saya kt kolej, kelas BI pensyarah suruh buat cerita dlm BI dan berucap di hadapan kwn2.Menggigil kepala lutut dan ada kawan yg terus tak dtg kelas sampai habis oleh kerana sikap pemalu dan tiada keyakinan utk berucap.Walaupun BI saya tak pandai,saya buat karangan dlm BM pastu translate dlm BI guna kamus.Lebih mudah jika kita bercerita dari apa yg pernah kita lalui daripada kita membuat cerita.
Dulu kerja pun sebagai kakitangan penempahan tiket penerbangan(CALL CENTER).Masa first time online dgn customer yg ingin membuat booking melalui telefon,sepatah haram tak paham apa yg dia nak.Maksudnya dia nak tempah tiket penerbangan dari mana kemana,sebab dah terlalu “gabra”.Selepas seminggu online baru dapat berkomunikasi dgn lancar.Walaupun speaking ke laut,tone lintang pukang tak peduli asalkan paham apa yg diorg nak,itu yang penting.Dapat pulak AUSTRALIAN punya org lagi la pening kepala,tapi bedal je.Lama-lama boleh la paham bcoz mcmana kelas gila dia punya speaking level antarabangsa sekalipun,boleh paham kerana pointnya adalah mengenai penerbangan.
Jadi kepada kwn2 jgn la terlalu takut utk berucap atau berckp di hadapan ramai.Tanamkan semangat berani mencuba dan bedal aje.Yang penting topik nya betul.Saya dulu pun terlalu pemalu dan pendiam bila berhadapan dgn org,sekrg tidak lagi….TATA…
October 4th, 2006 at 11:20 am
tak suka
takut
dan tak mau berubah
kesimpulan tentang diri aku berkenaan public ‘skiping’ ni.
October 5th, 2006 at 12:08 pm
public silent laa jawabnya. memang terketak2 la kalu nak buat ucapan. apa lagi orang yang profesional.
orang profesionalpun takut salah cakap depan orang ramai. mereka akan mundari mandir dan berkira-kira dengan susun kata ayat apo yang nak bagitahu… bukan mudah nak cakap berdegar2 depan orang…
kena berlatih dan berlatih dengan sebaiknya…