Hello pembaca SaifulSham,

Sebenarnya, agak lama saya tidak menulis mengenai saham dan hartanah. Ada masa nanti saya bercerita mengenainya. Untuk pengetahuan anda semua, sejak akhir-akhir ini, bapa saya seringkali membawa saya ke tapak hartanahnya dan saya dapat mempelajari berbagai-bagai ilmu yang hebat dan menarik mengenai hartanah.

Itupun, nanti saya bercerita mengenainya dilain hari.

Saya juga dalam usaha untuk menarik Husam (usahawan kambing berjaya UTP) untuk ditemuramah (rakaman video akan dilakukan). Saya akan cuba untuk mendapatkan beliau dan kandang kambingnya (huhu). Beri sedikit masa lagi.

Oh ye, sebenarnya, ada yang bertanya saya, bagaimana anda dan Sabri kekal sebagai rakan kongsi untuk tempoh 3 tahun sehingga hari ini.
Kepada si penanya, saya pun hendak bertanya anda, lamakah 3 tahun itu? (saya rasa sekejap sahaja)

Baiklah tuan-tuan dan puan-puan.

Saya tidak pasti hubungan saya dan Sabri sebagai rakan kongsi adalah lama ataupun tidak tetapi sehingga hari ini, hubungan saya dengan beliau adalah seperti disaat awal saya kenal beliau. Saya bersyukur kerana rakan kongsi saya adalah Sabri.
Jadi, bagaimana untuk memilih rakan kongsi yang baik?

Dalam sesebuah perniagaan, rakan kongsi juga adalah pemegang saham perniagaan kita. Rakan kongsi juga mempunyai tanggungjawab untuk memajukan perniagaan dan sama-sama saling membantu. Jadi, tidak sewenang-wenangnya untuk mencari rakan kongsi.
Mengikut pengalaman saya, antara petua mencari rakan kongsi adalah:

1) Sama minat

Saya dan Sabri, kedua-duanya meminati bisnes, dan saya tidak bosan bercakap dengan Sabri. Sebab, masing-masing bercakap perkara yang sama-sama suka. Adalah sukar untuk saya bercakap mengenai bisnes jika seseorang itu hidup matinya adalah rockers! (hehe, gurau sahaja).

2) Mempunyai kepakaran berlainan

Saya sebenarnya tidaklah sehebat Sabri jika bercakap soal teknikal perniagaan internet. Tetapi jika anda bertanya mengenai internet marketing, anda harus bertanya kepada saya. Begitu juga hal lain, saya selalunya menyerahkan tugas kepada Sabri untuk menulis mengenai perniagaan internet di SaifulSham sebab beliau totally expert in this field. Saya menulis mengenai hal-hal lain selain perniagaan internet kerana saya memang sentiasa diajar bapa saya (contohnya:saham, hartanah).
Kelebihannya, masing-masing mempunyai kekuatan, dan kami berdua mengeksploitasinya ke dalam perniagaan internet.

3) Berlaku adil

Apabila bercakap mengenai rakan kongsi, seharusnya adalah berlaku adil dan menjaga hak setiap rakan kongsi.

Mudahnya begini, saya dan Sabri masing-masing memegang 50 peratus pegangan dalam perniagaan kami. Walaupun akaun dipegang saya, bukannya saya sesuka hati mengeluarkan duit untuk kegunaan sendiri. Apabila ingin menggunakan duit, saya akan memberitahu Sabri dimana wang ini pergi.

4) Membahagi tugas

Tidak guna adanya rakan kongsi jika mereka hanya tidur dan menumpang kemajuan perniagaan kita. Satu rasional rakan kongsi adalah untuk memudahkan dan melicinkan urusan perniagaan.

Seharusnya, wujudkan pembahagian tugas antara rakan kongsi dan pastikan mereka melakukannya dengan baik. Sebab itu, anda lihat Cheapestcovers.com kini bertiga. Semuanya mempunyai fungsi berlainan.

Sama halnya dengan SaifulSham, saya dan Sabri tidak membuat kerja yang sama. Masing-masing membuat kerja masing-masing.

Jujurnya, adalah tidak logik jika saya mengatakan saya dan Sabri sentiasa OK. Adalah diakui, kami juga pernah tidak sehaluan (ini perkara biasa).

Tetapi, tanganilah salah faham itu dengan profesional. Jangan sampai rakan kongsi anda merasakan untuk menarik diri dengan sikap keterlaluan anda.

Apabila berlaku salah faham, pertama sekali, fikirkan perniagaan anda. Jangan sampai sedikit perselisihan boleh meruntuhkan kestabilan perniagaan anda. Bawa berbincang dan buka minda masing-masing, selesaikan secara bersama. (sama jugalah dengan perihal berumah tangga, jika berselisih faham, pertama sekali fikirkan keluarga anda, senang sahaja kan).
Inilah tips yang kami praktikkan. Lain masa, saya sambung lagi. Saya harus kepergian sekarang. Ok, take care!