Hello pembaca SaifulSham,

Memulakan perniagaan internet terutama menjual produk fizikal dengan tidak menyimpan stok adalah salah model perniagaan internet yang laris pada masa kini.

Ramai yang bertanya kepada saya, terlalu banyak dropshipper diinternet, dan bagaimana untuk mencari dropshipper yang berkualiti.

Didalam buku Rahsia Buat Duit Dengan Internet, saya memberitahu anda supaya mengelak untuk membeli senarai nama dropshipper yang dijual, walaupun dalam senarai tersebut terdapat banyak pilihan dropshipper.

Sebab selalunya, sepanjang pengalaman saya membeli beberapa senarai dropshipper yang dijual pihak tertentu, hampir kebanyakan dropshipper tersebut tidak aktif dan meragukan.

Ada banyak tips untuk memilih dropshipper, tetapi kebanyakannya hanya saya dedahkan dalam sesi seminar SaifulSham di Times Square. Sila rebut peluang ini menghadiri sesi seminar SaifulSham kerana hanya tinggal 10 tempat duduk sahaja lagi (senarai nama dilaman web seminar tidak diupdate lagi buat masa ini. Sibuk~hehe).

Untuk kali ini, saya hanya dedahkan tips mudah dan senang. Cara yang kami gunakan untuk mengetahui sesebuah dropshipper bermutu atau tidak adalah dengan pergi ke forum.

Caranya, pergi ke Google, dan taip “dropship forum” atau “dropshipper forum”. Anda akan lihat begitu banyak forum berkaitan dropship yang anda boleh sertai.

Ambil peluang ini untuk bertanyakan kepada ahli-ahli forum yang pernah membuat bisnes dropship. Dimana dan apakah antara syarikat terbaik yang pernah mereka sertai.

Itu sahaja. Untuk tips yang lebih detail, saya hanya akan dedahkan ketika sesi seminar nanti. Tunggu~